Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label hargai. Show all posts
Showing posts with label hargai. Show all posts

Tuesday, February 5, 2013

RUPANYA MACAM INILAH RASANYA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sejak ada ada anak ini, baru saya faham beginilah rasanya ibu dan ayah saya nak membesarkan saya. Betapa susah pun dorang tak buang saya sehingga apa yang telah saya jadi hari ini. Masa kita kecil dulu, mana kita tahu apa yang telah kita buat. Menangis tak tentu pasal. Meragam sampai letih ibu dan ayah kita melayan kita.

Tapi, sehingga ke hari ini, ibu saya masih 'simpan' saya. Tak macam ibu-ibu yang saya baca di Akhbar, 'buang' anak sana sini, dera anak, hempas anak malahan bunuh anak sendiri pun ada. Padahal anak itu adalah anugerah dan tanggungjawab kita.

Ibu saya dah banyak berkorban untuk besarkan saya. Saya tahu tapi saya tak rasa. Memang mudah saya tahu dari cerita yang ibu saya ceritakan tapi macam mana rasanya? Sekarang ini baru saya tahu. Tapi, susah payah jaga anak ini akan terbalas nanti. Allah tak pernah abaikan kita. Cuma Allah hantarkan ujian kepada kita supaya kita sentiasa ingat pada Dia.

Tak cukup tidur, rasa penat, tak boleh nak buat apa dan lain-lain itu adalah lumrah bagi pasangan yang ada anak. Kepada korang yang dah ada 2, 3, 4 orang anak tu, memang saya respek sebab kalau nak jaga seorang anak pun dah pening kepala, inikan pula 2, 3, 4 orang anak kan?

Sementara Mayeesa nak membesar ini, saya nak jaga dia dan tak mahu jadi seperti ayah-ayah yang di luar sana. Menghempas anak ke sofa dan bagai-bagai. Sebab nanti Mayeesa dah besar nanti, saya dah tak boleh gomol-gomol dia macam sekarang. Sebab mesti dia akan malu dengan kawan-kawan dia.

Korang yang ada anak, hargailah anak korang tu ye? Itu rezeki korang. Ada orang tunggu bertahun-tahun tapi tak dapat seorang pun. Padahal, dari segi kewangan dan persediaan, dorang boleh dikatakan sudah bersedia. Cuma Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, February 17, 2012

"BILA DEPAN MATA, TAK RASA APA-APA PUN..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Antara perkara yang kita sebagai manusia tak perasan kita lakukan tapi kita akan perasan bila perkara itu dah hilang dalam hidup kita. Korang pening? Hehehe.


Maksudnya bila seseorang itu contohnya suami atau isteri kita sentiasa bersama kita, kita ambil mudah je layan dia. Sebab kita sentiasa leka tapi bila kita dah kehilangan dia, baru kita sedar betapa pentingnya dia dalam hidup kita.


So, hargailah dia sementara dia masih ada dengan kita.


p/s : Tengah belajar menghargai si "dia" yang bakal menjadi sebahagian diri saya.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, November 28, 2011

"RESTORAN MAKANAN SEGERA MENJADI PILIHAN"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Korang perasan tak? Bila tiba je musim cuti tak kiralah cuti sabtu ahad ke, cuti sekolah ke, cuti hari raya ke, Restoran Makanan Segera seperti KFC, McDonald, Pizza Hut dan so on mesti penuh. Rakyat kita dah terlalu mewah dengan makanan.


Dah la memang mewah dengan makanan, makanan yang habis makan dibuang macam tu je. Bagi dorang, makanan tu dah tercemar. Tapi, cuba bayangkan kehidupan orang islam di Somalia. Dorang kebuluran dan kalau dorang dapat sisa makanan tadi, pasti dorang sangat bersyukur. Tapi kita kat sini?


Saya pernah rasa tak ada duit nak beli makanan suatu ketika dulu. Saya pernah buat satu entry tentang saya mengutip sisa makanan selepas pasar malam di depan flat saya duduk di Dato Keramat semasa saya kecil dulu. Masa tu emak saya terpaksa masak moi atau bubur nasi je untuk isi perut kami. Masa tu saya hargai makanan sangat-sangat.


Sekarang pun kalau saya makan, saya akan habiskan. Orang yang berniaga makanan di Malaysia ni memanv untung. Saya pernah jumpa orang yang pakai MyPR (IC Merah) jadi tokey kedai makan. Pekerjanya adalah rakyat kita sendiri.


Hargailah makanan yang ada sebelum ia ditarik baim oleh Allah. Bila dah kebuluran, baru kita tahu harga sebenar secebis roti. Ambil iktibar dengan apa yang berlaku di negara yang rakyatnya mengalami kebuluran.


p/s : Saya sekarang berada Jaya Jusco Bukit Tinggi. Beratur untuk makan Nasi Ayam KFC.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, October 17, 2011

"TOLONGLAH JADI PENJAMIN SAYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ini kisah yang saya dengar dari salah seorang kakitangan saya. Bagi saya, boleh dikongsi dan paling penting boleh ditulis sebagai satu entry. Inilah saya. Kalau ada idea dan kisah yang menarik, terus saya nak tulis. Kadang-kadang tu sampai ada 2,3 kisah dan idea datang serentak untuk ditulis.

Menurutnya, sekarang si dia ni dah pakai kereta mewah. Kerja sebagai cikgu. Kalau jumpa tepi jalan atau kat mana-mana pun, pandang sebelah mata pun tak nak. Fikir diri tu besar dan dah berjaya. Tapi, disebalik kejayaan si cikgu ni, ada kisah menarik.

Kata kakitangan saya ni, masa cikgu ni nak belajar, si cikgu ni merayu pada dia untuk jadi penjamin bagi pinjaman pelajaran si cikgu ni. Mulanya, kakitangan saya ni tak nak la jadi penjamin. Bukan senang jadi penjamin. Kalau tak bayar nanti, penjamin kena bayar. Tapi, disebabkan cikgu ni dah merayu-rayu. Kata kakitangan kerajaan jadi penjamin senang dapat pinjaman pelajaran. Kakitangan saya ni pun akur dan jadilah penjamin.

Tapi, tengoklah sekarang ni macam mana? Memang si cikgu ni bayar setiap bulan. Tapi, bagi saya, kakitangan ni dah tolong masa si cikgu ni nak mohon pinjaman pelajaran untuk belajar dulu. Sekurang-kurangnya hormat dan tegurlah bila jumpa kat luar.

Macam kata pepatah, "Kacang Lupakan Kulit".

Inilah manusia, bila dah senang, dilupakan semua orang yang pernah bantu dia. Bukan nak memburukkan cikgu ni tapi sebagai ingatan kepada diri saya sendiri dan kita semua. Kakitangan saya ni bukan minta duit pun. Cuma harap dihargai.

Kalau korang kat tempat kakitangan saya ni, apa korang akan rasa?

p/s : Saya pun bukan baik sangat. Saya tak kata saya ni baik. Tapi saya ada kata saya akan cuba jadi yang terbaik.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, July 20, 2011

"ABANG NASZ MEMANG BLOGGER YANG BEST"

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tajuk entry memang tak boleh blah kan? Mesti ramai kat luar sana tengah muntah hijau baca tajuk entry ni. Haha... Lawak je. Sebenarnya saya jumpa tajuk entry masa tengah blogwalking dekat blog blogger yang join segmen Abang Ben tentang 3 Idola.

Terima kasih banyak-banyak kepada yang suka blog saya yang tak tahu apa yang bestnya ni. Tapi saya betul-betul hargai. Kepada Zul Fattah kerana memandang tinggi saya padahal saya memang tak selayak seperti Abang Ben. Saya cuma blogger baru yang masih bertatih dalam dunia blog ini.

Entry ni saya buat bukan untuk bangga diri k? Dan juga bukan nak bajet bagus. Saja nak luahkan rasa seronok saya bila ada blogger yang sudi memuji saya walaupun saya tak nak terima tapi dalam hati saya ni berbunga-bunga. Biasalah, muka kiut, hati pun kiut la kan? Hahaha...

Anyway, thanks untuk semua rakan-rakan blogger yang menyokong saya. Saya akan cuba beri output yang lebih baik pada masa akan datang.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, July 4, 2011

UCAPAN TERIMA KASIH...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Selalunya perkara kecil kita akan selalu terlepas pandang. Saya pun mengaku kadang-kadang saya terlupa nak ucap terima kasih. Kenapa kena ucap terima kasih? Perlu ke? Dorang dibayar untuk bagi perkhidmatan pada kita kan? Buat apa nak berterima kasih plak?

Kita ucap perkataan terima kasih sebab kita hargai pertolongan yang orang lain berikan. Cuba kita letakkan diri kita di tempat dorang, pastu orang yang kita tolong langsung tak ucap terima kasih pada kita. Apa kita rasa?

Bukan kita mengharapkan imbuhan berbentuk hadiah atau duit sangat, tapi penghargaan terhadap kerja yang dilakukan. Tak ucap terima kasih pun, tak kurang pun gaji kita. Tapi kita ada budaya ketimuran yang indah.

So, di sini saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan sudi membaca entry saya yang tak seberapa ni. Dan juga yang sudi meninggalkan komen. Saya hargai sangat-sangat.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, June 27, 2011

DEPAN MATA TAK NAMPAK, DAH HILANG BARU NAK MENYESAL...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tajuk kali ini panjang skit. Huhu...

Saya tulis entry ni melalui pengalaman dan pengamatan saya. Biasanya kita tak nampak kepentingan orang yang dekat dengan kita.

Kita akan layan dorang dengan sambil lewa. Kita anggap dorang tak terasa bila kita abaikan. Tapi bila dorang dah tak ada sisi kita, baru perasan kepentingan dorang.

Masa tu baru nak jaga dia elok-elok. Masa tu kalau dapat peluang dia masih ada lagi, dapatlah kita jaga dia elok-elok. Tapi dia dah pergi untuk selamanya, menyesal tak sudah.

Cuba korang tengok balik orang yang terdekat korang. Ada tak?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka