Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Friday, February 1, 2013

"EH... MANA BOLEH..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sila baca perbualan dua sahabat di bawah,

A : Aku nak kerja kat tempat inilah.

B : Kat mana tu?

A : Kat kilang ini. Nak cari duit poket sikit.

B : Aku dengar cerita, kilang ini bagi kerja berat tapi gaji ciput je.

A : Ye ke? Mana engkau tahu?

B : Aku dengar-dengar cerita je la.

A : Boleh caya ke cerita yang engkau dengar ni?

B : Entah. Aku pun tak tahu.

A : Aku nak try minta la kerja kat sini.

B : Eh... Jangan. Engkau tak dengar ke apa aku cakap tadi. Tokey kilang ini kedekut.

A : Takpelah. Aku nak try dulu. Bukan duit je aku kejar tapi pengalaman kerja tu yang penting.

B : Aku tak nak lah. Engkau minta kerja sendiri la.

B terus berlalu pergi. A pun memohon kerja di kilang itu. Dan akhirnya diterima. A bekerja bersungguh-sungguh sehingga dianugerahkan oleh Tokey Kilang sebagai Pekerja Terbaik. Kemudian, Tokey Kilang itu menaikkan pangkat A dan juga gaji A. Sehingga kini A telah menjadi Pengurus Kilang tersebut.

B pula masih di takuk lama. Mencari kerja yang tiada cerita buruk yang dia dengar daripada orang lain.

Apa yang nak saya tekankan di sini, hidup kita, kita yang tentukan. Bukan orang lain yang tentukan. Orang lain boleh bercerita mengenai sesuatu yang dia sendiri tak pernah alami tapi cuma dengar cerita orang lain. Yang penting, kita cuba dulu. Kalau tak sesuai, kita cari yang lain. Cari sampai yang sesuai. Tapi, kenalah kerja dengan bersungguh-sungguh. Tiada jalan pintas untuk berjaya.

Bila kita usaha, usaha kita membuahkan hasil, kita akan rasa puas dan seronok. So, bila orang lain cakap macam-macam pasal sesuatu perkara, jangan terima bulat-bulat tapi selidik dulu. Semua ada akal kan? Gunakan.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, April 4, 2012

SERANGGA YANG SIBUK BEKERJA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Masa nak keluar dari office melalui pintu belakang untuk ke bank. Bukan kita sebagai manusia ni busy, tapi makhluk ciptaan Allah yang lain pun busy gak. Hehehe.


p/s : Ada gak orang yang suka duduk tak buat kerja dan minta isteri keje. Dia cuma makan dan tidur. Macam-macam perangai.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, December 6, 2011

"TAKDE KERJA KE ATAU KERJA GAJI SIKIT?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Jarang sekarang ni updated blog. Busy dengan pelbagai kerja. Last month macam-macam event kena attend. Bulan ni pun macam-macam event kena pergi gak. Tapi takpe, pengalaman ni bukan senang nak dapat kan? Kalau tak pergi, takde la pengalaman. So, rugilah.

Ini cuma pendapat saya je k? Jangan nak santau atau sentap dengan saya plak. Bagi saya, kalau dapat kerja gaji sikit pun, saya sanggup kerja daripada takde kerja langsung. Kenapa saya fikir camtu? Sebab bagi saya, walaupun gaji sikit mana pun, ia tetap berharga. Apa yang berharga? Pengalaman kerja.

Saya pernah kerja 12 jam dengan bergaji sehari RM4.00 saja. Ini memang pengalaman saya. Memang macam kejam tapi bila fikir balik, bagus gak sebab saya belajar something. Apa yang saya belajar? Saya belajar bukan mudah untuk dapatkan duit.

Cuba bayangkan masa tu saya takde kerja? Boleh ke saya yang tak buat apa-apa kerja dapat RM4.00 sehari? Sekarang ni, saya tengok ramai yang tak nak kerja yang gaji sikit dan sanggup tak kerja. Duduk rumah, goyang kaki dan nanti mak ayah kejutkan untuk bangun makan. Pastu tidur balik.

Bila disuruh cari kerja, macam-macam alasan.

"Mana boleh, saya ada degree. Takkan nak kerja kilang je"

"Bagi la saya rehat dulu. Nanti saya carilah kerja"

"Penat tau belajar? Nak rehat sebelum cari kerja pun tak boleh"

"Tengah tunggu kerja cari saya ni"

Bab nak bagi alasan ni, memang expert. Rasa tak payah nak belajar tinggi-tinggi untuk cari alasan. Memang semua orang mampu buat. Kan? Hehehe.

Korang rasa camne plak?

p/s : Busy betul sekarang ni. Banyak betul kerja. Tapi, Alhamdulillah. Masih ada kerja.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, October 6, 2011

BEKERJA DENGAN MANUSIA TAK SAMA DENGAN MESIN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya pernah bekerja di kilang. Di kilang ubat, dulu saya cuma akan bekerja dengan sebuah mesin. Kerja saya pastikan serbuk untuk buat Panadol mencukupi dan kemudian timbang setiap 30 minit untuk pastikan beratnya sama dengan piawai yang ditetapkan. Senang kerja dengan mesin ni sebab kita cuma ON dan pantau. Itu je. Nak sembang dengan tak boleh sebab kalau mesin tu tiba-tiba sembang dengan saya, memang saya buat pecutan laju balik ke rumah menyorok dalam selimut. Hehehe.

Berbeza bila kita bekerja dengan manusia ni. Kena ada komunikasi. Kalau tak, kerja tak jadi ataupun jadi pun mesti ada kurangnya. Sebab kita sebagai manusia ada perasaan. Bila kita rasa seronok buat kerja, maka seronoklah hasilnya. Kalau kita tak seronok buat, tak seronoklah hasilnya. So, kenalah kita menyesuaikan diri dengan orang yang kita kerja sama-sama.

So, kalau korang ada pilihan, korang nak kerja dengan mesin atau manusia?

p/s : Teringat masa kerja kat kilang perabot dulu. Kerja dengan Warga Nepal dan Bangladesh.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, September 29, 2011

"NANTILAH"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

"Nantilah saya buat"

"Buat esok je la"

"Nanti-nanti je la saya buat"

"Takpe. Banyak masa lagi. Boleh buat nanti"

Pernah korang cakap macam ni tak? Dalam hati atau dengan kawan-kawan. Kebanyakkannya mesti pernah kan? Saya pun pernah gak. Hehehe. Termengaku la plak.

Sikap suka bertangguh ni boleh menyusahkan diri sendiri. Kenapa saya cakap camtu? Sebab bila korang tangguh kerja, keesokannya, kerja korang yang tertangguh + kerja hari ini = Kerja Banyak.

So, korang termasuk diri saya sendiri jangan suka "Nantilah", "Esok boleh buat" dan seterusnya sebab takde yang baik pun tangguh kerja ni. Menyusahkan diri sendiri je.

p/s : Rasa malas nak buat kerja hari ini. Buat esok boleh? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"KORANG INGAT KERJA PENGAWAL KESELAMATAN SENANG KE?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya ada kat Ar-Rahnu YaPEIM Hutan Melintang, Perak. Ada urusan sikit kat sini. Ada seorang pengawal keselamatan India kerja kat sini. Sementara nak tunggu urusan saya, saya duduk kat kerusi di ruang menunggu jap. Sambil tu tengok pengawal keselamatan. Rasanya pihak Ar-Rahnu YaPEIM ambil pengawal keselamatan dari syarikat luar.

So, saya pun pun perhatikan dia. Saya tengok tak senang duduk dia. Bukan sebab saya perhatikan dia. Tapi sebab takde apa nak buat kecuali duduk je. Mungkin bagi orang lain,

"Senang je kerja dia. Duduk je"

Tapi hakikatnya, ada kerja lagi senang daripada takde kerja. Sebab kalau ada kerja, korang ada benda nak buat. Tapi tak buat apa-apa lagi susah sebenarnya. Kalau korang tak percaya, cuba korang ambil satu hari dan tak payah buat apa? Jangan buat apa-apa langsung. Korang akan rasa apa?

So, korang kerja kan? Pergi buat kerja dulu. Hehehe.

p/s : Jap lagi ada Snack Plate KFC. Rezeki hari ni. Ada orang belanja. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, September 23, 2011

"KERJA AWAK SENANG JE"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Di suatu pagi yang cerah di kedai makan,

Mak cik Kedai : Sarapan ke?

Saya : Ya Mak cik.

Mak cik Kedai : Banyak kerja kat pejabat tu?

Saya : Banyak gak.

Mak Cik Kedai : Takpe. Kerja awak senang je.

Saya : Senang? (dalam hati).

Mak cik kedai tu pagi-pagi dah menyentap selera makan sarapan saya. Saya pernah kerja kilang ubat, kilang baju, kilang perabot, kaunter jual tiket, call centre dan jaga cinema. Memang kerja ni nampak senang sebab duduk kaunter layan pelanggan je. Tapi untuk buat keputusan tu senang ke? Nak planning senang ke?

Fizikal memang nampak senang. Duduk je. Tapi bila balik rumah, baru rasa penatnya. Lagipun, dalam dunia ni takde kerja yang senang. Tak buat kerja pun susah gak tau?

p/s : Pernah buat macam-macam kerja dulu. So, adalah sikit pengalaman.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, September 20, 2011

"ARGH...BANYAKNYA KERJA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Macam korang boleh tengok dalam gambar kat atas, itu kerja yang tak siap lagi. Ada lagi tapi saya letak sebelah lain.

Kejap lagi ada jemputan jamuan hari raya di KRT Bagan Datoh. Kena pergi sebab saya tengah lapar ni. Hehehe.

Tak nak fikir kerja yang bertimbun tadi tu. Sambung esok je la.

p/s : Antara sebab saya jarang update blog dan blogwalking. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, August 29, 2011

"AWAK KERJA APA?"


Have your say, in a united voice.

Win A HTC Cha Cha today!

Chicken, crab, or prawn? You decide!

We Could Think Of A Hundred Reasons To Love It, But Here's TEN!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Berjalan-jalan menuju kedai makan di suatu malam yang begitu nyaman sekali. Nak makan nasi goreng pattaya. Sebenarnya teringin nak makan Tomyam Campur tapi kat kedai yang saya nak pergi ni takde. So, nasi goreng pattaya pun bolehlah sebab perut dah sedang menyanyikan lagu Cradle Of Fifth - Nymphetamine. Hehehe. Korang tau lagu tu tak? Korang pergi tengok kat Youtube. Dengar je tau? Jangan terpengaruh plak macam saya dulu. Hehehe.

Duduk di suatu sudut yang boleh nampak TV. Sambil makan mesti tengok TV. Astro plak tu. Wajib. Hehehe.

"Nak makan?"

"Nasi Goreng Pattaya"

"Air?"

"Teh O Ais"

"Ok. Anak ni baru kerja sini ke?"

"Ye makcik"

"Kerja kat sekolah ek?"

"Taklah makcik. Kerja kat pejabat pendaftaran"

"Owh. Kerja Gomen la ni"

"Ye makcik"

Mak cik terus melemparkan senyuman paling manis dan pergi. Saya terdiam. Memang selalu orang kampung tanya tentang diri saya. Tanya pada staf saya tentang status saya. Hehehe. Ceh, pelik betul la. Siapa la nak saya ni kan? Hahaha.

Rasa lawak gak masa tu tapi saya layankan je. Bukan makcik tu je. Ada lagi. Tapi macam biasa, saya layan macam biasa je. Manusia ni pelik kan? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, July 11, 2011

KERJA BORING, TAKDE KERJA LAGI BORING...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ni pejabat saya kerja sempat beroperasi sampai pukul 11 lebih je. Selepas itu, tak dapat buat kerja seban power trip. Bukan black out k tapi power trip. Bila cuba on balik, ia tendang balik ke bawah. Bila dua tiga buat jadi sama gak, kena call vendor datang check.

Bukan tak nak call TNB, tapi ada buat wiring pelik-pelik dan TNB pernah datang dulu tapi dorang pun tak boleh buat apa-apa. Kena la panggil vendor balik.

Dulu kata boring la kerja. Sekarang takde, tak boring ke? Lagi boring saya rasa. Haha... Korang tengah buat pe tu? Tengah boring-boring atau lagi boring?. Hehehe...

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, June 23, 2011

KENAPA SUKA MEMILIH KERJA ?

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Entry ni bukan untuk mengutuk atau menghina sesape. Entry ditulis mengikut pengalaman saya sendiri. Sesape yang terasa, sila mohon kemaafan yang mendalam. Entry adalah hanya sebagai perkongsian kepada semua rakan-rakan blogger.

Saya pernah belajar dalam tingkatan 6 dan dengan rendah dirinya saya mengaku saya gagal dalam STPM. Lepas itu, saya bekerja di sebuah kilang perabot.  Emak saya masa tu memang berharap sangat tengok saya sambung studi ke universiti. Tapi saya bagitau emak saya yang saya dalam usaha untuk apply menggunakan sijil SPM dan minta doa dia mengiringi saya.

Hampir setahun saya kerja di kilang perabot tu, saya dapat tawaran intake kedua bagi kemasukan Diploma di UiTM. Emak saya gembira sangat-sangat. Bapa dan mak saudara saya semua berbangga dengan saya. Saya pun bangga gak la. Hehe...

Saya belajar di UiTM selama 3 tahun dan grad dengan kelulusan taklah tinggi sangat... 3.41. Selepas saya selesai belajar, saya terima 4 tawaran kerja tapi saya dah berjanji dengan diri saya, tawaran pertama yang sampai dulu, saya akan terima. So, saya dapat kerja di Contact Centre TM sebagai pegawai khidmat pelanggan.

Masa tu banyak gak la kenalan saya yang menganggur. Saya tanya dorang, dorang tak apply mana-mana ke? Jawapan dorang, dapat keje macam ni tak sesuai la dengan kelayakan dorang. Saya terdiam. Bagi saya, sementara nak tunggu kerja yang sama taraf dengan kelayakan kita, baik kita keje di mana- mana dulu sebab boleh dapatkan pengalaman dulu.

Majikan sekarang tengok pengalaman kita.  Walaupun sebagus mana pun CGPA kita, dorang tetap tanya apa pengalaman yang kita ada. Pengalaman dititikberatkan sebab dorang pun nak pekerja yang berkualiti dan boleh bekerja dengan pengawasan yang kurang.

Selepas beberapa lama saya bekerja di swasta, ada la 2,3 saya tukar keje tapi saya akan pastikan kontrak saya habis dan keje baru tu saya dah confirm dapat, baru saya resign. Sebab apa? Sebab kalau tiba-tiba saya resign dan keje baru tu ditarik balik oleh majikan, saya gak yang akan ternganga sebab takde keje. Huhu...

So, bagi yang sedang cari keje tu, terima dulu tawaran yang ada sementara menanti tawaran yang lebih baik.  Saya menulis entry ni berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya.

Kalau korang ada pendapat lain dan tak setuju dengan saya, boleh kongsi di ruangan komen.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, March 5, 2011

DUA KERJA?!


Hari ni nak ngomel skit pasal orang yang ada dua kerja.  Satu kerja hakiki dan satu lagi kerja part time untuk tambah duit poket.

Relevan lagi ke?

Pada pendapat aku la, kalau orang tu masih bujang atau belum lagi berkahwin atau tak ada awek, memang sangat sesuai untuk buat dua kerja.  Nak tau kenapa? sebab dorang tak buang masa buat benda-benda yang tak mendatangkan duit.  Baik cari duit lebih kan? Hehe...

Bagi orang yang dah berkahwin ni, agak susah la skit nak buat kerja part time sebab ada komitmen pada isteri dan anak.  Itu tak masuk lagi mak ayah dan mertua.  Banyak masa dorang dihabiskan dengan kerja hakiki dan keluarga.  So,  mana ada masa untuk kerja part time.


Aku pernah menggilakan diri aku dengan buat dua kerja.  Siang dari pukul 7 pagi sampai 5 petang, aku kerja Contact Centre Telekom (Suatu ketika dulu la, sekarang dah keje gomen). Pastu dari pukul 6 petang sampai 3-4 pagi, aku sambung kerja part time kat GSC (Golden Screen Cinemas).  Penat tu memang penat tapi masa tu aku mana ada awek nak.  Lagipun dulu memang aku workaholic (Gila Kerja).  Hari raya pun aku kerja tau?

Tapi sekarang ni tak boleh dah buat dua kerja.  Sebabnya tempat kerja aku di kawasan yang agak terpencil dan ada la KFC berdekatan tapi jaraknya lebih kurang 30 km.  Tak berbaloi aku nak buat kerja part time kat situ.

Sekarang ni dengan adanya netbook HP sayang aku ni dan internet connection kat rumah, boleh la aku buat update blog aku selalu.  Huhu....

Korang plak macam mana? Ada pendapat?

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka