Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Korang pernah tengok Movie 2012 tak? Saya suka tengok movie ini sebab grafik dia memang sempoi dan gempak. Tapi, saya just suka tengok saja la. Kalau nak suruh saya percaya, tak payahlah. Tapi, ramai juga yang percaya ... termasuk orang islam sendiri. Dorang percaya berkenaan Ramalan Kaum Mayan mengenai dunia akan kiamat pada 21.12.2012 disebabkan pusingan bumi telah tamat tempoh yang ditetapkan. Oleh itu, dorang kelam kabut pergi ke pasaraya untuk beli barangan dapur untuk simpanan di rumah.
Sebagai orang islam yang berpegang kepada Kitab Al-Quran dan Sunnah, kita kena percaya bahawa tarikh hari kiamat adalah rahsia Allah. Tapi, Allah ada nyatakan dalam Al-Quran mengenai Kiamat Kecil dan Kiamat Besar serta tanda-tanda dunia akan kiamat.
Ramalan Kaum Mayan ini lebih kurang sama seperti Ramalan Horoskop yang selalu kita baca dalam suratkhabar tu. Baca boleh, percaya jangan.
Di China, ada seorang lelaki yang percayakan Movie 2012 berkenaan Dunia akan Kiamat pada tahun ini dan telah bersedia dengan "Bahtera" buatan berbentuk sfera a.k.a bulat. Dia kata "Bahtera" itu dapat menyelamatkan diri kita dari berhadapan Hari Kiamat kelak. Nonsense.
Dunia ini kalau nak Kiamat esok dengan kehendak Allah, maka esoklah Kiamatnya. Tapi, kita tak tahu bila tarikhnya sebab Allah rahsiakan daripada kita bersebab. Apa yang perlu kita buat sekarang adalah beribadat kepada Allah dengan sepenuh hati dan mohon perlindungan Allah.
Tak perlu nak buat "Bahtera" bagai sebab perlindungan Allah paling terbaik.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
No comments:
Post a Comment