KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Sunday, February 2, 2014

CUTI DAH HABIS...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Hari ini cuti dah habis bagi saya.  Esok, kelas akan bermula semula.  Selepas itu, peperiksaan berterusan sehingga habis kursus insentif.  Nasib baik sebelum balik bercuti, saya dah selesaikan beberapa tugasan.  Saya dah agak, kalau saya balik rumah nanti semasa bercuti, sudah semestinya saya takkan belajar mahupun buat tugasan. Kan?

Rasa seronok dapat jumpa Isteri dan Mayeesa.  Masa di stesen keretapi tadi, mama Mayeesa, Mayeesa dan bapa mertua saya temankan saya sampailah keretapi sampai. Sempat snap dua tiga gambar tadi.  Saja buat pelepas rindu.

Rasa macam tak mahu balik ke USM je.  Tapi saya paksakan diri juga.  Saya belajar ini pun sebab nak tingkatkan taraf hidup keluarga saya.  Saya kena buat yang terbaik.  Saya yakin saya boleh buat.


Posted via Blogaway
Sila Tekan Like Jika Suka

No comments:

Post a Comment