Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, July 12, 2011

CERITA SANTAI MINDA : BOOM!!!

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sila terus membaca dengan serius. OK?

Credit Google

Di dalam sebuah hutan yang menghijau daunnya. Dipenuhi dengan keindahan alam yang masih terjaga rapi. Terdapat dua buah puak yang sentiasa bertelagah. Puak pertama dipanggil Puak Bangang dan yang satu lagi Puak Bengong. Setiap hari mesti ada yang digaduhkannya.

Semakin hari semakin teruk pergaduhan mereka. Pergaduhan mereka berlarutan sehingga ke perebutan hutan menghijau itu. Setiap puak mengaku mampu mentadbir hutan tersebut dengan adil dan saksama. Tapi perebutan dan pergaduhan mereka lebih kepada kepentingan peribadi.

Suatu hari, pergaduhan mereka semakin klimaks.  Mereka bersetuju untuk adakan perhimpunan dan berarakan di dalam hutan. Si Puak Bangang memilih warna Hijau sebab mereka cuma tahu warna hijau je sepanjang hidup mereka. Si Puak Bengong pula pilih warna Coklat sebab dorang duduk dalam tanah.

So, satu hari tu, berlaku la perhimpunan dan perarakan puak-puak yang terlibat di dalam hutan yang indah. Maka, bertembunglah mereka di satu kawasan lapang yang dipenuhi lalang setinggi pokok mangga. Dengan wajah yang bengis, mereka mula membuka langkah untuk bertarung merebut hutan yang indah permai ini.

Tiba-tiba...  BOOM!!!

Sebutir bom jatuh dari langit dan meletup. Habis semua Puak Bangang dan Puak Bengong pupus. Di celah-celah lalang pokok mangga tu, keluarlah puak baru. Puak Licik. Maka, akhirnya hutan yang indah permai itu dimiliki oleh Puak Licik.

HABIS.

p/s: Cerita merapu saya ni tak melibatkan mana-mana pihak ye? Cuma untuk senaman muka yang duka.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

8 comments:

  1. ehem. mendalam ni maksud dia. ^___^

    ReplyDelete
  2. heheh.. terlalu tersirat cerita ni ye. huhu. btw nice entry! =)

    ReplyDelete
  3. tapi maksud dia memang mendalam dan sangat mengena... hahhaha... kita cuma mampu melihat dipersimpangan dan kejauhan kemusnahan puak2 hutan nih.. kalau kita tinggal disitu... habislah kita dipergunakan puak2 yang licik..kan???

    ReplyDelete
  4. puak licik tu jahat!!

    dah baca komik atwr #4?
    http://eleventx.blogspot.com/2011/07/atwr-comic-4-budak-budak.html

    ReplyDelete
  5. maksud tersirat yg mendalam..ermmm..puak licik sememang nya licik..

    ReplyDelete
  6. puak licik yg lebih advanced... ntah2 puak licik yg pakai bom...huhu...

    Norhisham Nordin : Jom Singgah Blog Saya

    ReplyDelete
  7. as salam..
    oo..macam faham sikit. hehe. licik yang perlu berhati-hati la ya?
    hehe~ layan~


    by : http://fadzli-rt.blogspot.com

    ReplyDelete