Assalamualaikum dan salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.
Tamat sudah perjalanan Harimau Malaya kita dalam pertandingan Bola Sepak AFF Suzuki 2012. Kita kalah dengan Pasukan Gajah Putih iaitu Thailand. Walaupun layanan yang diberikan kepada pasukan kita tak memuaskan berbanding layanan kita kepada mereka semasa di Malaysia, menyediakan padang yang seperti bendang untuk pasukan kita berlatih dan pelbagai lagi layanan yang tak memuaskan kepada pasukan kita, kita anggap saja ini sebagai halangan yang perlu kita tempuh.
Walaupun kita kalah pada malam ini, tak semestinya kita kalah sepenuhnya. Kita masih ada peluang lagi 2 tahun akan datang. Kita mesti tebus kekalahan kita dengan berlatih memantapkan lagi corak permainan kita. Kita kena cari pelbagai taktik-taktik baru untuk pastikan pasukan kita menang.
Permainan malam ini bagi saya dah ok. Cuma apa yang saya nampak adalah masalah padang yang terlalu lembut dan sudah semestinya pihak Thailand tak beri peluang kepada pasukan kita untuk mencuba padang perlawanan sebenar sebelum perlawanan. Tapi, takpelah, bukan rezeki kita malam ini. Pasukan kita tetap pulang dengan kebanggaan.
Tentang pengadil pula, Lee Ming Yu yang berasal dari Korea, memang saya tahu ramai penyokong Pasukan Harimau Malaya tak berpuas hati, termasuklah saya sendiri. Tapi, dia pengadil, kita akur saja. Mungkin begitulah cara pengadilannya. Mungkin dia betul-betul berat sebelah. Tapi, kita kena ingat, ini cuma satu permainan. Tak perlu beremosi sampai di luar padang. Menang dan kalah adat permainan. Tak bolehlah dua-dua pasukan menang kan? Tak ada maknanyalah permainan ini.
Anyway, lagi 2 tahun kita akan ada lagi. Jumpa lagi di AFF Suzuki 2014.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
No comments:
Post a Comment