Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label rumah tangga. Show all posts
Showing posts with label rumah tangga. Show all posts

Thursday, January 5, 2012

"GUNA SIHIR UNTUK MUSNAHKAN RUMAH TANGGA ORANG LAIN"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Hari Isnin lepas saya ada terbaca dalam suratkhabar Kosmo tentang Ilmu Pemisah. Ilmu ni digunakan untum menghancurkan dan merosakkan rumah tangga pasangan bahagia. Ilmu ni membuatkan salah seorang pasangan benci melihat pasangannya dan anak-anaknya.


Inilah yang akan berlaku akibat perasaan hasad dengki dengan kebahagiaan orang lain. Sanggup gunakan sihir untuk menjatuhkan orang lain. Tak boleh tengok orang lain hidup senang dan lebih dari diri dia.


Sebab itulah kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada. Allah dah tentukan rezeki kita masing-masing. Disebabkan hasad dengki, kita musnahkan rumah tangga orang lain. Akhirnya apa yang kita dapat?


Mungkin orang tu buat perkara yang sama kat kita.


Ataupun orang tu akan berdendam dengan kita sampai ke anak cucu cicit kita.


Ataupun... Korang boleh tambah sendiri nanti.


Jom muhasabah diri.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, March 31, 2011

RUMAH TANGGA RETAK SEBAB BAHANA FITNAH MULUT ORANG!!!


Salam sejahtera semua kawan-kawan blogger.

Kali ni nak cerita tentang topik kat atas.  Apa yang akan ditulis kat sini adalah melalui pandangan dan pemerhatian saya sendiri.  Setiap orang ada pandangan dan pemerhatian mereka sendiri.  So, ini adalah pandangan dan pemerhatian saya.

Fitnah mulut orang ni memang boleh sebab rumah tangga retak.  Rumah tangga tu bukan saya maksudkan sebuah rumah yang ada tangga tetapi hubungan kasih sayang suami dan isteri.

Kenapa berlakunya fitnah ni?  Banyak sebabnya.  Antaranya sebabnya ialah P.H.D. - Perasaan Hasad Dengki - manusia. Tak boleh tengok orang lain senang dan gembira.  Orang lain tak boleh lebih daripada si P.H.D.  Orang macam ni takkan nampak salah sendiri sehingga satu tahap apa yang dijaja dan difitnah tu terkena dekat muka sendiri.  Masa tu baru nak menyesal.

Sebab-sebab lain plak ialah tiada rasa percaya di antara suami dan isteri.  Bila tiada rasa kepercayaan di antara suami dan isteri, perasaan syak wasangka akan wujud.  Bila ada orang menfitnah berkenaan sesuatu perkara terhadap diri suami or isteri, dorang akan terus percaya dan mengamuk tanpa usul periksa.  Lepas tu, bila dapat tahu sumanya tak betul, baru menyesal.  Masa tu hubungan akan makin renggang dan rasa tidak percaya akan wujud dengan lebih kuat.

Fitnah mulut ni boleh sebab rumah tangga yang bahagia boleh retak dan hancur.  Saya tulis melalui pemerhatian saya.  Saya pun belum kahwin lagi.  Huhu... Harap dapat bina keluarga bahagia dan kekal.  Insya Allah...

Korang ada pandangan lain?

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka