Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label solat jumaat. Show all posts
Showing posts with label solat jumaat. Show all posts

Friday, December 9, 2011

"MAKIN KURANG..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Saya baru lepas Solat Jumaat tadi. Kebiasaannya ruang solat sebelah dalam penuh dan sesiapa yang terlambat macam saya, mesti duduk di luar. Tapi hari ni ruang solat sebelah dalam pun tak penuh. Agak terkejut gak.


Saya terkenang semasa saya belajar di Penang Free School dulu. Kami Solat Jumaat di Masjid Negeri Pulau Pinang. Masa saya junior, memang ikut peraturan. Bila saya dah senior, memang nakal. Saya akan menyorok dalam almari tak nak pergi Solat Jumaat. Tak pun, saya dan kawan-kawan berjalan ke masjid sebab warden pantau. Lepas warden hilang dari pandangan, kami sanggup patah balik tidur dalam bilik.


Nakal betul saya kan? Hehehe. Korang ada nakal macam saya ni? Kongsilah.


p/s : Memang nakal pun saya masa belajar di Penang Free School dulu. Tapi saya berlakon baik depan warden dan cikgu. Sampai jadi student kesayangan PK HEM dan cikgu disiplin. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, November 11, 2011

"KHUTBAH JUMAAT HARI INI...KEBERSIHAN"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


On the way nak balik Bagan Datoh dari Ipoh tadi, saya decide nak menunaikan Solat Jumaat di Masjid Daerah Seri Iskandar. Dulu masa belajar, tak wujud lagi masjid ni. Masa tu tempat ni cuma tanah lapang je.


Khutbah Jumaat hari ni menceritakan tentang pentingnya kebersihan. Agama Islam amat mementingkan kebersihan. Kebersihan diri dan persekitaran dapat mengelakkan dari terkena penyakit.


p/s : Rumah saya pun bersepah. Kena balik kemas ni. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, August 12, 2011

SUATU HARI JUMAAT DAHULU....


MENARIK

YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger.

Alhamdulillah. Baru lepas Solat Jumaat. Saya bersyukur sebab masih lagi bernafas untuk menunaikan Solat Jumaat untuk kesekian kalinya. Masa duduk menanti khatib membaca khutbah, saya nampak ramai pelajar berpakaian lengkap dengqn sampin. Teringat saya pada diri saya masa belajar di Penang Free School dulu.

Masa tu, kami dikehendaki memakai baju melayu warna putih dan bersampin biru. Ada lambang Penang Free School kat sampin tu. Kalau korang nak tengok lambang sekolah saya, korang google je. Mesti ada. Masa sekolah dulu saya selalu skip Solat Jumaat. Ikut kawan. Bukan salah kawan saya tapi salah diri sendiri. Kenapa nak ikut kawan kan? Hehe.

Masa tu kami akan pergi beramai-ramai jalan kaki ke Masjid Negeri Pulau Pinang. Sekolah saya memang dekat dengan Masjid Negeri. Taktik nak skip ialah kami beratur masa warden buat spot check. Bila warden dah pergi, kami pun dengan pantasnya masuk dorm balik. Hehe.

Nakal kan masa tu? Korang bayangkan dah lengkap bersampin tapi sanggup masuk dorm buka semua balik. Nakal yang amat. Hahaha. Korang jangan plak buat tau?

Lupa lak bagitau, masa tu saya duduk asrama dari Form 1 sampai Upper 6. 7 tahun duduk asrama. Korang ada nak kongsi?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka