Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, December 24, 2012

FOOT REFLEXOLOGY...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Isteri saya ajak pergi Tesco Klang dan ajak saya pergi buat Foot Reflexology. Saya pun beritahu dia suaya dia pergi sorang cukuplah. So, mula-mula macam itulah.

Tetapi, sampai saja tempat buat foot reflexology, isteri saya pujuk saya buat sekali. Memang kaki dan belakang serta leher saya ada masanya sakit. So, termakan dengan pujukan isteri saya, saya pun buatlah.

Bukan saya tak pernah buat Foot Reflexology iaitu Urutan Kaki tapi pengalaman sebelum ini buat saya takut nak buat lagi. Sebab bila kaki saya diurut, saya rasa sangat sakit. So, memang rasa betul sakitnya.

Kali ini ramai pula orang yang ada dalam Pusat Foot Reflexology ini. So, mahu tak mahu, saya kenalah tahan sakit dengan buat muka selamba je. Padahal, sakitnya hanya saya dan Allah saja yang tahu. Dan rasanya brader yang urut saya tu rasa tahu juga kot?

Anyway, lepas buat Foot Reflexology ini, rasa lega sikit. Korang pernah buat Foot Reflexology tak?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

1 comment:

  1. Kalau dulu2 akak bukan takat kaki, seluruh badan pun urut.. sebab mmg sedap., tp bila dah anak ramai, x sempat lagi dah nak manja2kan diri..

    ReplyDelete