Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label teruk. Show all posts
Showing posts with label teruk. Show all posts

Tuesday, April 10, 2012

LAYAN MACAM NAK PUKUL ORANG...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Semalam saya ke pergi pejabat kerajaan negeri di Jawi, Pulau Pinang. Niat nak dapatkan borang untuk mohon sumbangan Tabung Gabenor dan Tabung Lim Guan Eng untuk adik lelaki yang dapat sambung ke UiTM Arau, Perlis. Sebelum ni saya dah pergi dan staf di sana beritahu borang belum keluar lagi dan dorang bagitau borang boleh print online kat website dorang.


So, saya dah search kat dalam website dorang tapi takde pun. Saya pergi sebab nak ambil dulu borang dan lepas tu baru saya nak lengkapkan serta hantar tu. Tapi layanan oleh seorang staf lelaki ni sangat mengecewakan. Saya tak dijemput duduk pun dan dia pun tak duduk tapi saya duduk terus je. Staf lelaki tu dengan lagak nak pukul orang dan cakap dengan saya pun langsung tak ada nilai khidmat pelanggan yang baik pun. Masa tu saya senyum je.


Dia tak tahu yang saya pun kakitangan kerajaan. Saya malu dengan cara dia layan pelanggan sebab dia, semua penjawat dilabel tak mesra pelanggan. Padahal gaji dah naik tapi perkhidmatan tak naik pun. Sebelum darah saya naik sebab layan teruk macam tu, terus saya minta dulu.


Saya dalam perancangan nak buat complaint kat website dorang ataupun mungkin surat khabar. Tengah fikir lagi. Korang rasa patut ke saya buat complaint?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka