Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label melayu. Show all posts
Showing posts with label melayu. Show all posts

Tuesday, April 3, 2012

"TAK SEJUK KE?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Korang mesti pernah tengok awek-awek suka pakai seluar pendek yang menampakkan paha yang putih gebu kan? Kalau boleh, lagi pendek seluar tu, lagi dorang suka. Yang menghairankan, semua awek-awek tu berketurunan melayu dan beragama islam.


Terfikir gak, dorang ni tak rasa sejuk ke? Saya yang pakai baju lengkap dengan kasut ni kadang-kadang terasa sejuk macam tak pakai apa-apa. Memang tahan betul kulit dorang kan? Hehehe.


Ada gak yang kata fesyen. Entahlah. Saya rasa kalau selesa pakai, oklah. Tapi kalau seksa pakai, confirm tak ok lah. Kan? Hehehe.


Korang rasa macam mana? Atau korang layan usha je? Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, October 16, 2011

KITA MUDAH LUPA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Kita mudah lupa. Bila kita senang, kita lupa kepada Allah. Tapi, bila kita ditimpa kesusahan, baru kita nak ingat kepada-Nya.

Masa kita aman, kita lupa perjuangan dan pengorbanan pejuang-pejuang yang berperang untuk memberikan keamanan kita sekarang. Kita sibuk untuk berperang sesama sendiri untuk merebut gelaran, pangkat dan kuasa. Untuk apa? Untuk kepentingan kita sendiri. Padahal, para pejuang kita, kita biarkan kehidupan yang daif tanpa menghulurkan sebarang bantuan dan penghargaan.

Masa kita kecil, kita sentiasa bergantung harap dengan ibu dan ayah kita. Segala yang kita nak, kita minta daripada dorang. Dorang menjaga kita seperti menatang minyak yang penuh. Tapi, bila kita besar dan mampu berdikari, kita lupa jasa mereka. Kita biarkan mereka terkontang kanting. Kita abaikan mereka.

Masa kita belum berjaya, kita mengata dan mencaci orang yang dah berjaya. Kata kita, dorang yang dah berjaya tu, lupa dan langsung tak pandang kita di bawah. Yang masih merangkak dan bertatih. Tapi, bila kita dah berjaya, kita sendiri langsung tak pandang orang di bawah. Kita riak dan takbur dengan kejayaan kita di dunia yang sementara ni.

Kita ini mudah lupa apabila kita dapat kesenangan dan kemewahan. Sebab kita ini cuma manusia yang penuh dengan kekurangan. Semoga kita sama-sama dapat ingat mengingati antara satu sama lain supaya kita sentiasa sedar siapa diri kita sebenarnya.

p/s : orang duk cakap, "Melayu Mudah Lupa". Kenapa Melayu je? Kaum lain tak pernah lupa ke?.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, October 6, 2011

"JANJI MELAYU LA TU"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ini bukan nak burukkan kaum saya sendiri. Tapi cuma nak berkongsi pendapat saya. Bila kita kata event start pukul 8 pagi tapi pukul 9 pagi baru nak datang. Masa tu akan ada la bunyi-bunyi sumbang suara mengata :

"Janji Melayu la tu"

Kenapa? Kalau kaum lain lambat, taklah pula dengar orang cakap:

"Itu janji cina la tu"

Atau

"Itu janji india la tu"

Saya bukan nak cari gaduh ye? Cuma meluahkan pendapat sebab asyik saya selalu dengar tentang benda ni. Yang lambat tu bukan semua tapi sesetengah atau ada sebab yang tak dapat dielakkan. Kita tak tahu apa akan terjadi pada masa depan.

Ini cuma pendapat saya je. Jangan marah ye?

p/s : Harap perpaduan yang kita ada sekarang dapat dikekalkan.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka