Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label layan movie. Show all posts
Showing posts with label layan movie. Show all posts

Monday, June 18, 2012

MOVIE REVIEW : PROMETHEUS


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam saya dan wife telah berjaya menonton movie Prometheus ini di TGV AEON Bukit Tinggi, Klang, Selangor.  Pada masa itu, memang banyak pilihan movie yang menarik tapi sebelum ini saya telah menonton trailer Movie Prometheus ini dan saya rasa movie ini agak menarik. So, saya decide untuk menonton movie ini.


Movie ini berkisar tentang dua orang pengkaji purba yang sedang mencari asal usul manusia. Dua pengkaji purba ini telah berjaya mengenalpasti planet yang mungkin adalah tempat asal usul manusia melalui ukiran dinding di dalam gua-gua di seluruh dunia yang sama tapi berbeza tahun.

Kemudian, penonton dibawa ke sebuah kapal angkasa yang sedang menuju ke planet dan galaksi yang telah dikenalpasti dalam ukiran dinding di dalam gua tersebut. Kapal angkasa ini dinamakan PROMETHEUS. Movie ini berkisar tentang 17 orang krew yang berada di Kapal angkasa PROMETHEUS yang mempunyai matlamat dan karekter yang berbeza.


Kesemua 17 krew di'hyper sleep'kan dalam satu bekas sementara seorang robot berupa manusia yang bernama David berjaga sehingga sampai ke planet yang dikatakan dapat menjawab mengapa manusia dicipta dan asal usul manusia. Selepas 2 tahun, mereka telah sampai ke planet tersebut.  Dan mendarat berdekatan satu bukit besar (Itu yang mereka fikir mula-mula).


Mereka memulakan ekpedisi dan menjelajah di dalam 'bukit besar' tersebut. Mereka berjaya menjumpai bukti kewujudan manusia di tempat itu melalui padanan DNA dari kepala yang mereka jumpai. Mereka telah terjumpa satu bilik yang ada kepala manusia seperti gambar kat atas sekali itu.

Tapi, sebenarnya sangkaan mereka bahawa mereka dapat mengetahui asal usul mereka memang jauh sekali. Di dalam 'bukit besar' itu berlaku pelbagai perkara yang buruk dan hampir membunuh semua krew Prometheus. Kebenaran yang mereka cari bukan ada di situ. 'Bukit besar' yang mereka sangkakan itu sebenarnya bukan 'Bukit Besar'. Apa yang sebenar dorang jumpa dalam 'Bukit Besar' itu? Korang kenalah pergi tonton sendiri.


Movie ini memiliki CGI yang begitu best. Cuma jalan ceritanya agak perlahan sampai saya menguap beberapa kali. Movie ini banyak membuatkan kita terfikir dan agak berat juga bagi tontonan kanak-kanak. Movie ini adalah PG13. Keseluruhannya, movie ini saya beri 2 BINTANG.

Korang yang dah menonton movie ini, apa pendapat korang?

p/s : Masa part last, ada sesuatu keluar dan saya rasa inilah permulaan kewujudan 'Alien' di bawah.


Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, December 11, 2011

BEST KE OMBAK RINDU?

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera rakan-rakan Blogger semua.

Sekarang ni tengah hangat dengan movie hasil air tangan Pengarah Movie Lagenda Budak Setan - OMBAK Rindu. Sebenarnya saya pun tak tengok lagi. Hehehe.

Tapi ramai yang kata best. Ada yang kata sampai mengalir air mata. Ada yang sampai tengok lebih Dari 8 Kali. Apa pun saya belum lagi tengok movie ni.

Bila saya nak tengok? Entah la.

Terfikir gak la, bila kita teringat dosa-dosa kita buat dulu, kita akan menangis gak ke?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, November 28, 2011

MOVIE REVIEW : HAPPY FEET 2 (3D)


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya dah tengok Movie Happy Feet 2 (3D) di TGV KLCC sabtu lepas. So, nak buat sikit review tentang movie ni.

Movie ni berkisar tentang Mumble (Penguin yang tak tahu menyanyi tapi guna kaki menari) dan Gloria (Isteri Mumble) serta watak baru, anak Mumble dengan Gloria - Erik. Erik ni kurang keyakinan diri tapi dia memang boleh menyanyi.

Kemudian, kawan baik Mumble nak balik ke Adelieland untuk cari pasangan hidupnya sebab kat tempat Mumble (Emperor Land rasanya), takde penguin betina nak kat dia sebab dia pendek. Erik dan 2 ekor anak penguin lain ikut Ramos (Kawan Mumble) balik ke Adelieland tanpa pengetahuan keluarga masing-masing.

Mumble jadi risau dan ikut jejak kaki anaknya sampai ke Adelieland. Kat Adelieland, ada seekor burung penguin yang mengaku dia boleh terbang. Memang dia boleh terbang macam burung. Semua penguin kat mengagungkan dia. Erik pun sama.

Mumble ajak Erik balik ke Emperor Land. Dorang pun balik ke Emperor Land. Kat Emperor Land plak masa tu, ada satu bongkah ais besar block dorang dari keluar dari tempat tinggal dorang. So, dorang tak dapat keluar untuk tangkap ikan sebagai makanan.

Masa ni Mumble jadi harapan dorang. Macam-macam situasi lawak terjadi. Antaranya kisah satu krill (Lebih kurang spesis udang) yang nak jadi berbeza. Korang nak tahu selebihnya, korang tengok la sendiri k? Tapi, memang best movie ni. Sempoi jalan ceritanya. Saya bagi 4.5 dari 5 bintang.

p/s : Kalau saya cerita sampai habis, tak best la kalau korang tengok kan? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, August 10, 2011

"SAYA DAH JATUH CINTA PADA CIKGU SYUHADA"

MENARIK

YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ya. Benar. Saya dah jatuh cinta kepada seorang cikgu. Cikgu ini bernama Cikgu Syuhada. Wajahnya manis dan ayu. Pakai tudung. Comel sangat. Bila pandang wajah dia, degup-degup hati saya. Hati yang telah jatuh cinta.

Akhlaknya bagus sekali. Memang jadi idaman setiap lelaki. Tapi bila fikir balik, layak ke saya untuk dia? Saya ni banyak kekurangan. 

Korang nak tengok tak gambar Cikgu Syuhada? Nanti korang pun terjatuh cinta gak camne? Ok2. Tengoklah.
Credit Google

Cantik kan? Actually saya baru je lepas tengok Movie Syurga Cinta. Terbaik! Memang best movie ni. Tambahan saya memang minat Heliza Helmi. Hehe.

Terasa terjatuh cinta plak. Haha. Korang suka tak movie ni?

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, August 8, 2011

LAYAN MOVIE MELAYU "MAN LAKSA"

MENARIK

YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!

FREEDOM TO LOOK HOT!

HURRY! PURCHASE A SAMSUNG PRODUCT AND REDEEM YOUR FREE GIFT TODAY!

THE ONLY WAY NOT TO GET MAKE-UP SMUDGES? NOT WEAR MAKE-UP!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tengah layan Astro Citra sekarang ni. Haha. Ngantuk tapi nak layan gak movie melayu arahan Mamat Khalid ni. Movie Melayu "Man Laksa". Lawak la. Dah lama tak layan. Asyik tergelak je sejak tadi.

"Man Laksa" ni dilakonkan oleh Yasin, Sharifah Aleya, Allahyarham M. Rajoli, Harun Salim Bachik, Zahid AF, Dato' M. Daud Kilau dan ramai lagi. Tapi memang betul-betul kemasyarakatan. Movie ni dibuat di Perak tapi tak pasti plak saya kat mana areanya. 

Mamat Khalid memang kreatif buat movie macam ni. Movie yang lebih kekampungan dan kemelayuan. Tak banyak movie macam ni. 

Apa pendapat korang dengan movie ni?

Wassalam.

-NASZ- 

Sila Tekan Like Jika Suka