Tajuk entry memang tak boleh blah kan? Mesti ramai kat luar sana tengah muntah hijau baca tajuk entry ni. Haha... Lawak je. Sebenarnya saya jumpa tajuk entry masa tengah blogwalking dekat blog blogger yang join segmen Abang Ben tentang 3 Idola.
Terima kasih banyak-banyak kepada yang suka blog saya yang tak tahu apa yang bestnya ni. Tapi saya betul-betul hargai. Kepada Zul Fattah kerana memandang tinggi saya padahal saya memang tak selayak seperti Abang Ben. Saya cuma blogger baru yang masih bertatih dalam dunia blog ini.
Entry ni saya buat bukan untuk bangga diri k? Dan juga bukan nak bajet bagus. Saja nak luahkan rasa seronok saya bila ada blogger yang sudi memuji saya walaupun saya tak nak terima tapi dalam hati saya ni berbunga-bunga. Biasalah, muka kiut, hati pun kiut la kan? Hahaha...
Anyway, thanks untuk semua rakan-rakan blogger yang menyokong saya. Saya akan cuba beri output yang lebih baik pada masa akan datang.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
