Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Wednesday, March 30, 2011

KENAPA KITA BLOGGING?!

Salam semua kawan-kawan blog.  Sori sebab agak lama tak update blog ni.  Baru je balik dari kursus induksi di Woodvalley Resort, Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor.  Kat sana memang susah nak online sikit.

Kadang-kadang aku tertanya-tanya kenapa kita berblogging? Best ke?

Setiap orang ada sebabnya.  Setiap orang ada sebab tersendiri.

Bagi aku, aku berblogging sebab best.  Aku boleh menulis dan kalau ada yang sudi membaca, baguslah.  Aku memang minat menulis sejak sekolah lagi.  Ada la sikit-sikit karya pendek aku masuk majalah sekolah.  Huhu.  Just for fun.

Sebab lain pulak adalah nak cari ramai kawan baru.  Mungkin kalau boleh, boleh kita berkumpul bila-bila.  Buat game bowling or tengok movie ramai-ramai.  Mungkin gak boleh buat konvensyen Blogger-Blogger.  Haha...

Dengan berblogging ni, aku boleh luahkan idea-idea aku yang tak berapa bernas.  Kadang-kadang boleh berkongsi ilmu apa yang aku tahu dan kadang-kadang dapat ilmu baru daripada kawan-kawan blogger aku.  So, kalau kita fikir balik, ada faedahnya berblogging ni. Huhu...

blogging ni pun boleh dapat extra income.  Walaupun tak banyak tapi dapat gak kan.  Sikit pun duit.  Banyak pun duit.  Dua-dua duit.  Tapi jangan obses sangat dengan duit sampai tikam kawan dari belakang.  Kan? Kan?

So, korang berblogging sebab apa? Share lah...

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka

3 comments:

  1. salam
    sbb blog? cr kenalan baru, kongsi idea, pengalaman,sbb setiap org mengalami pengalaman yg berbeza dr hidup mereka...so... dpt berkongsi2 idea...

    ReplyDelete
  2. Nufaha: thanx sebab sudi visit blog saya. sure. dapat kongsi idea..saya setuju..

    ReplyDelete
  3. dah dapat duit kena bayar cukai ni bro.. huhu

    ReplyDelete