Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label segmen jom kenal. Show all posts
Showing posts with label segmen jom kenal. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

SEGMEN MISS Z : JOM KENALI BLOG SAYA

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Secara spontannya saya terjoin segmen si Miss Z. Macam best je segmen ni. Saja nak tambah kenalan dan trafik ke blog ciput saya ni. Hehehe.

Miss Z minta saya ceritakan sikit tentang latar belakang blog saya ni. Blog saya ni wujud bila saya terasa teringin nak ada blog dengan nama sendiri. Lagipun masa tu memang havoc tentang boleh buat duit guna blog dan masa tu saya saja nak cuba nasib. Memang dah salah niat masa mula-mula berblog. Dan sudah semestinya memang tak ada langsung income dari blog ni. So, saya stop sekejap sebab busy dan fokus kepada kerja saya.

Kemudian, dalam awal tahun lepas, saya teringat balik kat blog saya dan kemudian terus saya cuba buka balik blog saya. Blog saya masih wujud tapi cuma kurang updated post baru dan sudah semestinya trafik blog saya selalunya kosong je. Masa tu saya excited nak blogging balik. So, saya pun mula aktif update post dan join segmen.

Asal usul nama blog "MOHD NASER.COM" ni adalah dari satu blog mana yang gunakan nama dia dengan  dot com ni. So, dapat idea untuk guna nama saya dengan dot com. Maka, terwujudlah blog saya ni.

Sekarang, Alhamdulillah blog saya dah semakin aktif dan ada juga blogger kenal blog saya. Walaupun tak ramai, tapi saya dalam usaha untuk terus mempromosi blog saya.

Segmen ni tamat 25hb April 2012 jam 10 pagi.

Jom kita meriahkan segmen ni.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, October 18, 2011

SEGMEN GENK : SEGMEN I JOM KENAL

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak join segmen yang dianjurkan oleh Genk plak. Dah lama gak tak join segmen. Lagipun segmen macam menarik je. So, saya decide nak join dengan penuh keindahan hati nurani yang bersih dan suci lagi. Hehehe.

Genk suruh ceritakan sikit tentang asal saya dan blog saya. Oklah. Share sikit ek? Hehehe.

Nama penuh saya Mohd Naser dan dalam blog saya panggil diri saya Nasz. Nama blog saya adalah nama saya cuma tambah dot com je dan menjadikan ia "Mohd Naser.com". Saya ni jenis yang simple saja. Tak reti nak bergaya atau melaram. Cuma tahu pakai baju dan seluar yang bagi saya cukup untuk tutup apa yang sepatutnya ditutup.

Saya suka makan tapi sekarang tengah kurangkan makan sebab rasa macam diri ni dah gemuk sikit. Saya dah kerja dan mungkin akan sambung belajar tapi secara jarak jauh. Tapi, bukan masa terdekat ni sebab masih menstabilkan kewangan saya. Saya belum kawin lagi dan takde calon lagi. Lagipun, tak terasa lagi nak couple or kawin lagi sekarang. Biar jodoh yang menentukan. Hehehe.

Itu jelah. Banyak-banyak nanti korang boring plak kan?

Tarikh tutup : 22hb Oktober 2011 (11.59 malam).

Korang tak nak join ke?

p/s : Salah satu usaha untuk tingkatkan trafik dan follower. Di samping support blogger lain. Tak rugi pun. Kan?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka