Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Saturday, June 2, 2012

DEBAT ISU JANTINA TAKKAN SELESAI SAMPAI BILA PUN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bila kita ada perdebatan antara jantina berlainan yang sudah semestinya lelaki dan perempuan tidak termasuk yang lembut dan pengkid, perdebatan itu akan menjadikan semakin panas dan panas dan sudah semestinya panas kalau tak ada orang yang hentikan.

Kenapa jadi macam tu? Ini disebabkan kedua-dua jantina ada ego masing-masing. Kedua-dua jantina ada kelebihan dan kekurangan. Kedua-dua jantina anggap diri sendiri yang terbaik. Tapi, hakikatnya kedua-dua jantina saling melengkapi.

Jika tiada perempuan, tak lengkap hidup seorang lelaki. Tiadalah pertambahan manusia di dunia ini. Pupuslah manusia sebab tiada zuriat yang akan menyambung generasi ke generasi yang baru.

Jika tiada lelaki, tak lengkap hidup seorang perempuan. Sama juga seperti jika tiadanya perempuan iaitu tiada pertambahan jumlah manusia di dunia ini dan manusia akan pupus.

Lelaki dan perempuan saling memerlukan antara satu sama lain. Janganlah asyik menunding salah antara satu sama lain. Allah jadikan lelaki dan perempuan berbeza ada sebabnya iaitu supaya saling melengkapi serta saling bertolak ansur dengan kekurangan dan kelebihan masing-masing.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, June 1, 2012

SEGMEN TAMBAH FOLLOWERS SAMPAI BERIBU

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya nak join segmen yang dianjurkan oleh Rochelle. Nama macam coklat kan? Saya rasa penganjur segmen ini suka makan coklat. Saya pun. Hehehe.

Saya start berblogging pada 28hb Ogos 2010. Ada time yang saya terlalu sibuk sampai lupa kepada blog ini. Lama juga dibiarkan sehinggalah tahun lepas baru aktif balik. Itu kira macam mana ek? Hehehe.

Segmen ini tutup pada 1hb Jun 2012 pada 9 malam / 10 malam. (Boleh plak ada slash kan? Hehehe).

So, sempat lagi ni. Jom join ramai-ramai.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

BARU KENA TEGUR SIKIT DAH MENANGIS...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi saya layan satu pelanggan dengan anak-anaknya. Tengah sibuk layan dan beri penerangan mengenai apa yang dia nak buat serta tahu, saya terperasan anaknya yang seorang ini berdiri di atas meja. Saya secara spontannya cakap:

"Adik, turun adik. Nanti jatuh kang?"

Budak itu terus turun dan terus menangis meraung-raung. Saya cuma tegur je. Bukan buat apa-apa pun. Menjerit pun tak. Tapi, dah menangis meraung-raung. Korang nak tahu jantina budak tu? Budak itu berjantina LELAKI.

Mesti korang akan cakap,

"Ala... Biasalah la tu. Budak-budak"

Betul cakap korang tapi kalau kena tegur pun dah menangis meraung.  Macam mana la kalau dihukum. Menangis meraung guling-guling kot? Hehehe.  Saya perasan budak-budak sekarang memang sangat manja. Tak macam saya kecil-kecil dulu, emak dan bapa saya didik saya dengan kasih sayang berselang seli dengan tali pinggang (Bila buat salah la).

Saya bukan nak suruh dibalun dengan tali pinggang ataupun apa-apa benda pembalunan. Cuma janganlah kena tegur, terus menangis meraung macam saya pula nak makan dia. Nanti dah besar, manja sangat sampai tak boleh ditegur.

p/s : Saya belum ada anak lagi tapi saya ada adik dan saya ada bapa yang tak pernah ada semasa saya membesar. Saya anak sulung dan hampir semua keputusan di atas bahu saya.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka