Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Saya perasan banyak juga post dalam Facebook yang suruh Rajagopal, Jurulatih Pasukan Harimau Malaya letak jawatan disebabkan kekalahan Pasukan Harimau Malaya kepada Pasukan Gajah Putih. Banyak juga post dalam Facebook yang maki hamun dia.
Inilah manusia, masa dia bawa Pasukan Harimau Malaya menjulang Piala AFF Suzuki pada tahun 2010, hampir semua orang sanjung dia. Tapi, bila Pasukan Harimau Malaya kalah baru-baru ini, terus kutuk dan maki hamun dia. Dia dah berusaha bersungguh-sungguh, dah bukan rezeki pasukan kita, nak buat apa lagi. Kita boleh cuba lain kali.
Saya bangga sebab sejak dia jadi Jurulatih Pasukan Harimau Malaya kita, rakyat kita dah mula buka mata dengan kebolehan pasukan bola sepak kita. Sebelum ini, tak ramai yang ambil tahu sangat tentang pasukan bola sepak kita termasuklah diri saya. Selepas ledakan kemenangan kita dalam Piala AFF Suzuki pada tahun 2010, saya terus bersemangat dan mula nampak kebolehan pasukan kita.
Kita tak kalah pun sebenarnya. Setiap perlawanan adalah pengalaman yang paling berharga. Pengalaman ini akan bawa kita terus ke depan hingga ke puncak. Saya nak berterima kasih kepada Rajagopal kerana berusaha melatih pemain bola sepak kita sebaik mungkin. Walau apa pun kritikan dan kutukan orang lain, teruskan apa yang anda buat.
Pada pendapat saya, kalau nak sangat Rajagopal letak jawatan, cadangkan pengganti yang betul-betul layak. Yang boleh berikan keyakinan kepada rakyat Malaysia untuk melatih pasukan kita. Tak perlu desak dia untuk letak jawatan macam itu saja. Mestilah kita kena ada pengganti yang berkaliber.
Ini cuma pendapat saya, pada saya, Rajagopal dah buat sehabis baik yang dia mampu. Kita patut faham, dia manusia dan manusia bukannya sempurna. Kita patut hargai dan teruskan sokongan kita terhadap pasukan Harimau Malaya kita.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
betul Rajagobal dah buat sehabis baik.tapi bagi aku, tndakan dia masa game lawan thailand tu, sepatutnya bila bahagian serangan Malaysia dah kurang menyengat, dia patut masukkan Khyril Muhymeen dan Safee awal2 lagi, kita sendiri dah nampk Mat Yo tak mampu lakukan sorang2.
ReplyDeletelagi satu, bab pemilihan pemain, dia masih stick kepada skuad juara 2010 walaupun player tu dah nampak kurang menyerlah dan prestasi dah kurang baik macam Safiq Rahim, Rajagobal mcm takut mencuba player baru, apa salahnya panggil Nazmi Faiz dan Rozaimi Abdul Rahman yang perform baik masa qualification olympic hari tu, pemilihan pemain dah menampakkan Rajagobal gagal, itulah sebab utama dia perlu letak jawatan.
Dan dah tiba masanya Ong Kim Swee ambil alih sebagai coach skuad senior, bagi aku dia lagi tegas dan taktikal dia lebih mantap.
susah nak komen nasz.....
ReplyDeleteapa pun...remy tetap sokong harimau malaya......
cuma terkilan jugak haritu...kenapa safee lambat sangat kuar.... kalau tak mungkin malaysia ada peluang..... sian mat yo sensorang kena kepung.....