KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, November 30, 2010

STOP CHILD ABUSE!!

Dunia sekarang ini dah semakin teruk dan menakutkan.   Ingatkah kita  tentang kes berkenaan Syafia Humaira? Nurin Jazlin Jazimin? K. Haresvarra?  Mereka telah mati didera oleh manusia yang tidak berperikemanusiaan!! Soalannya, apa salah mereka? Mereka cuma kanak-kanak kecil yang perlukan perlindungan bukan deraan.  Manakah perginya sifat kemanusiaan mereka yang mendera kanak-kanak yang tidak berdosa ini?


Hari ini (30hb November 2010), kita dapat lihat di dalam Akhbar Kosmo muka surat 5 yang menyiarkan mengenai "Pengasuh Pendek Akal Ditahan...Wanita tampal pita pelekat pada muka, mulut dan tangan kanak-kanak".  Sekarang kita nak meletakkan anak-anak kita di taska pun kanak-kanak itu tak selamat.


Kes buang bayi.  Ingat lagi tentang kes sebegini yang semakin banyak berlaku dan dipaparkan di dada akhbar negara ini?  Bayi tersebut langsung tidak berdosa.  Walaupun kita tidak kesiankan diri kita, kita kesiankanlah bayi tersebut.  Belum sempat buka mata tengok dunia, dibuang ke dalam tong sampah, longkang dan sebagainya.  Persoalannya...Apa salah bayi tersebut? Siapa sebenarnya yang bersalah?


Penderaan kanak-kanak ini telah mencapai ke tahap yang amat serius.  Kita haruslah buka mata kita dan berganding bahu untuk menghentikan penderaan kanak-kanak ini.


Oleh itu, pihak unicef telah mengadakan satu kempen untuk menghentikan penderaan kanak-kanak yang semakin teruk di negara kita dan di dunia.
unicef


Cuba bayangkan perkara penderaan ini berlaku kepada anak-anak kita. Apa perasaan kita?. Oleh itu, marilah sama-sama kita membantu menghentikan penderaan kanak-kanak ini.


HENTIKAN PENDERAAN KANAK-KANAK!!

Sila Tekan Like Jika Suka

1 comment:

  1. ya penderaan kanak-kanak memang kejam dan tak berperikemanusiaan... kalau la jadi kat anak saya.. ish!! tak mau bayang la.. huhu.. sanggup jadi suri rumah...

    ReplyDelete