Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label kenapa. Show all posts
Showing posts with label kenapa. Show all posts

Thursday, May 9, 2013

KENAPA BANGKITKAN ISU PERKAUMAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dalam suratkhabar dua tiga hari banyak keluar berita yang bagi saya seperti ingin menyemai kebencian terhadap kaum lain. Perlu ke kita buat begitu? Kenapa nak cambahkan lagi kebencian antara sama lain?

Negara Malaysia kita bukan besar seperti Amerika Syarikat ataupun Eropah. Negara kita kecil je. Negara kita ini terdiri daripada berbilang kaum. Kalau setiap kaum berbalah dan bergaduh, apa akan jadi dengan Negara Malaysia?

Saya menyeru semua untuk hentikan provokasi di antara kaum di Malaysia. Mari kita bersatu dan bersama-sama majukan Negara Malaysia ini. Mari kita hidup aman dan harmoni di bumi Malaysia.

Apa kata korang?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, January 20, 2013

KENAPA SHARIFAH ZOHRA JABEEN PULA YANG MEMAAFKAN SEMUA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya perasan ada artikel di Sinar Harian Online mengenai seorang pemimpin yang rasakan dirinya benar telah memaafkan Cik Bawani dan semua orang yang dikatakan mengutuknya. Saya rasa saya tak mengutuk dia, saya cuma menulis mengenai tindakan dia yang tidak menghormati orang lain. Itu saja. So, saya tak perlu minta maaf dan saya tak perlu dimaafkan.

Mungkin ada juga golongan yang suka maki hamun dia dan mencaci dia. Tapi baguslah sebab dia sudi maafkan mereka walaupun mereka langsung tak ada niat nak minta maaf.

Kepada Puan Sharifah Zohra Jabeen, sepatutnya anda kena minta maaf kepada Cik Bawani di atas tindakan anda menarik microphone semasa Cik Bawani memberikan pendapat. Dan juga perlukah puan mengulang-ulang ayat "Listen Listen Listen" dan "let me speak let speak" sambil membilangkan menggunakan jari?
Puan, program yang puan anjurkan ini bukan untuk budak-budak sekolah, program yang puan anjurkan ini adalah mahasiswa yang belajar di universiti. Oleh itu, sepatutnya puan melayan mereka seperti mahasiswa daripada melayan mereka seperti budak-budak sekolah. Contoh-contoh permasalahan yang dihadapi oleh haiwan-haiwan peliharaan puan tak perlulah digunakan untuk memahamkan mahasiswa point yang puan cuba sampaikan. Saya sebagai bekas mahasiswa pun tak faham apa yang cuba puan sampaikan. Cubalah berikan hujah yang profesional dan melambangkan puan ini adalah seorang pemimpin. Barulah orang lain akan hormat puan.

Di dalam Sinar Harian Online tersebut ada tertulis bahawa Puan Sharifah Zohra Jabeen berharap semua orang yang terlibat dapat menjadi profesional dalam perkara ini. Cuma pada pendapat saya, mungkin puan ini boleh tengok dan nilaikan dulu tahap profesional diri sendiri dulu sebelum nak berkata sedemikian.
Entry ini tidak langsung ada kaitan dengan sebarang "dipolitikkan". Apa yang saya sampaikan di sini lebih kepada pendapat saya sebagai bekas pemimpin pelajar dan seorang rakyat Malaysia.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, June 13, 2012

TAK ADA ILMU TAK BOLEH KE?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ilmu itu bagi saya sangat penting. Ilmu ini tak semestinya kita boleh dapat melalui pembelajaran dalam kelas saja. Ilmu itu cara untuk dapatkannya memang banyak. Antara yang paling baik adalah melalui pengalaman. Pengalaman melakukan kesilapan adalah cara penerimaan ilmu yang paling perit dan paling berkesan.

Sekiranya tiada ilmu dalam diri kita, akan bermasalah la hidup kita. Bukan saya kata kalau ada ilmu, hidup tak bermasalah. Tapi, sekiranya kita ada ilmu, kita mampu untuk mencari jalan dan cara untuk menyelesaikan masalah.

Contoh paling simple, kalau kita tak ada ilmu untuk memandu sebuah kereta. Mampukah kita memandu kereta tersebut? Kalau nak hidupkan enjin pun tak tahu di mana, macam mana nak memandu kereta tersebut di jalan raya?

Sekarang ini ada banyak cara dan sumber untuk mendapatkan ilmu. Antara yang paling popular dalam dunia blog adalah blogwalking. Bila kita berblogwalking, kita akan jumpa pelbagai jenis blog yang ada informasi yang mungkin kita pun tak tahu. Sebenarnya banyak yang saya belajar dalam dunia blog. Dari perkara yang saya tak pernah faham terus saya paling faham.

Saya tak kata saya berilmu sangat sebab saya pun masih berusaha untuk menambah dan mencari ilmu yang baru. Ini cuma pendapat saya, kalau ada yang tak bersetuju, sila terangkan sebab tak setuju di ruang komen di bawah.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, October 13, 2011

"THIS BLOG IS OPEN TO INVITED READERS ONLY"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah jumpa blog macam ni tak? Nak terjah blog dia, kena diinvite dulu. Saya tahu tak banyak blog yang buat macam ni. Mungkin dorang tak nak orang baca blog dorang sebab terlalu peribadi.


Tapi ... saya jumpa blog ni dalam Segmen Tambah Follower yang dianjurkan oleh blogger lain. Masa tu, saya terjah semua blogger yang join dan bila sampai ke satu blog ni, keluar "Page Restricted". Kenapa nak restricted plak? Kalau tak nak orang baca blog tu, kenapa join Segmen Tambah Follower ni?.

Apa sebenarnya tujuan Segmen Tambah Follower ni? Tujuannya adalah untuk menambah follower. Tapi, kalau korang buat blog macam ni, macam mana nak tambah follower?

Saya bukan nak menjatuhkan sesiapa ye? Saya cuma luahkan apa yang saya rasa tak relevan je. Saya tahu memang blog yang buat macam ni kurang dan kebanyakkannya disebabkan tak nak orang baca blog dia. Ok, itu saya respek keputusan dorang. Tapi, kenapa blog camni join segmen untuk tambah follower? Sebab nak backlink kot? Hehehe.

p/s : Saya lebih prefer blog saya mudah diterjah dan dikomen. Baru meriah. Kan?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, October 6, 2011

"JANJI MELAYU LA TU"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ini bukan nak burukkan kaum saya sendiri. Tapi cuma nak berkongsi pendapat saya. Bila kita kata event start pukul 8 pagi tapi pukul 9 pagi baru nak datang. Masa tu akan ada la bunyi-bunyi sumbang suara mengata :

"Janji Melayu la tu"

Kenapa? Kalau kaum lain lambat, taklah pula dengar orang cakap:

"Itu janji cina la tu"

Atau

"Itu janji india la tu"

Saya bukan nak cari gaduh ye? Cuma meluahkan pendapat sebab asyik saya selalu dengar tentang benda ni. Yang lambat tu bukan semua tapi sesetengah atau ada sebab yang tak dapat dielakkan. Kita tak tahu apa akan terjadi pada masa depan.

Ini cuma pendapat saya je. Jangan marah ye?

p/s : Harap perpaduan yang kita ada sekarang dapat dikekalkan.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, August 29, 2011

LUKA DALAM DAN LUKA LUAR ... MANA LEBIH SAKIT?


Have your say, in a united voice.

Win A HTC Cha Cha today!

Chicken, crab, or prawn? You decide!

We Could Think Of A Hundred Reasons To Love It, But Here's TEN!

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kalau korang dipaksa membuat pilihan memilih untuk luka dalam atau luka luar, yang mana korang pilih? Ini paksaan dan korang memang tak boleh skip. Korang boleh jawab sendiri. 

"Luka dalam tu apa?"

Luka dalam ni bukan kesakitan fizikal tapi lebih kepada emosi dan perasaan. Biasanya berlaku semasa kita kehilangan orang yang kita sayang ataupun ditinggalkan oleh kekasih hati yang sangat kita sayang ataupun kepercayaan kita dipijak-pijak oleh orang yang kita sangat percaya.  Luka dalam ni secara fizikalnya nampak tapi cuma lebam mata sebab selalu menangis, kepala migrain, hilang selera makan, hati rasa sakit dan macam-macam lagi la. Korang yang pernah rasa, korang tahu la.

"Luka luar tu plak apa?"

Luka luar ni adalah kesakitan dan luka secara fizikal sama ada secara luar kulit ataupun dalam tubuh badan. 
Sakit luka luar ni memang sakit tapi tak sesakit luka dalam sebab luka luar mungkin ada peratusan yang tinggi untuk sembuh. Tapi, luka dalam ni mungkin takkan sembuh sampai bila-bila. 

Kalau korang tak mahu rasa, persoalannya, kenapa korang buat pada orang lain?

Cuma soalan retorik je.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, August 6, 2011

"KENAPA NAK UNGKIT APA YANG SAYA CAPAI?"

MENARIK:

TRUDY & TEDDY PROVIDES COMFY BABY WEAR LOVINGLY MADE FOR BABIES!



Baru-baru saya gaduh dengan adik saya. Biasalah. Adik beradik gaduh. Tapi yang menyakitkan hati saya, tiap kali gaduh mesti dia akan cakap:

"Takpelah. Orang tu dah kerja kerajaan"

"Bos la katakan"

"Budak pandai la katakan"

"Kerja pegawai kerajaan bolehlah cakap macam tu"

Saya dah explain banyak kali. Apa yang saya capai ini pun saya mula dari bawah. Saya bukan graduate je terus dapat kerja ni. Saya pun mula dari bawah. Dari kerja kilang, contact centre dan cinemas. Kemudian, dapat rezeki jadi penjawat awam.

Walaupun dah explain tapi bila gaduh, masih nak ungkit lagi. Kenapa? Sebab saya dapat, dia tak dapat? Lepas tu, dia nak saya buat apa? Resign? Bagi dia jawatan ni?

Macam saya kata tadi, saya mula dari bawah. Perlahan-lahan dan akhirnya rezeki Allah saya dapat jawatan ni. So, daripada tanam sifat dengki pada saya, baik usaha. Saya sentiasa bagi info berkenaan kerja kosong kerajaan tapi dia bukan nak betul-betul apply pun. Tak ada benda datang tanpa usaha. Nak mencuri pun kena ada usaha.

Sekarang, kalau nak cakap apa, cakap la. Saya dah tak kisah. Malas nak explain sebab explain pun tak guna. Bukan nak faham. Sedih bila adik sendiri cakap macam tu kat saya.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka