Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Teringat masa Irfan Khairi jadi jutawan dan publish buku dulu tak? Masa tu, berduyun-duyun orang try buat business kat internet. Sebab Irfan Khairi berjaya jadi jutawan internet dalam umur muda lagi. So, dengan niat nak buat duit kat internet, semua berduyun-duyun buat business internet. Kononnya senang sebab mudah dapat pelanggan. Nak tahu gak berapa lama yang masih lagi stay dan berapa yang dah give up.
Teringat masa RedMummy masuk paper sebab jana income RM10k sebulan dengan blog. Masa tu, berduyun-duyun orang buat blog. Kononnya nak dapat income macam RedMummy la. Saya pun terjah gak blog RedMummy ni, saya ingat lagi ayat yang lebih kurang macam ni:
"Saya buat blog ni bukan sehari dua, tapi bertahun-tahun dan sentiasa update"
Orang ingat nak dapat income internet ni, sehari sebulan dah boleh dapat ke? Hahaha. Sebenarnya saya tengah gelakkan kat diri sendiri sebab saya pun salah seorang yang berfikir macam suatu ketika dulu. Sebab otak saya kira nak duit je, langsung takde idea nak tulis entry. Pastu, jadi malas dan tinggal je blog ni. Lepas beberapa lama, saya teringat kat blog saya, kemudian terus timbul minat nak berblogging ni.
Masa tu saya sedar niat saya dah salah masa mula-mula dulu. So, saya betulkan niat saya untuk berblog. Niat saya untuk berkongsi maklumat dan merepek merapu. Hehehe. Alhamdulillah, dapat gak sikit income. Walaupun tak sebanyak mana tapi tetap income yang ada pihak pengiklanan nak bagi. Rezeki saya la tu.
Korang yang baru nak start buat blog tu, apa yang penting adalah niat korang ataupun nawaitu korang berblog. Kalau korang rasa niat korang dah salah, cepat-cepat betulkan ye?
p/s : Teringat masa buat blog ni mula-mula dulu. Kadang-kadang sehari, trafik kosong je. Hehehe.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka