Nak Join? Klik SINI
Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Nak join segmen Blog Pilihan Zamani 84 plak kali ni. Walaupun saya sedar blog saya ni tak layak untuk dijadikan blog pilihan, saya masih nak menyibuk join segmen ni gak. Hehehe.
Blog saya ni biasa-biasa je. Tak ada apa yang istimewa pun. Cerita yang saya coretan di sini lebih kepada apa yang keluar seketoi-seketoi dari kepala otak saya tapi pada masa yang sama, saya tapis penggunaan ayat dan tata bahasanya. Kalau tak tapis, memang carca marba la jawabnya.
Saya cuba untuk ringankan blog saya dan menulis secara santai tapi memang saya rasa gaya penulisan saya ni macam skema sikit. Tapi nak buat macam mana kan? Setiap orang ada gaya penulisan masing-masing. Setiap blog ada keunikannya tersendiri. Setiap Personal Blog tu mewakili Pemilik Blog itu sendiri. So, setiap dari kita unik dan tak sama. Sudah semestinya setiap Personal Blog tak sama. Walaupun secara kasarnya blog tu kelihatan sama tapi secara halusnya blog tu memang tak sama dengan blog yang lain.
Saya dalam usaha untuk memperbaiki gaya persembahan blog saya. Kalau pembaca tak puas hati dengan blog saya disebabkan susah nak loading, susah nak komen, banyak widget tiada fungsi dan so on, saya juga yang masalah. Sebab pembaca blog saya adalah yang paling penting. Kepuasan mereka adalah kepuasan saya.
Ini cuma luahan pendapat saya je ye? Hehehe. Segmen ni tamat pada 24hb April 2012 pukul 11.59 malam.
Korang nak jadi blogger pilihan Zamani 84 tak? Kalau nak, join la. Best tau jadi blogger pilihan walaupun rasa diri tak layak. Tapi, kalau tak cuba, mana tahu kan? Hehehe.
p/s : Ter'tulis' ter'panjang' ter'sangat' ter'pulak'. Tersori ter'ok' ter'ye'? Hehehe.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka


