Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, February 4, 2013

ENTRY PANJANG BERJELA-JELA... SALAH KE?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semua orang boleh menulis. Semua mampu menghasilkan tulisan yang menarik. Sebab itulah wujud platform ini supaya bakat menulis kita taklah dipersiakan. Kan? Hehehe. Saya pun biasa-biasa saja. Gaya penulisan saya ini lebih kepada apa yang saya fikirkan dan terus saya taip di blog ini. Tapi sudah semestinya saya akan tapis dulu. Nanti kantoi la pula kan?

Ada sesetengah blogger suka tulis entry yang panjang berjela-jela. Mungkin dorang suka menulis dan tak dapat berhenti menulis bila dah mula. Entry panjang berjela ini saya rasa lebih kepada Entry Informasi yang ingin dikongsikan dengan orang yang datang baca di blog kita. Tak salah menulis sepanjang mungkin entry kita tapi korang cuba jadi orang yang terjah blog korang tu, korang akan baca tak entry tersebut? Lagipun, bila entry tersebut ditulis dengan bahasa yang ringkas dan ejaan tak penuh.

Saya minta maaf sebab saya mungkin akan ke blog lain yang penulisannya taklah panjang sangat. Semasa menulis satu-satu entry, fokus pada point yang kita nak huraikan. Tak perlu kita nak ceritakan tentang perkara-perkara tak berkaitan. Perkara-perkara yang tak berkaitan tu kita boleh cerita dalam entry yang lain.

Apa yang penting, blogger seperti saya ini, saya lebih suka baca entry yang ringkas tapi saya faham apa yang hendak disampaikan. Sekali lagi saya tekankan, tak salah menulis entry panjang berjela-jela. Tapi, saya nak korang tanya diri korang,

"Saya pergi ke blog si sana, entry si sana panjang berjela-jela, saya ada baca tak?"

Bukan nak mencari salah sesiapa. Cuma pendapat saya dari blog picisan saya.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

5 comments:

  1. trus terang, sy xgemar sgt entry panjang² ni..

    ReplyDelete
  2. setuju dgn nasz.....
    entry panjang kekadang susah nak baca semuanya...apatah lagi kalau byk blog yg kita nak kunjung....cerita apa yg patut jer.... tapi kalau byk gambar ok.....

    ReplyDelete
  3. betul2. tapi pendek sangat pun x bleh juga. SEO kena main sikit hehe

    ReplyDelete
  4. Sama lah dengan Mieya. Suka baca blog yang entrinya ringkas dan mudah difahami. Tapi, sampai sekarang, Mieya susah nak ringkaskan entri Mieya.

    ReplyDelete
  5. assalamua'laikum... well i agree with you tottaly, tapi kadang2 bila org buat entry pnjang berjela ni bila diorang nak luah perasaan and share pada pembaca.. :)
    and sometimes ada yang takda point terus.

    ReplyDelete