Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label santai minda. Show all posts
Showing posts with label santai minda. Show all posts

Saturday, January 14, 2012

"JOM SANTAI MINDA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang tension study ke tu? Korang tension ke tu? Korang tension tentang hal personal ke tu? Korang tension tapi tak tahu nak release camne?

Nak release tension? Meh saya tolong. Saya ada buat satu blog yang khas untuk kisah santai minda yang lucu untuk tatapan dan santapan korang semua. Jemputlah singgah dan follow sekali.

Blog ni simple je dan tak berat. Senang korang nak loading dan baca entry lucu yang saya kumpul dan susun.

Ada button fb share dan fb like saya sediakan untuk korang share dengan kawan-kawan korang kat Facebook.

Jom ramai-ramai terjah dan follow blog Santai Minda saya ni.


p/s : Dah lama rancang nak buat blog baru ni tapi busy dengan pelbagai kerja. Huhuhu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, December 17, 2011

SANTAI MINDA : "KENA PENAMPAR SEBAB NAK PAKAI TUDUNG"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah lama tak share santai minda. So, korang bacalah santai minda kali ni untuk ringankan sikit kepala korang yang tengah kusut tu k?


Ceritanya begini...

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takde siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg... Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

*Sumber Facebook

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, November 28, 2011

SANTAI MINDA : "PENCARIAN ORANG PALING MALAS"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Santai minda jap. Korang jangan tension-tension dengan kerja dan exam tu. Jom baca kisah santai minda ni dulu sebelum sambung kerja or studi tu. Jom.


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,
“Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.”

p/s : Kalau tiba-tiba kat Malaysia ada pencarian orang paling malas, memang sengitlah. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, November 25, 2011

SANTAI MINDA : "MAAF. AWAK ADA MASA 6 MINGGU SAJA UNTUK HIDUP"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang tension? Layan cerita kat bawah ni.


Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, “Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.

“Tapi Doktor,” Harun menjawab, “Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini… Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?”

Setelah beberapa saat, doktor berkata, “Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari”.

Harun bersemangat bertanya, “Dan itu akan menyembuhkan saya?”

“Tidak,” jawab doktor, “tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah.”

p/s : Doktor tu bagi point yang betul. Bagi badan biasa dengan tanah nanti bila dah sampai ajal.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, November 7, 2011

SANTAI MINDA : "IKLAN TERDESAK?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Betul-betul terdesak ni kan? Hehehe.


So, sesape yang rasa terdesak tu, bolehlah buat iklan macam ni. Jadikan iklan terdesak ni sebagai rujukan ye? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, November 3, 2011

SANTAI MINDA : "MENJAWAB"

Asssalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang santai-santai minda baca kisah ni ye? Yang mana tengah stress kerja ke, ape ke, baca ni, dapat release stress dengan gelak sedikit. Hehehe.

Seorang lelaki tua sedang berehat di bangku taman bunga. Datang seorang budak kecil duduk disebelah. Si budak mengeluarkan cokelat dari poket lalu menjamahnya.

Habis satu, dia mula lagi satu. Dan lagi. Dan lagi. Si tua memerhatikan sekian lama. Apabila budak kecil mula hendak makan cokelat yang ke-10, dia mencelah,

 "Nak, pakcik nak bagi nasihat sikit"

 Budak kecil melihat sambil mendiamkan diri.

"Kalau makan banyak sangat makanan ringan, tak elok untuk kesihatan dan gigi rosak!"

Si budak berkata,"Datuk saya ada nasihat juga.

 "Dia pun kata jangan makan makanan ringan?"

 "Tak. Dia kata JANGAN MASUK CAMPUR HAL ORANG LAIN"

p/s : Teruk kan budak ni? Tak hormat orang tua langsung. Korang jangan jadi macam ni ye? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SANTAI MINDA : "DAH SAMPAI IPOH BELUM?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semua suka pernah naik bas express kan? Kalau korang kena situasi macam kat bawah ni, apa korang rasa?


Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas,

"Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya,

"Sudah sampai Ipoh belom?"

Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab,

"Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni. Nanti kalau sampai saya akan kejutkan!"

Tapi si anak tidak mahu diam. Dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,

"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?"

Pemandu yang sudah keletihan menjawab soalan itu berkata,

"Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!"

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..
semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh. Tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar. Si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang,

"Encik-encik dan puan-puan sekalian. Bagaimana ni? PerlukaH kita hantar semula anak ini?"

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si
anak kembali ke Ipoh. Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.

 Sesampai di Ipoh, si anak dibangunkan.

"Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu

Si anak bangun dan berkata,

"Oh sudah sampai ya!"

Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya. Seluruh penumpang kehairanan.

"Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.

"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"

p/s : Korang rasa camne kalau kena camni? Hehehe. Dulu selalu naik bas express balik Penang sebab dulu belajar kat Perak. Hehehe.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, November 2, 2011

SANTAI MINDA : "KERANA 50 SEN"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Nak kongsi satu kisah santai minda yang ada nasihat. Teruskan baca ye?


Pada suatu Hari Jumaat yang hening Amin naik bas ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Amin memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amin dah pun makan tengah hari di rumah.


Perjalanan ke masjid adalah lebih kurang 10 km jauhnya. Amin pun membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang hensem itu. Lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping.


Amin pun ambil duit tu dan simpan dalam kocek baju melayunya. Sesampainya di masjid, Amin pun mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pun penuh. Setelah azan berkumandang, pak imam pun mengimamkan Solat Jumaat berjemaah itu. 


Amin pon menunaikan solat berjemaah itu. Semasa para jemaaah sujud termasuk Amin sekali, tiba2 duit 50 sennya jatuh dan tergolek betul-betul di bawah telapak tangan orang dihadapannya. Risau bila fikir nak jalan kaki balik rumah dalam panas terik, Amin pun berbisik kepada orang dihadapannya.


Amin : Jangan ambil duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti.


Lalu orang itupun menjawab,


Si A : Alah,setakat 50 sen aku x hairan la,takde sape nak ambik duit kau tu.


Lalu orang di sebelah Amin pula yang terkejut kerana Amin bercakap di dalam solat pun berkata,


Si B : Eh, korang ni dalam solat mana boleh bercakap.


Selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara,


Si C : Yang kau bercakap tu apa?


Sahlah solat mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen. 


MORALNYA : Jangan bercakap dalam solat. Lupakan hal-hal dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa.


p/s : Kita masih megingatkan dunia bila kita mengadap Allah. Ingatan untuk diri saya sendiri juga.


Wassalam.


-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SANTAI MINDA : "SIAPA SURUH KORANG TENGOK?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Hahaha. Kan dah terkena.

p/s : Elakkan berdua-duaan sebab akan ada orang ketiga iaitu Syaitan yang akan menghasut melakukan sesuatu yang ditegah oleh Allah.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, October 30, 2011

SANTAI : "SALAH TAFSIRAN"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Jom kita santai-santaikan minda kita dengan membaca kisah di bawah.



Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak.. 


"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2." 


Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu. 


Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya. 


"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??" 


Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab, 


UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK... 


p/s : Advance betul bebudak tu ye? Korang jangan plak sesaje g minum arak ni. Berdosa.


Wassalam.


-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

SANTAI MINDA : "PEMURAHNYA DIA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Jom kita santaikan minda kita di hari minggu ni. Teruskan baca ye?


Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.



Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".


p/s : Korang rasa apa tindakan Rizal lepas tu? Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, October 28, 2011

SANTAI MINDA : "JUAL ANAK?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kes jual anak dan buang anak ni dah semakin menjadi-jadi sekarang ni. Korang cuba baca kisah di bawah ni.

Di pagi hari yang nyaman, dua orang yang sudah lanjut usianya duduk berehat sebuah pangkin.

Pak Abu dan Pak Majid nama mereka. Pak Abu sedang membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil menghisap rokok daun.

Pak Abu : Majid, engkau tengoklah berita dalam surat khabar hari ini.Ada orang sanggup jual anak dia.

Pak Majid : Hmmmm... (Menjawab acuh tak acuh je).

Pak Abu : Kalau ye pun terdesak nak duit sangat, janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit.. Kerja kat Pam Minyak ke, Jual Kacang Putih ke, Jual Surat Khabar ke. Betul tak Majid?

Pak Majid : Hmmmmm... (Sambil menghembus asap rokok daunnya).

Pak Abu : Engkau ni kenapa Majid? Takkanlah berita ni engkau tak ambil kisah? Ini melibatkan kemanusiaan tahu? Binatang pun tahu jaga anak.

Pak Majid : Hmmm... Inilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu, aku buang je anak-anak aku tu.

Pak Abu : Hah?! Engkau biar betul Majid.

Pak Majid : Hoi... Engkau sedar tak sekarang ni kita ada kat mana?Sedarlah yang kita sekarang ni ada kat RUMAH ORANG-ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam ni, dah lama dah aku jual anak-anak aku dulu.

Pak Abu : Ha'ah. Ye la. Baru aku sedar.

p/s : Kita duk nampak ibu bapa buang anak. Yang anak-anak buang ibu bapa macam mana plak ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, October 27, 2011

SANTAI MINDA : "5 TIPS UNTUK TIDAK DIROMPAK PENCURI"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ini adalah 5 tips terbaik yang saya jumpa untuk mengelakkan korang dirompak pencuri.

1. Untuk melindungi rumah, pasang perangkap tikus sebanyak mungkin dan letakkan umpan emas atau besi atau duit.

2. Untuk melindungi kereta, langgar apa-apa agar kereta anda kemek, pancitkan tayar kereta anda, beli rim kereta second hand yang buruk, beli ekzok paling murah dan jangan letak sticker kat kereta anda.

3. Untuk melindungi motor, pancitkan tayar, cabut spart plug dan sentiasa pastikan tangki minyak motor anda kosong.

4. Untuk melindungi anak, beli pakaian bundle untuk mereka pakai dan hanya beri 50 sen sehari kepada mereka untuk belanja sekolah.

5. Untuk melindungi diri sendiri, jangan suka menunjuk-nunjuk (Berdosa tau).

p/s : Terbaik tak tips-tips ni? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, October 26, 2011

SANTAI MINDA : "EH...BUKAN DAH CUKUP 4 RAKAAT KE?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Memang menarik cerita ni. Korang rasa korang nak ke menantu macam ni?


Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...

p/s : Nak berlakon warak pun kenalah bijak. Kan? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, October 25, 2011

SANTAI MINDA : "MENIRU PETIKAN KATA-KATA SI MOTIVATOR"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Kali ni nak santai minda jap. Nak tengok korang gelak plak. Walaupun ada sesetengah entry saya merapu je lebih. Hehehe.


Korang terus baca ye?


Seorang Motivator berkata: "Tahun-tahun terbaik dalam hidupku, aku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah isteriku."

Hadirin dan hadirat terkejut dan terpaku...

Dia kemudian menambah , "Ia adalah ibuku."

Hadirin dan hadirat kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.

Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba perkara ini di rumah. Setelah makan malam, dia berkata dengan lantang di depan isterinya di dapur.

"Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan isteriku."

Ia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingatkan ayat terakhir si Motivator... Ketika Mamat membuka mata, dia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rawatan akibat siraman air panas.

Moral of the story:
Don't copy, if you can't paste.



Credit : Cerita Lucu


Hehehe. Korang dah gelak blum? Kalau belum, gelak cepat. Kalau dah, gelak cepat. 


Wassalam.


p/s : Hujan lebat plak malam ni. Tak dapat tengok TV lagi nampaknya. 




-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, October 16, 2011

SAMPAI GAK PEKAN TELUK INTAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sebenarnya rasa malas nak keluar sampai Teluk Intan. Tapi saya biar je badan saya buat keputusan. Sampai gak saya gak saya kat Teluk Intan walaupun hati saya cakap tak nak.

Bila fikir balik, dah dekat beberapa minggu hari sabtu dan ahad saya terperap dalam rumah sewa saya je. So, ingat nak release tension dan jalan-jalan kat Teluk Intan. Saya senang dapat idea untuk update blog bila keluar jalan-jalan camni.

Biasanya saya suka tengok gelagat orang yang shopping dan jalan-jalan kat Teluk Intan ni. Macam-macam saya boleh tengok. Jap lagi saya nak menapak je. Pusing satu Pekan Teluk Intan. Tak besar sangat pun. Hehehe.

Ada sesiapa nak ikut atau temankan saya?

p/s : Nak cari kasut kot? Dah lebih 2 tahun tak tukar kasut hitam untuk ke ofis.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, August 18, 2011

"SAYA DAN PUAN K SAYA"

Ever feel like you need a genie to make your wishes come true?

Get addicted gaming to win your share of RM25,000!



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kalau saya bagitau korang saya dah kawin, korang percaya tak? Ini pengakuan berani mati saya. YA, SAYA DAH KAWIN. Nama bini saya adalah Puan K. Ada ke yang terasa melepas tak? Hahaha.

Mas kawin masa nak kawin dengan Puan K ni dalam RM2,000 gak la. Mahal kan? Pastu, hantaran saya belanja lebih RM30,000. Memang saya sayang sangat-sangat Puan K saya ni. Saya beri kasih sayang dan jaga dia dengan baik sekali. Apa yang dia nak dengan sedaya saya penuhi.

Alhamdulillah Puan K ni masih setia kepada saya dan sudah semestinya saya setia kepada Puan K. Mesti korang nak tahu siapa Puan K tu kan? Nama penuh Puan K adalah Puan Kenari. Comel kan nama tu. Hehehe.

Gambar kat atas itulah bini saya. Nombor plat pun ikut nama saya. NBN = Naser Bin Nadzeri.

Hehehe. Jangan marah, nanti kena jual.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, July 12, 2011

CERITA SANTAI MINDA : BOOM!!!

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sila terus membaca dengan serius. OK?

Credit Google

Di dalam sebuah hutan yang menghijau daunnya. Dipenuhi dengan keindahan alam yang masih terjaga rapi. Terdapat dua buah puak yang sentiasa bertelagah. Puak pertama dipanggil Puak Bangang dan yang satu lagi Puak Bengong. Setiap hari mesti ada yang digaduhkannya.

Semakin hari semakin teruk pergaduhan mereka. Pergaduhan mereka berlarutan sehingga ke perebutan hutan menghijau itu. Setiap puak mengaku mampu mentadbir hutan tersebut dengan adil dan saksama. Tapi perebutan dan pergaduhan mereka lebih kepada kepentingan peribadi.

Suatu hari, pergaduhan mereka semakin klimaks.  Mereka bersetuju untuk adakan perhimpunan dan berarakan di dalam hutan. Si Puak Bangang memilih warna Hijau sebab mereka cuma tahu warna hijau je sepanjang hidup mereka. Si Puak Bengong pula pilih warna Coklat sebab dorang duduk dalam tanah.

So, satu hari tu, berlaku la perhimpunan dan perarakan puak-puak yang terlibat di dalam hutan yang indah. Maka, bertembunglah mereka di satu kawasan lapang yang dipenuhi lalang setinggi pokok mangga. Dengan wajah yang bengis, mereka mula membuka langkah untuk bertarung merebut hutan yang indah permai ini.

Tiba-tiba...  BOOM!!!

Sebutir bom jatuh dari langit dan meletup. Habis semua Puak Bangang dan Puak Bengong pupus. Di celah-celah lalang pokok mangga tu, keluarlah puak baru. Puak Licik. Maka, akhirnya hutan yang indah permai itu dimiliki oleh Puak Licik.

HABIS.

p/s: Cerita merapu saya ni tak melibatkan mana-mana pihak ye? Cuma untuk senaman muka yang duka.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, June 17, 2011

SEGMEN : CERITA REKAAN

Korang nak join, klik SINI

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak join segmen yuyu plak. Huhu... Pasal merepek ni memang saya expert. Hehe..


Pak Hensem dan Mak Cantik sangat suka makan sayur.  Tapi sejak dua menjak dan bermenjak-menjak ni, sayur di pasar selalu dah  habis.  Terpaksa Pak Hensem dan Mak Cantik meratah sayur yang dah basi di dalam peti sejuk. Mak Cantik terus bermuram durja. Pak Hensem jadi gelabah.  Biasalah, bini dia kan cantik.  Takut plak nanti bini dia lari ikut lelaki lain yang lebih hensem lagi.

Maka Pak Hensem berfikir dan berfikir dan berfikir dan ... akhirnya mendapat satu idea bernas.  Pak Hensem terus berlari katak ke arah Mak Cantik.  Mak Cantik terkejut terus menendang Pak Hensem ke dalam kuali.  Maka hensemlah kuali tu. Mak Cantik yang terkejut tu baru tersedar dia telah menerajang suaminya yang hensem itu dan terus berlari menyelamatkannya.

"Cem (Panggilan manja Pak hensem), maafkan Ntik (Panggilan Manja Mak Cantik). Ntik terkejut", ujar Mak Cantik.  Pak Hensem senyum walaupun menahan gelora di dada.

"Jom", pendek je Pak Hensem menjawab.  Lantas tangan Mak Cantik ditarik menaiki motornya.

"Kemana ni Cem?", soal Mak Cantik kerisauan.  Perangai suaminya tak keruan.  Kena hantar hospital gila ni.

Pak Hensem buat bodo je. Terus menunggang motor sampai ke suatu tempat yang terpencil.  Penuh dengan semak samun.

"Awat bawa Ntik ke sini ni?" tanya Mak Cantik. Pak Hensem memandang Mak Cantik sambil tersenyum. Tangan Mak Cantik ditarik lagi. Dibawa makin ke dalam hutan dan akhirnya ...

"Ta da ... " Pak Hensem berkata.  Mak Cantik tersekima. 

"Banyaknya Cem", ucap Mak Cantik keharuan. Pak Hensem memberi plastik untuk Mak Cantik mengutip pelbagai sayur-sayuran yang berada di ladang kelapa sawit tersebut.

Sedang mereka bersedia nak balik, tiba-tiba ...

"Hoi!" Terdengar satu suara menjerkah. 

Pak Hensem terus menyuruh Mak Cantik naik dan memecut selajunya. 

HABIS.

Apa yang saya tulis kat atas tu tak berkaitan dengan sesape k?  Penulisan kat atas tu keluar secara spontan. Huhu.

Itu je. Selamat membaca dan gelak-gelak. Haha...

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, February 24, 2011

FUNNY STORY 1 : RUN



I was teaching a very basic class in BASIC programming to a group of adults. Adults who have never been around computers before are very nervous and much harder to teach than children, however I am a patient person so I enjoy their successes.

However, I must share the following:

After putting a short program on the board, I told the students to type "R," "U," "N" and press return to see the program execute.

A hand went up in the back of the room, waving to get my attention, and the person attached to the hand said, "I did what you said and it didn't work." Knowing full-well that all of us make mistakes when typing at the computer, I suggested she retype "R," "U," "N" and press return. A few seconds later, the lady's hand goes up again. "It still doesn't work," she said.

So... I went back to see what the problem was ... only to find that instead of typing RUN, she had typed in the following: ARE YOU IN !

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka