Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, March 4, 2011

PENANTIAN HAMPIR 2 BULAN DAH BERAKHIR!!

Salam sejahtera semua kawan-kawan.

Penantian aku selama hampir 2 bulan dah pun berakhir.  Tentu korang tertanya kan ape la si nasz ni dinantikan?  Jawapannya netbook HP baru aku la.  Korang mesti fikir apa la, pasal netbook je ke? Buang masa betul la.  Kemudian, aku akan cakap "TUNGGU!"


Ceritanya begini:

Pada Bulan Oktober 2010, aku telah ke TM Point Teluk Intan untuk memohon Perkhidmatan Streamyx yang disertakan dengan netbook HP.  Selepas seminggu lebih kurang, pihak TM menelefon aku mengatakan alamat yang dimasukkan ke dalam sistem mereka adalah tersilap.  Oleh itu, dorang pun cancel order aku dan masukkan order baru dengan alamat yang betul.  Alamat yang silap tu  bukan salah aku k? Dorang salah key in.  Tunggu la aku lagi 2 minggu sebelum kontraktor datang ke rumah aku untuk pasang talian telefon dulu.  Lepas talian telefon  dipasang, aku dimaklumkan oleh kontraktor tu yang modem wireless akan dihantar ke pasang dalam masa 14 hari.  Selepas 14 hari, modem wireless dan streamyx belum lagi dipasang.  Aku terus call 100 untuk tanyakan status streamyx aku.  Yang memeranjatkan aku, permohonan streamyx TIADA.  Oleh itu, dorang janji akan hantar email ke TM Point Teluk Intan untuk daftarkan streamyx aku.  Sebulan lebih aku asyik call 100 untuk tanya status streamyx aku tapi jawapan yang aku dapat ... "sedang diproses".

Aku terus la pergi balik TM Point Teluk Intan dan kemukakan masalah aku ni.  Kelam kabut dorang masukkan permohonan dalam sistem.  Selepas tu, pada 22hb Disember 2010, datanglah orang untuk pasang modem TM.

Lepas siap je pemasangan, terus aku tanya bila netbook HP aku akan sampai.  Dorang cakap dalam masa 14 hari.  So, aku tunggu la 14 hari.  Tak ada apa-apa respon.  Aku terus call 100.  Jawapan dorang "Kami akan bantu encik dengan hantar laporan ke bahagian processing kami dan minta cepatkan penghantaran order ke pihak HP".  Aku telefon pihak HP, dorang belum lagi terima apa-apa order untuk netbook.  Banyak kali gak la aku call 100 tapi tak ada apa-apa perubahan pun.  Terus aku ke TM Point untuk kali ke tiga, staf TM Point tu suruh aku balik dulu.  Dia akan terus contact orang yang incharge untuk penghantaran Netbook HP ni tapi hampir  3 minggu tak call pun.  Aku still telefon HP dan 100 tanya status Netbook HP aku.  Macam biasa la "dalam proses".  Untuk kali keempatnya, aku ke TM Point Teluk Intan dan jumpa staf yang duduk kat sebelah staf yang janji akan contact aku.  Dia tak pandang aku langsung.  Bersirap gak la aku tapi tak apa.  Aku sabar.  Aku bagitau staf tu yang Netbook HP aku tak sampai-sampai lagi.  Dah dekat sebulan lebih.  Kelam kabut dia dapatkan maklumat dan email ke bahagian processing.

Dan akhirnya hari ini (4 Mac 2011), Pakcik yang kerja hantar Netbook HP call aku untuk hantar.  Aku excited la.  Dekat lebih sebulan nak masuk 2 bulan menanti Netbook HP aku.  Nak online kena pergi CC.  Sejam dah RM2.50. Main 4 - 5 jam lima hari.  Korang kira sendiri la.

So, ini Netbook HP aku yang berjaya mengubat hatiku yang terluka dek service TM yang teruk dan lembap.

So, bolehlah aku online kat rumah je. Hehe. Syok. Itulah ceritanya.  So, apa pendapat korang?

Adios.

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka

14 comments:

  1. finally. hahaha. diorang ni kena push sikit. kalo diam jek memang la kita yang rugi :D

    ReplyDelete
  2. cik ungu kamila: memang pun..hari tu pergi tm point bagitau kalau lambat sangat, saya nak cancel je la. muka dorang berubah terus.huhu.

    ReplyDelete
  3. dah line laju tu updatelah slalu k...

    ReplyDelete
  4. Fuh! comel netbook..berkilatttt...

    ReplyDelete
  5. skema gile ayt. dh mcm karangan. hahahaha

    ReplyDelete
  6. The Bee and The White Roses : Baru kuar dari kotak..hehe..cyg netbook HP saya...(tiru rancangan radio aznil .. "caaaayyyaaaanngggg dia")..haha...

    ReplyDelete
  7. Nurun: memang buat karangan dalam keadaan separa sedar..masa tu macam tengah buat exam upsr kertas bm..huhu...

    ReplyDelete
  8. niela yg dipanggil kerenah birokrasi

    dwet nk keje lambat

    btl x?

    ReplyDelete
  9. adwafarahin: betul tu. tension gak tapi sabar je la..huhu..

    ReplyDelete
  10. hahaha, kesian gila, ;p

    xpe-xpe, sabar separu dari iman, ;p

    ReplyDelete
  11. hee. best nye ade netbook. ngee

    ReplyDelete
  12. i am S!L4H : best..best..best..huhu..

    ReplyDelete