Tengok berita TV3 tadi, Polis jumpa botol berisi minyak dan baju putih ditulis dengan marker hitam perkataan 'kotor'. Kata Perhimpunan 'BERSIH', tapi kenapa ada botol berisi minyak dan bersumbu? Kalau bersih patutnya benda-benda macam tu tak patut ada kan? Tak faham la saya.
Sebenarnya apa yang dorang cuba perjuangkan ni? Dah nampak sangat nak menghuru-harakan negara je. Negara tengah sibuk nak tolong hantar bantuan kepada GAZA, kita kat sini sibuk nak menghuru-harakan negara.
Seronok ke buat penghimpunan tu? Ganggu ketenteraman awam je. Tak kesian kepada orang yang lain ke? Kalau tak puas hati, kan ada saluran yang lebih baik untuk cari kata sepakat. Perhimpunan ni dapat selesaikan masalah ke? Nampak menambahkan lagi masalah ada la.
Batalkan je perhimpunan yang sangat 'BERSIH' ni. Pergi la renungkan diri sendiri dulu sebelum nak 'BERSIH'kan orang lain. Saya pun sedar diri saya pun tak cukup 'BERSIH' untuk 'BERSIH'kan orang lain.
Batalkan je perhimpunan 'BERSIH' ni. Takde faedah pun. Sape sokong saya?
Wassalam.
-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2
Sila Tekan Like Jika Suka
