KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, January 27, 2011

TEKA TEKI SANTAI MINDA 1



Salam sejahtera semua.  Hari ini nak post teka teki plak.  Cuba jawab ye? 
Hehehe...


1) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk
Masukkan benang dalam jarum

2) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai
Bas sekolah lah, the only bas pergi sekolah

3) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais
MILO AIS

4) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki
Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkat
sebelah aje.


5) Apa perbezaan lampu stadium dengan lampu bilik
Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam

6) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol
Semut yang matanya BENGKAK



7) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?
Motorsikal......sebab dia pakai tongkat

8) Kangkang peluk, kangkang peluk, bila dah dekat klimaks pegang buah
Panjat pokok kelapa

9) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
Kambing binATANG

10) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?
Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR

Nak tahu jawapannya? Highlight je ruang kat bawah setiap teka teki tu.  Tapi try la jawab dulu.


Selamat Mencuba.


-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka

2 comments:

  1. hahaha...lawak2,..yg lain aku tau..yg no 3.6 nga 9 tuh..jenuh pikir..kih3...syok2..layan..

    ReplyDelete
  2. hehehe...memang syok...relax minda skit...

    ReplyDelete