Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label bank. Show all posts
Showing posts with label bank. Show all posts

Friday, June 29, 2012

"LAMBATNYA..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi saya ke bank. Giliran saya selepas 12 orang tapi saya tak kisah sangat. Sambil menunggu tu, saya pun main game Angry Bird. Taklah mengantuk sangat. Tak berapa lama selepas itu, saya ternampak seorang perempuan dengan adik lelaki dia masuk dari pintu depan. Saya just tengok dan teruskan main game Angry Bird sayalah. Kemudian, dia duduk di kerusi berdekatan dengan saya.

Beberapa minit kemudian, terdengar dia mengeluh,

"Lambatnya. Nak kemaskini buku akaun pun susah"

Saya buat tak tahu saja. Saya pun beratur juga. Nasib baik ada sistem nombor giliran. Bayangkan dulu kalau nak buat apa-apa urusan di bank kena berdiri beratur panjang. Sekarang ini kan dah ada sistem nombor giliran. Ambil nombor, duduk tunggu dipanggil ke kaunter saja.

Tiba-tiba si perempuan ini cakap kat adik lelaki dia,

"Adik, pergi tekan nombor kat situ"

"Kenapa kak?"

"Kakak tak ambil nombor giliran lagi"

Saya terus gelak dalam hati. Memang la takkan dapat kemaskini buku akaun kalau nombor giliran pun tak ambil. Saya macam biasa terus main game Angry Bird saya je la.

Lepas itu, nombor giliran saya dipanggil dan saya selesaikan urusan saya di kaunter. Selepas itu, dari sisi-sipi mata saya tengok dia baru nak bangun ambil nombor giliran. Mungkin sebab dia dah terlepas cakap pasal lambat sangat dan saya terdengar, dia malu nak ambil nombor giliran kot? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, June 9, 2012

TIDUR SAMBIL BERDIRI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Tadi saya singgah sekejap ke sebuah yang agak terkenal di kawasan Nibong Tebal, Penang. Saya nak bank in duit untuk adik saya. Tadi memang agak ramai juga la. Kena beratur dekat mesin deposit wang agak lama.


Ada 2 mesin deposit wang tapi 1 mesin dalam proses pemeriksaan oleh kontraktor yang incharge. So, tinggal 1 mesin saja la. Saya pun beratur la dengan penuh kesabaran.


Di satu sudut, saya ternampak seorang pengawal keselamatan sedang berdiri tak gerak-gerak. Saya pun buat tak tahu je la. Beberapa ketika, pengawal keselamatan itu masih tak bergerak. Saya pun naik hairan. Saya cuba perhatikan betul-betul. Rupa-rupanya dia tidur sambil berdiri.


Saya pun terkejut tapi saya still mampu meng'cover' perasaan terkejut saya tersebut. Hehehe. Mungkin semalam penat tengok perlawanan pembukaan EURO 2012 kot?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, March 9, 2012

"BAUCER RM500...BANK PENUH"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Saya kat CIMB Bank Sungai Bakap. Bank penuh dengan orang nak ambil duit RM500. Nasib baik kaunter ASB dorang buka khas. Kalau nak tunggu dorang yang ambil atau tunaikan baucar RM500, memang lambat ler jawabnya.


p/s : Ada beberapa jam lagi sebelum akad nikah malam ni. Nervous.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, January 30, 2012

"BANK PENUH LEPAS CUTI TAHUN BARU CINA"



Assalamualaikum dan dalam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya masih kat bank lagi ni. Nak baik in duit tapi kena la queue dulu kan? Nombor giliran saya lebih kurang 30+ orang. Memang banyak kan? Hehehe. Siap saya boeh tidur lagi.

Kesian plak tengok staf kaunter yang kelam kabut melayan pelanggan yang datang. Ada gak pelanggan yang marah-marah sebab kena tunggu lama. Saya cool je tapi perut tengah berkeroncong ni. Pasni settle ni, saya nak makan roti. Hehehe.

Teringat masa dulu-dulu takde Queue Management System a.k.a Mesin yang kuar kertas untuk beratur, masa tu kita kena beratur dalam barisan panjang. Kalau ramai, lama la kita beratur sampai nak kejang kaki beratur. Hehehe. Saya ada pengalaman. Siap bersila atas lantai lagi. Hehehe.

Sekarang ni dah ada alat macam memudahkan pelanggan dan tak payah nak beratur dah. Amb nombor giliran, duduk, tidur-tidur ayam sampai nombor giliran kita dipanggil. Taklah kena berdiri lama-lama macam dulu.

Sekarang ni perbankan internet pun dah semakin berkembang. Mungkin nanti masa depan, pelanggan tak perlu ke kaunter di bank dan boleh buat semu traksaksi dari bilik tidur je. Sekarang tak semua traksaksi boleh buat online. Ada yang boleh buat online, ada yang tak boleh.

Apa-apa pun boleh jadi pada masa depan. Kan?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, January 4, 2012

"BANK PENUH AWAL TAHUN"

Assaamuaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Hari ini adalah hari kedua bekerja bagi permulaan tahun 2012. Semalam pun agak penuh orang sebab kebanyakkan dorang nak updated buku ASB. Ada gak nak buat urusan bank je.


Hari ni pun memang ramai gak orang. Saya menunggu nombor giliran 2089 dan masa saya ambil giliran, baru nombor giliran 2076. Ada 13 orang di depan saya.


Tapi takpelah. Sempat tido lagi kan? Hehehe.


Korang rasa apa sebab awal tahun bank sesak?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, December 5, 2011

"LAMBATNYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Pagi dalam pukul 11.50 pagi, saya ke satu bank ni. Tak perlu lah sebut bank apa. Saya nak bank in duit untuk adik saya yang belajar di UiTM Arau. Dah isi borang semua, saya ambil nombor giliran.


"Lebih kurang 10 orang. Sekejap je ni"


Saya pun duduklah. Kemudian, saya terasa serangan aura mengantuk yang memengantukkan saya. Saya pun tutup mata layan mengantuk saya tu. Hehehe.


Korang bayangkan 4 kali saya bangun dan tidur balik tapi nombor giliran saya tak naik. Saya yang muka senyum ni terus cuba senyum tapi senyum yang dapat dilekatkan kat muka saya, senyuman pura-pura.


Mesti korang fikir, kenapa tak guna cash deposit machine? Masalahnya takde. Kebanyakan bank ni saya pergi memang tak ada cash deposit machine. Kalau ada pun, memang sangat-sangat jarang. Tapi saya tak pernah jumpa pun.


Dekat pukul 12.55 tengah hari, baru nombor giliran say naik. Sekejap je proses untuk deposit duit tu. Kalau ada mesin deposit lagi cepat.


Kan? Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka