Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, December 6, 2012

"TERIMA KASIH MAMA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Entry ini saya tulis untuk isteri saya yang tersayang. Saya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih di atas segala pengorbanan dan sumbangan dalam menjaga diri saya. Saya ini biasa-biasa saja tapi dia sanggup menerima kekurangan saya.

Saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi jaga makan minum dan pakai saya. Memang saya akui yang saya ini jenis 'sambil lewa' saja dan kadang-kadang pakaian saya tak pun diseterika. Wife saya yang tersayang tolong seterikakan.

Makan dan minum dulunya tak terurus. Saya makan ikut dan saja. Mana yang dekat, saya sambar masuk mulut. Kadang-kadang makan meggi saja. Kadang-kadang makan kacang saja. Dan kadang-kadang tak makan apa-apa langsung. Tapi, wife saya pastikan saya makan dengan secukupnya. Terima kasih sayang.

Sekarang ini wife saya sedang mengandungkan anak saya. Ada lagi lebih kurang sebulan ataupun kurang sebelum kelahiran bayi sulung kami. Saya nak ucapkan terima kasih kepada wife saya sebab sudi mengandungkan anak kami dan sanggup bersusah payah serta bersakit sebab mengandung. Kalau saya, mungkin saya tak mampu buat apa yang wife saya tengah buat sekarang.

Saya gembira dan bersyukur kepada Allah kerana dipertemukan wife sepertinya. Walaupun perkenalan kami agak singkat dan terus mendirikan rumah tangga, saya berharap rumah tangga kami berkekalan hingga ke akhir hayat kami. In shaa Allah.

Saya cuma nak beritahu wife saya yang saya sentiasa hargai apa yang wife saya dah buat.

"Terima kasih Mama"

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

4 comments:

  1. untung nasz dapat isteri yg memahami ...
    jaga isteri baik2 tau!!!

    ReplyDelete
  2. As-salam. Pakcik seronok membaca rakaman sanjungan nasz untuk isteri yang dikasihi. Semoga bahagia selalu, dan selamat mendapat cahayamata pertama.

    Kabarnya hendak dibina sebuah IPTA di Bagan Datoh. Sudah mulakah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pakcik Temuk,

      tak nampak pula. setahu saya, IPTA tersebut akan dibuat di Teluk Intan tapi dinamakan di Bagan Datoh. Rasanya IPTA tersebut adalah UiTM.

      Delete
  3. salam...hai singgah and follow sini :) http://yieweezer5915.blogspot.com

    ReplyDelete