Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, August 2, 2011

PANAS BETUL HARI NI...

MENARIK:

TRUDY & TEDDY PROVIDES COMFY BABY WEAR LOVINGLY MADE FOR BABIES!



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini terasa keperitan kepanasannya. Lagipun saya rasa lenguh-lenguh plak sekarang. Asyik bersin je. Rasa macam nak demam plak.

Bila puasa je, demam datang. Isk2... Mungkin tubuh badan tak dapat sesuaikan diri kot? Dalam proses untuk sesuaikan diri. Tak pun sebab tak cukup tidur yang menyebabkan tak cukup imun untuk lindungi antibodi tubuh badan.

Tak pun di sebabkan cuaca yang tak menentu. Kejap hujan, kejap panas. Tak pun memang dah nak demam. Banyak kan tak pun saya. Hehe...

Saya doakan rakan-rakan blogger kat luar sana sihat dan dapat menjalani ibadah puasa dengan baik. Ada sesiapa nak demam gak ke?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

SORRY SANGAT-SANGAT... DAN TERIMA KASIH...

MENARIK:

TRUDY & TEDDY PROVIDES COMFY BABY WEAR LOVINGLY MADE FOR BABIES!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya minta maaf sangat-sangat ye? Saya bukan tak nak approvekan komen anonymous tapi kalau komen itu memperkenalkan diri atau ada gak mengutuk saya, saya pasti akan approve. Kalau setakat tinggalkan link-link-link je, sorilah ye, memang saya takkan approve. Dan saya akan delete terus je.

Kepada semua yang sudi baca dan komen entry saya, saya memang baca semua komen korang semua. Macam-macam pendapat saya terima. Jangan risau, saya ni jenis terbuka. Kalau korang tak setuju atau setuju, itu pendapat korang. Setiap orang ada pendapat masing-masing.

Kepada anon-anon yang terlibat, saya di sini ingin memohon ribuan kemaafan kerana mendelete komen korang yang bagi link-link-link. Kalau korang nak promote blog korang, silakan, saya tak kisah. Cuma jangan lah komen bagi link je. Bagilah input sikit. Tak pun perkenalkan diri. Saya sedar saya bukan siapa-siapa. So, tak perlulah nak santau atau buat perhimpunan depan rumah saya k?

Kepada pembaca blog saya yang jenis silent atau tak silent, terima kasih kerana sudi singgah. Walaupun entry saya kebanyakkannya merepek merapu je. Jom sama-sama kita memeriahkan lagi dunia blog ni.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

"JANGAN PENDAM ... LUAHKAN"

MENARIK:

TRUDY & TEDDY PROVIDES COMFY BABY WEAR LOVINGLY MADE FOR BABIES!

Credit Google


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya tengok dua tiga hari ni macam slow sikit dunia blog ni. Mungkin semua busy berpuasa dan berkerja atau belajar. Kalau masa cuti, boleh la update entry berpuluh-puluh. Sekarang satu pun susah. Haha.. Sebab rasa pun rasa yang sama. Kadang-kadang takde idea nak update entry apa.

Kalau korang ada problem, korang selalunya pendamkan atau kongsi dengan kawan-kawan korang? Ada ramai orang yang mengalami tekanan sebab dorang suka pendamkan masalah dorang. Persoalannya, sampai bila kita nak pendamkan? Sampai kita tak mampu nak pendam baru kita sembur semuanya sekaligus.

Ada lebih baik jika kita ada seorang rakan yang mempunyai Listening Skill yang baik. Dan juga penyimpan rahsia yang baik. Sebab pada pendapat saya, kita ni cuma nak luahkan apa yang terbuku di hati kita. Saya pasti, selepas kita luahkan, kita akan rasa lega.

Perkara macam ni pernah berlaku pada saya. Rakan saya dari Sabah ada masalah dengan rakan saya yang seorang lagi. Rakan yang seorang lagi ni seorang yang sangat boros dan selalu pinjam duit rakan saya. So, rakan saya mengadu pada saya. Selepas dia ceritakan masalah dia, dia bagitau dia rasa lega sangat. Lepas itu, dia bagi cadangan duit simpanan dia saya yang simpanan dalam bank saya. Kalau dia nak pakai, dia akan bagitau saya. Tapi, jangan bagitau kawan yang seorang lagi sebab nanti dia akan minta kat saya.

Kawan saya ni seorang yang ceria tapi sebenarnya tak. Dia pendamkan masalah dia. Tapi, bila dia luahkan pada saya, dia nampak lebih ceria. Perkara ni berlaku semasa saya masih belajar di Penang Free School suatu ketika dulu.

So, kalau korang ada masalah dan perlukan pendengar, carilah kawan yang boleh simpan rahsia dan sudi mendengar. Kalau takde, pergilah cari kaunselor sebab kaunselor ni dah dilatih untuk membantu dan mendengar masalah korang. Kalau korang nak ceritakan pada saya pun boleh. Kalau nak cerita, bagitau. Haha... Saya dah jadi kaunselor part time plak.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka