Tadi disebabkan terlalu kempunan nak makan GCB, saya pun selepas tamat Program Khidmat Negara di Kem Intan Suraya, Sungai Siput, Perak terus memandu Ke Teluk Intan, Perak. Singgah jap kat McD Teluk Intan untuk menikmati GCB.
Sedang saya sedap menikmati GCB, saya ternampak bebudak sekolah berpakaian sekolah sedang melepak kat situ gak. Dorang sekolah di sebelah pagi la tu. Teringat saya pada zaman saya sekolah dulu. Tempat lepak saya bukan macam budak-budak sekarang.
Tempat saya lepak dulu di belakang rumah cina yang pokok ceri. Saya dan kawan saya nama Lan selalu panjat pokok ceri tu untuk buahnya. Kadang-kadang kami badminton kat situ. Saya dan Lan pernah kutip pokok pucuk paku untuk dijual di pasar. Hehehe... Memang best sangat masa tu.
Budak-budak sekarang nak lepak pun kat McDonald, KFC, Cyber Cafe, Karaoke dan tempat-tempat yang tak macam masa saya kecil-kecil dulu. Saya rasa blogger yang umur lebih kurang saya mesti faham.
Korang selalu lepak mana? Ce cite.
Wassalam.
-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4
Sila Tekan Like Jika Suka
