Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label jantina. Show all posts
Showing posts with label jantina. Show all posts

Monday, December 17, 2012

SCAN SEKALI LAGI...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi petang, isteri saya ada temujanji dengan doktor untuk sesi Scan Kandungan. Kira hari ini, pagi dan petang lah saya ke Klinik Kesihatan. Sebenarnya, saya terlupa. Saya balik sekejap ke rumah untuk Solat Zohor, isteri saya beritahu saya, baru saya ingat. Saya solat dulu dan kemudian saya bawalah isteri saya ke Klinik Kesihatan.

Sebelah petang ini, saya tunggu sebab saya rasa sekejap je kalau doktor nak scan. Tapi, saya cuma duduk di ruang menunggu saja. Doktor nak check kedudukan bayi dan keadaan fizikal dia saja. Kalau di klinik swasta saya boleh masuk tapi klinik kerajaan ini rasa susah sikit nak masuk.

Anyway, saya pun tunggu di ruang menunggu saja la. Tak lama kemudian, isteri saya pun keluar, Muka dia nampak berseri-seri jugalah. Mungkin sebab doktor ini dah boleh buat scan. Sebelum ini, isteri saya minta tolong scan tapi dia tanpa segan silunya mengaku dia memang tak reti nak guna mesin scan tersebut. Rasa nak tergelak juga masa tu sebab kelulusan dia memang tinggi. Mungkin dia dah ambil kursus khas untuk belajar gunakan mesin scan ini. Baguslah sebab telah ambil inisiatif untuk belajar.

Dalam kereta, isteri saya cerita yang doktor tunjukkan kaki dan tangan bayi kami. Kepala dia dan semualah. Doktor tu usaha untuk tengok jantina bayi kami tapi tak berjaya. Baby malu kot sebab asyik kepit je kakinya. Lagipun, baby tak gerak pun sebab tidur. Tapi, doktor cakap berkemungkinan lelaki tapi tak pasti. Jantina tak dapat disahkan sebetul-betulnya. So, untuk tahu jantina bayi, kenalah tunggu sampai bayi keluar. Hehehe.

Doktor tak dapat cetak keluar apa yang discan tadi. Mungkin sebab bayi dah besar dan mampat. Kalau cetak keluar pun, tak nampak sangat.|So, takpelah, tunggu tak sampai sebulan lagi pun, In Shaa Allah, selamat lahir bayi kami.

Korang doakan ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, December 14, 2012

TAK SAMPAI SEBULAN LAGI...



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tak sampai sebulan lagi saya akan bergelar BAPA, In Shaa Allah. Semoga bayi dalam kandungan isteri saya sentiasa sihat hendaknya. Semasa pergi buat pemeriksaan di Klinik Swasta dan Kerajaan, tarikh dijangka beranak adalah pada 11.01.2013. Tetapi, perut isteri saya dah nampak sangat turun bawah dan berat badan dia pun dah mula mengurang, kami rasa mungkin akhir bulan Disember 2012 ataupun awal bulan Januari 2013.

Walau apapun, yang paling penting, saya sentiasa berdoa kepada Allah supaya bayi selamat dan sudah semestinya emak bayi pun selamat. Saya pun berharap tiada apa yang tak elok berlaku semasa isteri saya nak bersalin nanti.

Mula-mula isteri saya kata nak bersalin di Hospital Teluk Intan Perak tetapi bila dia fikir balik, susah juga. Sebab ini adalah anak pertama a.k.a sulung kami, kami sudah semestinya tak tahu apa yang perlu dibuat. So, isteri saya cadangkan bersalin di Klang Selangor sebab ada ibunya a.k.a emak mertua saya yang boleh jaga.

Jantung berdebar kencang juga sebab masanya semakin hampir. Saya dan isteri saya dah persiapkan apa yang patut untuk menyambut kelahiran bayi sulung kami ini. Nama pun dah ada tapi tak bolehlah saya umumkan sekarang.

Saya minta kawan-kawan blogger doakan kesejahteraan isteri dan anak dalam kandungan isteri saya ye?

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, June 2, 2012

DEBAT ISU JANTINA TAKKAN SELESAI SAMPAI BILA PUN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bila kita ada perdebatan antara jantina berlainan yang sudah semestinya lelaki dan perempuan tidak termasuk yang lembut dan pengkid, perdebatan itu akan menjadikan semakin panas dan panas dan sudah semestinya panas kalau tak ada orang yang hentikan.

Kenapa jadi macam tu? Ini disebabkan kedua-dua jantina ada ego masing-masing. Kedua-dua jantina ada kelebihan dan kekurangan. Kedua-dua jantina anggap diri sendiri yang terbaik. Tapi, hakikatnya kedua-dua jantina saling melengkapi.

Jika tiada perempuan, tak lengkap hidup seorang lelaki. Tiadalah pertambahan manusia di dunia ini. Pupuslah manusia sebab tiada zuriat yang akan menyambung generasi ke generasi yang baru.

Jika tiada lelaki, tak lengkap hidup seorang perempuan. Sama juga seperti jika tiadanya perempuan iaitu tiada pertambahan jumlah manusia di dunia ini dan manusia akan pupus.

Lelaki dan perempuan saling memerlukan antara satu sama lain. Janganlah asyik menunding salah antara satu sama lain. Allah jadikan lelaki dan perempuan berbeza ada sebabnya iaitu supaya saling melengkapi serta saling bertolak ansur dengan kekurangan dan kelebihan masing-masing.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka