Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label hormat. Show all posts
Showing posts with label hormat. Show all posts

Monday, July 29, 2013

BUTA HURUF KE?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Terang-terang bersuluh dengan lampu kata Lelaki tidak dibenarkan masuk ke Bilik Menyusu tapi ada seorang lelaki dengan isterinya menonong je masuk tanpa rasa bersalah.

Apa yang saya dengar, dorang tertinggal telefon bimbit di dalam tapi tak boleh ke si isteri je masuk? Si suami duduk je luar. Hormatlah sikit kaum perempuan nak menyusu anak mereka dengan aman.

Selepas dorang keluar, isteri saya masuk pula dengan Mayeesa. Tengah saya duduk di kawasan luar tempat menukar lampin, menonong je lelaki yang sama mendukung masuk balik ke dalam bilik tersebut. Saya terkejut.

Kemudian, saya nampak dia keluar dan saya pun tengok muka dia sambil berkerut dahi. Dia pun tunduk je dan terus berjalan keluar. Dia ingat bilik menyusu ni bilik yang sesiapa pun boleh masuk ke? Mana rasa hormat dia pada orang lain?

Kalau kena kat korang, korang takkan tengok je?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, May 8, 2013

TAK HABIS-HABIS LAGI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

PRU 13 dah habis tapi bila saya pergi sarapan di kedai makan pagi hari dan semalam, masih ada 'bijak pandai' tengah bincang mengenai politik sambil cakap orang itu dan ini salah. Sambil tu tunjuk apa yang suratkhabar tulis.

Jangan kita percaya sangat apa yang ditulis dalam suratkhabar tu. Biasalah, dorang mesti nak lariskan suratkhabar dengan tajuk cerita sensasi. Sebelum nak melatah, kita selidik dulu. Jangan kita hanya baca dari satu sumber saja.

Medium untuk mencari maklumat di Malaysia ini banyak. Cari, kaji dan fikir dari sudut pemikiran kita. Tak perlu rasanya kita cakap kita belajar tak tinggi mana pun. Setiap orang akal. Ilmu dan pengalaman itu yang membantu akal untuk berfikir.

Apa yang saya harapkan, sudah-sudahlah dan berpada-padalah. Kita hina orang itu dan ini, kita dapat dosa kering je. Dosa kita yang ada pun dah tak tertanggung, nak tambah dosa lagi.

Ingatan untuk diri saya juga.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, December 15, 2012

TERLALU 'EDUCATED'...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya terjumpa Screen Shot di bawah Facebook rakan sekerja saya dulu masa saya bekerja di Melaka.


Saya padamkan gambar dan nama orang tersebut sebab tak mahu mengaibkan dia. Tak baik. Bagi saya, orang ini terlalu 'educated' sampai boleh terkeluar ayat sebegini. Memang betul kita marah dan melibatkan nyawa kita, tapi kita kena juga fikir sebelum nak post apa-apa di Facebook. Jangankan disebabkan kita post tanpa fikir perasaan kaum, Kita berpecah belah.

Semasa di sekolah Menengah, saya belajar di Penang Free School. Sekolah Inggeris yang ada semua kaum. Memang saya nak bersaing dengan mereka agak susah tapi pada masa itu, saya jadikan mereka sebagai matlamat saya. Walaupun nampak macam mustahil, saya tetap terus cuba capai matlamat untuk berjaya seperti mereka. Pada masa yang sama, saya masih berkawan dengan mereka.

Saya harap kita dapat saling hormat menghormati. Sebelum kita nak hentam kaum atau orang lain, cuba tengok diri kita dulu, diri kita dah betul atau kita pun serabut. Harap sangat perpaduan yang terbentuk sekarang ini kekal selamanya.

Kita kan 1 Malaysia. Hormatlah, In Shaa Allah kita akan dihormati.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, February 8, 2012

"TEPI-TEPI... JALAN NI AKU YANG PUNYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Tadi drive kat highway PLUS dari Jawi ke Kuala Kangsar, saya tengah drive laju di lorong sebelah kanan sebab saya tak dapat potong kereta didepan saya disebabkan ada kereta di depannya. Saya just maintain bawa kereta saya di sebelah kanan sebab memang saya laju pun.


Tiba-tiba dari sayup-sayup sejauh mata memandang dari belakang kereta, saya ternampak sebiji kereta yang beri isyarat lampu tinggi rendah tinggi rendah suruh saya ke tepi. Saya rasa nak tergelak sebab saya bukan drive sebelah kanan tu disebabkan tiada kereta di depan saya tapi disebabkan ada kereta di depan.


Kereta tu asyik bagi isyarat lampu tinggi rendah tinggi rendah tapi saya buat donno je. Pastu setibanya kereta tersebut di belakang kereta saya, saya masih buat donno je. Pastu kereta di depan saya bagi saya potong dengan bergerak ke kiri dan dengan pantasnya saya potong. Pastu kereta belakang saya yang anggap highway tu dia ownernya pun cuba potong kereta yang bagi saya potong tadi tapi kereta yang bagi saya potong tu block dia. Dia bengang terus potong dengan rakusnya. Kejadian tu saya cuma tengok dari center mirror je. Tergelak saya sorang-sorang.


Pastu, saya bagi la dia potong saya. Mungkin dia tak tahan nak buang air sederhana kot. Tak pun sengaja nak tunjuk kereta dia yang laju tu.


Pokoknya, bila di atas jalan raya, hormatlah pengguna jalan raya lain seperti kita hormati diri kita sendiri.


p/s : Teringat iklan radio Era.FM yang Johan Maharaja Lawak tiru ayat Acha Sepriasa. "Pakai tali pinggang keledar dan jangan cilok mencilok."


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, December 23, 2011

"SUSAH SANGAT KE NAK RESPECT ORANG LAIN?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pernah tak korang jumpa macam ni?

"Engkau kena respect aku. Nak aku respect engkau, jangan haraplah"

Orang macam ni memang wujud. Sama ada ayat kat atas disebut secara depan orang lain dengan penuh ketaksuban terhadap diri sendiri ataupun ayat tu disebut dalam hati je. Kadang-kadang, orang macam ni tunjukkan maksud ayat kat atas dengan perbuatan dan mimik muka. Saya rasa korang boleh bayangkan kan?

Saya rasa kalau nak orang lain respect kita, kita patut respect orang lain dulu. Tak semestinya kena respect sampai sembah cium kaki dia. Respect dia sebagai seorang manusia yang sama seperti kita pun dah cukup. Walaupun kita ni lebih tinggi jawatan, bila kita asyik buat sombong dan bangga diri, orang lain pun dah hilang rasa respect dorang kat kita. Pastu, bila jumpa kat tepi jalan dan masa tu kita ada masalah misalnya kereta rosak, orang tu berlalu pergi je sebab rasa meluat dan xlalu nak tolong kita.

Susah sangat ke nak respect orang lain?

p/s : Sekarang ni anak-anak pun dah tak respect ibu dan ayah. Boleh baca dalam berita dalam suratkhabar.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, October 29, 2011

"MEH AKU PANGGIL HANG CAMTU. HANG RASA HANG SUKA TAK?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah tak pergi makan di sesebuah kedai makan, pastu korang nampak ada pelanggan kedai makan tu panggil waiter untuk ambil order dengan bunyi mulut atau bersiul je? Saya selalu nampak dan dalam hati saya mesti akan terdetik:

"Ini ke sikap orang kita sekarang ni?"

Cuba korang jadi waiter tu dah dipanggil sebegitu rupa, apa korang akan rasa? Tahulah pelanggan tu orang banyak duit. Janganlah berlagak sangat. Tak boleh panggil elok-elok.

"Adik, nak ambil order"

Seronok gak la waiter tu nak ambil order. Waiter ni pun manusia. Kalau dilayan elok, eloklah respon dorang. Hormat menghormati ni kan bagus untuk wujudkan masyarakat yang hidup secara harmoni.

Tapi, memang tak dinafikan ada gak waiter yang muka susah nak senyum dan ambil order cincai je, tapi senyum je. Mungkin dia ada masalah dan tak payahlah kita nak tambahkan masalah dia.

Pendapat saya je k? Kalau ada yang tak setuju, silalah bangkang. Saya terbuka menerima pendapat korang.

p/s : Suka makan di kedai makan yang waiternya senyum je. Rasa seronok nak makan dan datang lagi.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, September 20, 2011

TAK SUKA, TAK PAYAH BACA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Minta maaf sebab saya jarang blogwalking ke blog korang. Agak busy sikit sejak dua menjak ni dengan persiapan untuk menghadapi Anugerah Persekitaran Berkualiti dan adik lelaki saya yang perlu pergi ke UiTM Arau Perlis untuk temuduga Diploma Sains Sukan Dan Rekreasi.

Tadi sempat blogwalking jap dan tinggalkan komen kat blog kawan-kawan blogger. Ada terbaca satu entry tentang blogger lain yang suka maki blog blogger lain. Tak faham betul saya. Kalau tak suka tu, berambus je la dari blog tu. Apa motif nak maki hamun owner blog tu.

Blog si pemaki tu lebih baik ke? Kalau berani, buat la blog or tunjuk la blog. Nak maki dan kondem blog orang lain tu buat apa. Ada dapat pingat ke?

Kesian kat blogger tu. Kalau blogger baru yang kena, mahu didelete blognya tu. Saya pernah kena sekali. Pastu sampai sekarang takde la. Mungkin blog saya ni terlalu buruk untuk dikutuk dan dimaki kot? Hahaha.

Jom kita sama-sama hormat sesama blogger k?

Wassalam.

p/s : Rasa lapar tapi tak nak makan. Nak diet. Hehehe.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, June 16, 2011

KOMEN "SAMPAH" PADA ENTRY SAYA...

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Pagi ini bangun je pagi terus layan blogging. Saya kira dah jadi gila blogging la plak. Huhu... Tengok Dashboard ada 1 Comment belum moderated lagi. Teruja la sebab ada orang sudi komen entry saya.  Bila buka je, terus saya rasa terkilan.


simple je komen dia... "sampah". Ini dalam entry "Ini Abang Ben Punya Pasal La ...".  Saya hairan sebab entry memang tajuk macam tu dan isi dia pun berkaitan.  Sebab abang Ben la saya dapat ramai kawan blogger baru dan tak menang tangan nak reply komen.  So, saya pun hairan sebab saya bukanlah seorang blogger yang feymes pun. Blogger kecil kecilan je.

Saya tak mahu la gaduh-gaduh sebab saya dah seronok berblogging ni.  Bukan saya tulis benda yang mengaibkan orang. Saya cuma berterima kasih pada abang Ben sebab buat Game yang menaikkan lagi blog saya. Kenapa perlu kutuk? Kalau bergurau, ada tempatnya, ada caranya.

Saya pun masih bertatih lagi dalam dunia blogger ni.  Walaupun dah berblogging selama beberapa tahun.  Saya respect semua blogger dalam dunia blogger tak kira yang tua ataupun muda, yang otai ataupun newbie.  Harap dapat wujudkan satu komuniti yang harmoni.

Kepada yang berkenaan, kalau tak suka apa yang saya tulis dalam blog saya, mungkin boleh bagi komen yang positif dan membina, bukan menjatuhkan blogger lain.  Lagi senang, tak payah komen langsung.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, March 6, 2011

DIHORMATI ATAU DITAKUTI? MANA SATU LEBIH BAIK...


Salam hari minggu kawan-kawan.  Hari ni aku sebenarnya terasa malas nak post sebarang entry terbaru tapi aku tetap memaksakan diri gak.  Rasa tak syok plak kalau tak update blog aku yang tak seberapa ni.  huhu...

Pada hari minggu ni, aku saja nak cite tentang perkara yang simple je. Dihormati atau ditakuti.  Sesetengah orang suka orang menghormati dia dalam pelbagai urusan macam ketua bahagian, CEO dan lain-lain.  Tapi ada gak sesetengah orang yang suka orang lain takut pada dorang sebab dorang rasa macam berkuasa.  Macam-macam ragam orang kita sebenarnya.

Tapi, bagi aku, aku lebih suka saling hormat menghormati sebab hormat ni dapat mengeratkan lagi hubungan antara sesama manusia.  Lagipun, aku bekerja dengan manusia dan bukan mesin.  So, orang yang hormat pada kita senang nak bagitau masalah dorang dan tak kisah kerja lebih sebab dia rasa dihormati.


Kalau aku ditakuti, semua orang akan jauhi aku.  Semua orang akan mengata macam-macam kat belakang aku.  Korang rasa itu petanda yang sihat tak?  Sampai masa, dorang kumpul ramai-ramai kasi bunuh sama aku.  Dan tanam mayat aku kat mana-mana.  Tak ke naya.

Bagi aku, ditakuti lebih sinonim dengan dibenci.  betul tak? Dibenci, orang tak nak dekat dengan kita.  Dibenci, orang tak selesa bila berada berdekatan dengan kita.

Cuba korang fikir balik.  Apa yang korang pilih? Dihormati ... atau ... Ditakuti ?

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka