Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label fikiran rasional. Show all posts
Showing posts with label fikiran rasional. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

"SIAPA KATA?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tengah dengar lagu Selena Gomez - Who Says?. Terus dapat idea nak tulis entry ni. Hehehe. Pelik kan saya ni.

Siapa kata korang tak cantik? Sebenarnya korang lebih cantik pada pandangan orang yang sayangkan korang. Kecantikan bukan diukur dengan rupa paras ataupun susuk badan je. Kecantikan yang lebih baik wujud dalam diri korang sendiri. Seketul daging dalam diri korang tu, kalau busuk, busuklah korang. Kalau wangi, wangilah korang. Daging itu adalah hati korang.

Siapa kata korang tak pandai? Sebenarnya korang memang pandai walaupun korang tak tahu apa kepandaian korang. Tapi, nanti korang akan sedar gak kepandaian korang. Kepandaian bukan diukur dengan menjawab soalan peperiksaan atau kuiz. Tapi, macam mana korang sesuaikan diri dengan keadaan yang sentiasa berubah-ubah.

Siapa kata korang tak berguna? Sebenarnya berguna atau tidak itu bergantung kepada minda korang. Kalau minda korang fikir korang tak berguna, maka tak bergunalah korang. Padahal, kalau korang mampu set minda korang untuk mengatakan korang sangat berguna, maka sangat bergunalah korang.

Siapa kata korang tak boleh jadi diri sendiri? Sebenarnya bila korang jadi diri sendiri, korang akan lebih gembira. Bila korang jumpa seseorang yang boleh terima diri korang yang sebenarnya, korang akan lebih gembira. Korang gembira ke bila terpaksa berlakon jadi orang lain?

Orang boleh kata macam-macam. Tapi yang tentukan siapa kita adalah diri kita sendiri. Minda kita yang akan tentukan diri kita sebenarnya. So, apa korang kena buat sekarang? Set minda korang.

p/s : Suka lagu Selena Gomez - Who Says? ni. Ada banyak mesej baik. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, August 13, 2011

"TAHAN DIRI..PLEASE..SABAR"


MENARIK

YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dorang ni betul-betul mencabar kesabaran saya. Bakar mercun betul-betul depan rumah sewa dan dekat dengan kereta saya. Saya tengah tahan diri ni. Bulan puasa ni kesabaran saya makin menipis.

Apa yang akan berlaku kalau saya takde kesabaran? Tidak dapat tahan diri?

Ini yang akan berlaku:

Saya akan keluar rumah sambil pegang sebatang kayu. Kemudian, saya akan hentak dua belah kaki dan tangan sampai patah. Saya akan pastikan semua yang main akan kena. Pastu saya akan amik mercun tu dan sumbat dalam mulut, hidung dan telinga dorang. Pastu, saya akan bakar mercun tu dan tinggalkan dorang.

Kejam kan? Saya rasa bukan saya sorang je yang fikir macam tu. Disebabkan ada sifat sabarlah dan fikiran rasional lah yang menghalang kita buat camtu. Cuba bayangkan sifat sabar  kita memang tak wujud dan fikiran rasional tidak lagi relevan dalam diri kita. Huru hara dunia ni. Kan?

Cuma luahan rasa. Sedang bersabar dan bersabar.

Dah OK sekarang. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka