Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Saturday, September 3, 2011

"DIA DAH TERKENA NI..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Manusia ni memang ada macam-macam. Nak cari kekayaan dengan senang, ada yang sanggup gunakan sihir atau ilmu hitam. Antaranya yang popular sekarang adalah ilmu pengasih.

Dengan ilmu pengasih ni, dia boleh jadikan seseorang itu hambanya dan ikut je segala cakap dia. Macam dah jadi macam kuli batak dia. Apa saja yang dia nak, dia boleh gunakan dia yang disihir dengan ilmu pengasih ni carikan. Teruk betul manusia macam ni.

Untuk ubatkan orang yang disihir dengan ilmu pengasih ni tak boleh pergi hospital atau klinik. Sebab hospital atau klinik hanya boleh ubat penyakit yang nampak je. Kena jumpa ustaz atau pengamal perubatan yang mengubat menggunakan ayat-ayat Al Quran tanpa tokok tambah dengan sihir.

Saya sangat kecewa dengan manusia macam ni. Ahli keluarga saya seorang dah kena dan kami dalam proses nak rawat dia. Dia ni tengah aim ahli keluarga saya yang satu lagi. Saya dah dapatkan pendinding untuk dia. Budak yang buat ni tunggu time je.

Kalau ahli keluarga macam berubah jadi pelik tiba-tiba, baik korang pergi check. Dunia dan manusia sekarang ni dah hilang sifat kemanusiaan dorang.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, September 2, 2011

HADAPI KETAKUTAN SENDIRI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Setiap orang ada ketakutan mereka sendiri. Antaranya, ada yang takut ketinggian (macam saya...hehe), ada yang takut darah, ada yang takut perempuan dan macam-macam lagi.

Setiap orang kena hadapi ketakutan kita sendiri untuk terus maju ke depan. Kalau tak, ketakutan tu terus menghantui kita. Hidup kita pun tak aman.

Saya ada beberapa ketakutan yang perlu hadapi sekarang. Sama ada saya menang atau kalah, yang penting saya dah hadapinya. Perkara yang paling susah adalah untuk memulakan langkah pertama dalam menghadapi ketakutan tu. Ada orang orang ambil masa bertahun-tahun untuk memulakan langkah pertama.

Korang ada ketakutan yang perlu dihadapi?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"PATUTLAH..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini terasa pelik. Dari pagi terasa macam kurang something. Saya bangun tidur. Mandi dan makan nasi dengan lauk ayam goreng 5 ketul. Hehehe. Suka ayam goreng.

Pastu, siap keluar bawa family yang terdiri daripada emak dan adik-adik saya pergi Maybank. Nak buat Loan ASB untuk adik dan emak. Siap yang tu pergi plak TM Point register streamyx sebab adik nak masuk streamyx.

Lepas tu, bertolak ke Sungai Petani untuk pergi rumah terbuka Mak Ndak saya. Baru lepas makan nasi tomato dengan 4 ketul ayam masak merah. Hehehe.

Baru perasan, saya langsung tak update blog saya hari ini. Hehehe. Sebab tu rasa macam tak kena je. Ini kira entry 1st saya untuk hari ni la. Sori ye?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka