Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label usaha. Show all posts
Showing posts with label usaha. Show all posts

Saturday, December 15, 2012

NAK RAJAGOPAL LETAK JAWATAN?


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya perasan banyak juga post dalam Facebook yang suruh Rajagopal, Jurulatih Pasukan Harimau Malaya letak jawatan disebabkan kekalahan Pasukan Harimau Malaya kepada Pasukan Gajah Putih. Banyak juga post dalam Facebook yang maki hamun dia.

Inilah manusia, masa dia bawa Pasukan Harimau Malaya menjulang Piala AFF Suzuki pada tahun 2010, hampir semua orang sanjung dia. Tapi, bila Pasukan Harimau Malaya kalah baru-baru ini, terus kutuk dan maki hamun dia. Dia dah berusaha bersungguh-sungguh, dah bukan rezeki pasukan kita, nak buat apa lagi. Kita boleh cuba lain kali.

Saya bangga sebab sejak dia jadi Jurulatih Pasukan Harimau Malaya kita, rakyat kita dah mula buka mata dengan kebolehan pasukan bola sepak kita. Sebelum ini, tak ramai yang ambil tahu sangat tentang pasukan bola sepak kita termasuklah diri saya. Selepas ledakan kemenangan kita dalam Piala AFF Suzuki pada tahun 2010, saya terus bersemangat dan mula nampak kebolehan pasukan kita.

Kita tak kalah pun sebenarnya. Setiap perlawanan adalah pengalaman yang paling berharga. Pengalaman ini akan bawa kita terus ke depan hingga ke puncak. Saya nak berterima kasih kepada Rajagopal kerana berusaha melatih pemain bola sepak kita sebaik mungkin. Walau apa pun kritikan dan kutukan orang lain, teruskan apa yang anda buat.

Pada pendapat saya, kalau nak sangat Rajagopal letak jawatan, cadangkan pengganti yang betul-betul layak. Yang boleh berikan keyakinan kepada rakyat Malaysia untuk melatih pasukan kita. Tak perlu desak dia untuk letak jawatan macam itu saja. Mestilah kita kena ada pengganti yang berkaliber.

Ini cuma pendapat saya, pada saya, Rajagopal dah buat sehabis baik yang dia mampu. Kita patut faham, dia manusia dan manusia bukannya sempurna. Kita patut hargai dan teruskan sokongan kita terhadap pasukan Harimau Malaya kita.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, June 11, 2012

REZEKI RM50...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Alhamdulillah cek terbaru dari Nuffnang dah sampai. Penantian selama hampir dua bulan dah tamat. Walaupun hanya RM50 tapi sangat bermakna bagi blogger cikai macam saya ini. Setiap rezeki yang saya dapat adalah rezeki yang diberikan oleh Allah. Saya bersyukur kepada-Nya. Ahamdulillah.


Sekarang saya akan terus cash out earning saya yang dah mencapai RM50 sebab tak mahu nak tunggu kumpul banyak-banyak. Lagipun saya cuma blogger biasa saja. Tak macm blogger-blogger otai yang cash out sekali beribu riban. Bukan saya dengki tapi jeles.


Saya jeles bukan sebab saya nak menjatuhkan dorang dengan buat perkara tak elok. Tapi dengan cara usaha mencapai apa yang mereka mampu capai. Mungkin sekarang saya hanya mampu cash out RM50. Masa depan mungkin saya akan cash out lebih RM50. Insya Allah.


Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi terjah dan komen entry di blog saya.


p/s : Saya buat apa dengan RM50 ini? Saya simpan dalam SSP (Sijil Simpanan Premium). Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, November 10, 2011

"NAK HIDUP SENANG TAPI TAK NAK USAHA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Siapa tak nak hidup senang, angkat tangan. Hehehe. Tapi senario sekarang ni, ramai nak hidup senang tanpa berusaha...termasuk saya. Saya mengaku tapi akhirnya saya sedar kesenangan yang saya dapat tanpa usaha tak semanis kesenangan saya dapat selepas usaha. Korang setuju tak?

Saya pernah kerja di kilang perabot. Saya pun pernah kerja di kilang kapas. Saya pernah kerja di kilang kain. Saya pernah kerja di kilang ubat. Banyak tempat saya pernah kerja. Saya pun pernah ikut bapa saudara saya berniaga. Saya pernah kerja di panggung wayang. Saya pun pernah kerja sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan a.k.a penjawab talian TM 100. Hehehe. Banyak kan?  Actually, saya start cari duit sendiri bermula Darjah 6. Masa tu emak saya kerja sorang untuk besarkan kami 4 beradik. Sebab tu saya rasa manisnya bila sekarang ni saya dah dapat kerja tetap dalam Kerajaan.

Bila kita usaha, kita akan melalui fasa buat salah dan belajar dari kesalahan. Itu akan dijadikan pengalaman kita. Kita akan jadi diri kita selepas melalui pengalaman ini.

Cuba korang bayangkan kalau kesenangan korang dapat tu senang dan tanpa usaha, apa korang akan rasa?

p/s : Pengalaman bercinta pun salah satu perkara yang mematangkan kita. Kan? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, September 26, 2011

"COURSE NI SUSAH NAK DAPAT KERJA LA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dapat idea nak tulis entry ni lepas baca Entry INI daripada Tea. Teringat masa mula-mula saya dapat course Diploma Pengurusan Dan Teknologi Pejabat. Hampir semua sepupu saya cakap:

"Course ni susah nak dapat kerja la"

"Kawan kakak pun ambil course ni. Menganggur sampai sekarang"

"Course ni dulu course Diploma Kesetiausahaan. Untuk perempuan je"

"Buang masa je ambil course ni. Nanti grad, susah cari kerja gak"

Macam-macam dorang cakap tentang course yang masa tu bakal saya terjah. Tapi, saya dah tetapkan matlamat saya, course ni saya ambil sebagai batu loncatan untuk yang lebih tinggi. Maksud saya, kalau saya ambil course bombastic de bomb pun kalau fail pun tak guna gak kan? Tak boleh nak sambung Degree. Sekurang-kurangnya kalau saya lulus course ni, saya dah ada diploma dan ada peluang nak apply for degree kan?

So, saya pun belajar course ni. Semester 1 ada kawan-kawan yang cakap ini:

"Ini bukan course yang aku minta. Aku nak Mass Comm"

"Rasa malu la belajar course ni. Course ni untuk perempuan je"

Saya layan je. Memang tak dinafikan memang banyak perempuan yang dapat course ini. Tapi setelah beberapa lama, rasa best plak belajar course ni sebab ia lebih kepada pembelajaran menjadi seorang ketua dan pentadbir.

Semester last saya praktikal di KWSP Seberang Jaya, Pulau Pinang dan semua yang saya belajar diapply kat sana. Masa tu gak saya apply untuk jawatan kosong dan sebelum saya graduation, saya ditawarkan oleh 4 jawatan swasta. Bayangkan belum lagi graduation, saya dah dapat tawaran kerja.

Terfikir saya, bukan masalah course yang buatkan kita tak dapat kerja, ia adalah masalah diri kita sendiri. Sama ada kita memilih kerja ataupun terlalu nak bekerja yang berkaitan dengan course kita ataupun kurang usaha nak mencari. Sepupu saya yang bercakap-cakap mengenai course saya ni terus diam tanpa kedengaran apa-apa bunyi. Mungkin inilah rezeki saya dan saya bersyukur sebab saya tak ikut cakap-cakap sepupu saya tu. Kalau tak, boleh ke saya berada di tempat saya sekarang? Hanya Allah saja yang tahu.

Itu pilihan saya dan Alhamdulillah. Korang nak belajar, apa saja course yang korang dapat, yang penting adalah usaha untuk capai markah tertinggi. Dan pada masa yang sama, korang kena adaptkan diri dengan alam pekerjaan supaya korang tak terkena culture shock.

p/s : Kenangan masa di UiTM Seri Iskandar Perak memang tak dapat saya lupakan. Rindu masa tu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, August 8, 2011

"TAK USAHA, APA PUN TAK DAPAT!"

MENARIK

YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!

FREEDOM TO LOOK HOT!

HURRY! PURCHASE A SAMSUNG PRODUCT AND REDEEM YOUR FREE GIFT TODAY!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang nak jawab exam, korang tak usaha nak baca buku dan studi, korang rasa boleh jawab tak exam tu? Boleh tapi IQ kena la tersangat sangat sangat pandai sebab bila lecturer mengajar, secara automatiknya melekat dalam otak korang. Korang orang macam tu ke? Kalau tak, pergi studi. Hehe.

Sama gak dalam dunia blog ni. Kalau setakat goyang kaki tunggu orang masuk blog kita, ada la sikit masuk dan makin lama makin takde la. Saya tahu sebab saya pernah goyang kaki dulu. Anggapan saya ada orang nak masuk jengah blog tak popular saya. Hahaha. Cuma beberapa bulan lepas, saya terfikir kenapa takde orang nak datang blog saya? Pastu, saya usaha sikit dengan blogwalking dan komen kat blog kawan-kawan blogger lain, baru ada yang sudi datang jengah.

Lagi satu, kalau setakat join segmen, macam segmen Abang Ben, Ini Kisah Tia, Firdaus Life dan lain-lain blogger yang hostkan komen tapi lepas join tak amik apa-apa tindakan susulan, korang rasa banyak ke orang nak datang blog korang? Memang ada. Bila kita join segmen yang memerlukan kita terjah menerjah, kita terjah. Sebab bila kita terjah dan kita tinggalkan link kita, Insya Allah dorang akan terjah balik. Bagi saya, terjah guna segmen lagi senang sebab kita bleh guna ayat yang sama untuk terjah semua blogger yang join segmen tu. Tapi, kalau setakat tunggu orang terjah kita, kita tak terjah orang, buat apa join segmen? Buang masa je.

Di sini bukan saya nak kutuk atau merendahkan blogger lain, dan bukan juga nak meninggikan diri saya yang memang tinggi (saya memang tingg k?..hehe), saya cuma nak highlight apa yang saya tengok selama saya berblogging dan bersegmen ni. Saya cuma harap kita dapat sama-sama memeriahkan lagi dunia blog. Kalau semua orang duduk tunggu orang datang blog dia, sampai bila pun tak meriah kan? Hehe..

Kalau ada yang tak puas hati dengan entry ni, sila-silalah serang saya. Saya terima dengan hati yang terbuka. Bring it on!

Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka