Korang mesti pernah tengok papan notis yang suruh kita pilih gerai atau restoran yang berpelekat A dan B kan?
A maksudnya gerai atau restoran yang sangat bersih. B plak maksudnya gerai atau restoran yang bersih. Tapi kita kena faham, definisi bagi setiap orang berbeza. Ada yang begitu teliti dengan kebersihan. Kadang-kadang gerai Gred A pun belum tentu dapat puaskan hati dia. Ada yang bagi dia, Gerai Gred B pun dah cukup bersih.
Tapi kita pasti ke pelekat Gred yang dilekatkan di gerai atau restoran tu boleh dipercayai? Kalau camtu, setiap gerai kat tepi kena la lekat pelekat Gred Kebersihan la ek? Hahaha. Pada pendapat saya, ia bergantung kepada individu tersebut untuk tentukan tempat tu bersih atau tidak pada dia.
So, pendapat korang camne plak?
p/s : Kat kedai mamak pun dah ada pelekat Gred Kebersihan ni.
Wassalam.
-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4
Sila Tekan Like Jika Suka