Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Hari Isnin lepas saya ada terbaca dalam suratkhabar Kosmo tentang Ilmu Pemisah. Ilmu ni digunakan untum menghancurkan dan merosakkan rumah tangga pasangan bahagia. Ilmu ni membuatkan salah seorang pasangan benci melihat pasangannya dan anak-anaknya.
Inilah yang akan berlaku akibat perasaan hasad dengki dengan kebahagiaan orang lain. Sanggup gunakan sihir untuk menjatuhkan orang lain. Tak boleh tengok orang lain hidup senang dan lebih dari diri dia.
Sebab itulah kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada. Allah dah tentukan rezeki kita masing-masing. Disebabkan hasad dengki, kita musnahkan rumah tangga orang lain. Akhirnya apa yang kita dapat?
Mungkin orang tu buat perkara yang sama kat kita.
Ataupun orang tu akan berdendam dengan kita sampai ke anak cucu cicit kita.
Ataupun... Korang boleh tambah sendiri nanti.
Jom muhasabah diri.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
