Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label komen. Show all posts
Showing posts with label komen. Show all posts

Sunday, December 2, 2012

SAYA TELAH KEMBALI!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan blogger.

Setelah beberapa lama blog saya ini diblock oleh pihak Google disebabkan ada Hackers yang masukkan virus, akhirnya blog dan url saya ini berjaya dibersihkan dari senarai blacklistihak Google. Tetapi saya terpaksa memadam blog yang saya bina di platform Wordpress berhostingkan NetKL disebabkan virus tersebut diletakkan di blog itu.

Kini saya kembali di blog yang lama tetapi url saya tetap sama. Memang pada mulanya saya dah rasa hampir putus asa dan kecewa sangat-sangat. Sebab blog ini adalah antara blog yang terawal saya bina. Jumlah post pun dah melebihi 1,000 dan jumlah komen dah melebihi 10,000.

 Macam mana saya clearkan url blacklist saya di Google?

 Saya telah hantar Request kepada pihak Google untuk Reconsider untuk check semula blog saya ini dengan memberikan penerangan yang terperinci dan Alhamdulillah, url blog saya telah dikeluarkan daripada senarai blacklist Google.

Saya telah kembali!

 Hehehe.

 Wassalam.

 -NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, June 12, 2012

READER ADALAH FOLLOWER, FOLLOWER TAK SEMESTINYA READER...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Follower korang ada banyak? Follower yang banyak antara tool atau cara nak tunjukkan kepada orang lain yang blog korang ramai orang follow. Blog saya pun ada follower biasa-biasa je. Pelan-pelan saya akan tingkatkan follower saya dengan hasil penulisan saya.

Antara banyak-banyak follower korang tu, korang rasa ada berapa banyak reader korang? Korang boleh teka? Dalam 1,000 follower mungkin ada 500 reader atau 300 reader atau 50 reader atau 9 reader atau tak ada langsung reader. Reader ini antara orang mungkin akan komen entry korang. Ada gak reader yang cuma baca tapi tak komen.

Follower ini ada macam-macam jenis. Antaranya yang paling popular adalah 'I follow You, You follow Me Back'. Ada gak buat segmen untuk tingkatkan follower. Tapi korang rasa follower yang korang dapat dengan ini akan jadi reader blog korang? Mungkin tak semua tapi insya Allah. Bergantung kepada cara penulisan korang.

Tapi kalau korang berjaya mendapatkan reader, insya Allah sudah pasti reader korang tu akan baca entry korang. Dan akan ada reader yang tinggalkan komen kat entry yang korang tulis tu.

Kalau korang tanya saya mana yang saya nak lebih, saya dua-dua lebih. Lebih follower dan lebih reader. Hehehe.

Korang pula?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, April 23, 2012

SEGMEN MISS NADYA :: DAPAT FREE IKLAN 1 BULAN

Tolong saya klik  http://goo.gl/ZdZT9 dan klik VOTE ... Terima kasih.




Nak Join? Klik banner kat atas

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ternampak satu segmen untuk dapat FREE iklan 1 bulan yang dianjurkan oleh Miss Nadya. Benda FREE ni memang syok walaupun semurah mana pun ia. Sebab? Sebab ia FREE. Hampir semua orang suka benda FREE kan? Hehehe.

Miss Nadya suruh komen tentang blog dia. So, inilah komen spontan yang keluar dari minda saya, blog Miss Nadya ni banyak widget macam Alexa kat atas sekali tu, pada pendapat saya, letak di bahagian bawah pun dah cantik. Lepas tu, mungkin boleh perkemaskan lagi tab yang banyak kat bawah header tu. Sebab nampak banyak dan berserabut sikit. Mungkin boleh kurangkan dengan satukan tab-tab yang hampir sama. Yang lain, bagi saya dah memang ok. Loading memang laju. Itu je la. Nanti lebih-lebih, ada orang marah plak. Huhuhu.

Saya minta maaf kalau terasa sebab blog saya pun biasa je. Cuma bagi saya, mudahkan pembaca, pembaca gembira. Komen saya kat atas tu untuk kebaikan blog ini ye? Bukan nak kondem. Huhuhu.

Jom meriahkan Segmen Miss Nadya ni. Segmen ni tutup pada 6hb Mei 2012. Pukul berapa saya tak tahu. Sila rujuk Miss Nadya sendiri. Hehehe.

p/s : Tolong saya klik  http://goo.gl/ZdZT9 dan klik VOTE ... Terima kasih.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, November 4, 2011

TUTORIAL : LETAK JUMLAH POST DAN JUMLAH KOMEN DI BLOG

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Jarang sangat saya buat tutorial. Lagipun saya ni bukan pandai sangat tentang nak buat itu ini kat blog. Apa yang saya buat dan rasa boleh kongsi, saya kongsilah. Hehehe.

Ok. Tutorial kali ni adalah untuk letak Jumlah Post dan Jumlah Komen di Blog. Macam kat bawah ni:


Yang kotak merah tu la. Korang nampak kan? Tak nampak, klik gambar tu untuk besarkan. Hehehe.

Cara nak buat?

1. Login account blogger, dari Dashboard > Design > Add A Gadget > HTML javascript

2. Copy kod kat bawah dan paste kat ruangan HTML javascript.


3. Kemudian, Save. Siap.

Korang try view.

p/s : Senang je rupanya. Baru saya tahu. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, October 19, 2011

"TAKDE ORANG BACA KE? ATAU TAKDE ORANG NAK BACA?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya dapat request dari Yumida untuk buat satu entry berkenaan :


Saya cuma boleh bagi pendapat mengikut pengalaman dan pemerhatian saya. Walaupun sebagus dan sebaik manapun entry yang korang tulis, kalau korang tak ambil inisiatif untuk promosi serta sebarkan blog korang kat orang lain, takde effect gak. Promosi plak ada banyak caranya. Cara yang paling utama, tarikan daripada penulisan kita sendiri.

Saya tak kata penulisan saya ni bagus. Ayat yang saya gunakan pun kadang-kadang macam skema je kalau dibaca. Saya tak kisah sebab ini identiti saya. Mungkin bagi kita, penulisan tu memang terbaik tapi bagi orang lain, penulisan tersebut cuma biasa-biasa je.

Apa yang saya perhatikan, ramai blogger yang suka baca entry yang ringkas tapi padat. Entry yang diolah menggunakan ayat sendiri dan bukan copy paste dari mana-mana suratkhabar online. Dan bagi saya yang paling penting, gaya penulisan entry tu kenalah tarik pembaca yang membaca tu masuk sekali. Mungkin entry tu entry peribadi berkenaan Big Mac Burger. Korang kena olah ayat supaya penulisan yang korang tulis korang tengah makan Big Mac Burger tu macam korang tengah makan dengan pembaca korang sekali. Mungkin agak susah pada mulanya. Tapi, korang boleh buat pelan-pelan sampai korang dah terbiasa. Bila dah terbiasa, secara automatiknya korang boleh karang sendiri entry sebegitu.

Ingat, dalam dunia blog ni, bukan ada 1 atau 2 blog je tapi ada berjuta-juta blog. Ada yang blog lebih baik daripada kita. Dalam dunia blog pun, kita kena bersaing dan saling membantu. Kalau nak orang datang blog kita dan komen entry, pastikan entry kita menarik dan cara nak komen tu kena mudahkan. Tak perlu nak klik kat "post comment" tu susah sebab ada widget yang melampau banyaknya. Tak perlulah nak kena taip word verification.

Sebab tulah, motto "Content is King" bagi saya tak relevan. Kita kena usaha untuk perkenalkan blog kita dan promosi blog kita.

Pendapat saya je. Tak pasti menjawab ke tak request Yumida ni. Saya terbagi tips macam mana saya menulis plak. Hehehe.

p/s : Menulis dari jiwa. Kalau jiwa tengah "kacau", maka "kacau"lah hasil tulisan itu. Kalau jiwa tengah "happy", maka "happy"lah hasil tulisan tu. Kalau jiwa tengah ...

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, October 12, 2011

"LA..ADA WORD VERIFICATION PLAK"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya rasa benda ni dah ramai tulis dalam blog masing-masing. Saya pun pernah buat benda ni. Masa mula-mula dulu la.


Kalau time internet laju, memang saya tak berapa kisah sangat. Tapi, kalau time internet macam siput sedut slownya, rasa bengang sebab nak tunggu huruf-huruf tu keluar pun dah agak lama. Solutionnya, saya terus keluar dari blog tu tanpa tinggalkan komen.

Ada gak blog yang dah taip komen, bila klik kat button publish comment tu, keluar lagi page yang sama dengan minta word verification lagi. Masa tu, internet tengah laju pun rasa tension gak. Bayangkan kalau internet slow?

Ini pendapat saya k? Bukan hina atau jatuhkan sesiapa. Word Verification ni takde baiknya. Menyusahkan blogger nak komen je. Bila kita buat satu entry, sudah semestinya kita nak feedback kan? So, jangan susahkan blogger yang nak curahkan feedback dorang.

p/s : Kalau tak tahu camne nak buang Word Verification tu, boleh Google je. Banyak tutorial blogger lain buat. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, October 9, 2011

"MANA SHOUTBOX?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ada sesetengah blogger tanya saya mana shoutbox saya. Suatu ketika dulu, saya ada letak. Kemudian, dah lama saya buang shoutbox tu.

Sebab apa? Sebenarnya, masa tu saya tengah kemaskini blog saya. Saya nak blog saya ringan dan widget yang penting je patut ada. Bagi saya, blog yang ringan dan mesra pembaca tak berat sangat dan senang nak dorang nak explore.

Satu lagi sebab saya tak letak shoutbox, sebab bila ada blogger datang blog saya, dia tak baca langsung entry dan terus komen di shoutbox. So, fungsi shoutbox tu dah disalahgunakan. Lagipun ada gak sesetengah blogger yang tak bertanggungjawab drop komen lain kat shoutbox tapi bila klik link dia, pergi ke iklan. Tak ke salah tu?

Ada gak yang pakai software autoblogwalking dengan secara automatiknya dorang tinggal link kat shoutbox. Ini pun macam tak bagus gak.

Saya tahu shoutbox tu penting dan bagus untuk tinggalkan link. Tapi, bagi saya, lagi bagus kalau tinggalkan link di kotak komen entry terus. Sambil baca entry, sambil tu la korang boleh komen dan tinggalkan link korang. Biasanya saya akan cuba terjah semua yang tinggalkan komen.

So, dengan ini saya memang dah remove shoutbox dari blog saya.

p/s : ramai sangat tanya mana shoutbox saya. Takde shoutbox, boleh mati ek? hahaha. Gurau je.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, October 5, 2011

ISK...AWAT SUSAH SANGAT NAK KOMEN NI"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bila saya blogwalking, saya akan baca entry dan saya semestinya nak tinggal komen. Tapi nak tinggal komen pun sangat seksa. Bukan semua blog k? Ada certain blog je. Terlalu banyak widget dan disusun di tempat-tempat yang sangat "strategik". Nak klik link "Post Commet" pun tak boleh. Asyik tertekan widget je.

Saya cuba gak nak komen tapi kalau dah terlalu lama dan banyak kali try pun, boleh fed up gak kan? Korang tak fed up? Sampai akhir, saya tekan pangkah kat atas je la. Pastu, ia akan tinggalkan first impression buruk untuk blog tu. Bila saya datang balik blog tu, saya terus jadi malas nak komen.

So, saya harap korang bolehlah tengok-tengok blog korang. Senang je. Korang try komen blog korang sendiri. Masa tu korang akan nampak sendiri sama ada senang atau seksa. Kalau senang, baguslah. Kalau seksa, korang senangkan. Sebab korang yang rugi bila tak ada komen. Bila tak ada komen, korang tak tahu camne respons pembaca terhadap entry korang. Rugi.

p/s : Bila ada komen entry saya, saya rasa hepi sangat. Thanx kepada semua yang sudi tinggalkan komen.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, August 2, 2011

SORRY SANGAT-SANGAT... DAN TERIMA KASIH...

MENARIK:

TRUDY & TEDDY PROVIDES COMFY BABY WEAR LOVINGLY MADE FOR BABIES!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya minta maaf sangat-sangat ye? Saya bukan tak nak approvekan komen anonymous tapi kalau komen itu memperkenalkan diri atau ada gak mengutuk saya, saya pasti akan approve. Kalau setakat tinggalkan link-link-link je, sorilah ye, memang saya takkan approve. Dan saya akan delete terus je.

Kepada semua yang sudi baca dan komen entry saya, saya memang baca semua komen korang semua. Macam-macam pendapat saya terima. Jangan risau, saya ni jenis terbuka. Kalau korang tak setuju atau setuju, itu pendapat korang. Setiap orang ada pendapat masing-masing.

Kepada anon-anon yang terlibat, saya di sini ingin memohon ribuan kemaafan kerana mendelete komen korang yang bagi link-link-link. Kalau korang nak promote blog korang, silakan, saya tak kisah. Cuma jangan lah komen bagi link je. Bagilah input sikit. Tak pun perkenalkan diri. Saya sedar saya bukan siapa-siapa. So, tak perlulah nak santau atau buat perhimpunan depan rumah saya k?

Kepada pembaca blog saya yang jenis silent atau tak silent, terima kasih kerana sudi singgah. Walaupun entry saya kebanyakkannya merepek merapu je. Jom sama-sama kita memeriahkan lagi dunia blog ni.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, July 9, 2011

SAYA NAK KOMEN TAPI...

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Kalau saya blogwalking, saya akan cuba komen entry blogger tu. Walaupun kadang-kadang tu agak susah nak komen. Saya suka komen dan tinggalkan link saya kat kotak komen korang.

Tapi yang buat saya sakit kepala adalah saya tak dapat komen blog korang. Banyak sebabnya. Saya nak bagitau ni bukan sebab nak burukkan blog korang. Blog saya pun berserabut lagi. Harap korang dapat terima teguran ni dengan hati terbuka ek? Saya tak kisah korang nak letakkan sebanyak widget kat blog korang.

Cuma...

Kalau boleh, widget korang tu janganlah tutup link untuk saya komen. Kadang-kadang dekat sepuluh minit saya cari cara nak tekan link post a comment tu. Kesian kat saya.

Pastu, tulisan link post a comment tu janganlah kecik sangat. Tak nampak dan kadang-kadang macam takde je link post a comment tu.

Kalau boleh, korang buat la popup window berasingan sebab senang skit saya nak komen. Kadang-kadang saya kena tunggu loading satu page untuk komen satu entry. Sebab banyak widget dan berat sangat. Kesian saya.

Lagi satu, kalau boleh, tak perlulah word verification sebab menyusahkan saya. Kadang-kadang dah terlalu lama berblogwalking, mata ni pun dah tak nampak huruf tu. Kalau word verification tu keluar siap-siap, takpelah. Ini lepas taip komen, bila nak post, minta plak word verification. Nak tunggu word verificatin tu dah la lama. Kadang-kadang tak kuar langsung. Kena refresh balik. Kena tunggu lagi. Kesian kat saya.

Saya tahu korang nak blog korang cantik. Tapi bagi la saya komen blog korang. Boleh kan? Sori kalau ada yang terasa. Takde niat nak sakitkan hati korang.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, June 22, 2011

BILA ORANG KOMEN ENTRY KORANG ... APA KORANG RASA?



Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya nak berterima kasih teramat sangat kepada rakan-rakan blogger yang sudi meninggalkan komen di entry yang saya post. Saya rasa gembira bila ada orang yang sudi komen entry saya.  Sebab itu, saya cuma ringkaskan dan padatkan entry yang saya tulis.

Saya sedaya upaya untuk reply semua komen-komen rakan-rakan blogger. Tapi kadang-kadang pun terbabas gak. Huhu.. Saya minta maaf ye?

Setiap komen yang kita beri besar maknanya kepada pemilik blog tu. Kadang-kadang, komen yang kita beri tu membakar semangat dorang untuk terus berblogging.

Tak guna follower beribu-ribu tapi entry tak ada orang komen. Sebab apa tak ada orang komen, itu saya tak pasti sebab setiap orang ada sebab sendiri. Saya kalau berblogwalking, saya lebih suka tinggalkan komen dan link saya.  Senang owner tu nak terjah blog saya. Huhu..

Komen positif atau negatif tak penting.  Sekurang-kurangnya ada orang sudi komen saya.  Saya dah bersyukur sangat-sangat. Huhu...

So, apa korang rasa bila ada orang komen entry korang?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, June 19, 2011

TUTORIAL : LETAK LINK DALAM KOMEN ...


Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terima kasih kerana masih membaca cebisan penulisan di blog saya yang tak sefeymes blog abang ben mahupun cik epal.  Saya jeles dengan dorang. Haha... Jeles yang positif k?

Kali ini saya nak share macam mana nak letak komen yang boleh terus link ke post korang atau blog korang.

Kalau korang perasan, bila saya berblogwalking, saya akan tinggalkan komen dengan link yang boleh korang klik terus ke blog saya. Lebih  mudah kan daripada terpaksa copy url dan paste pada google?

Caranya simple je. Yang korang kena tau kod HTML yang diperlukan.

Kod HTML untuk link komen ialah :


URL LINK KORANG = korang letakkan url link yang korang

TAJUK POST/BLOG KORANG = tajuk post tersebut

Simple kan? Huhu...

Korang bleh cuba. Senang skit korang nak promote blog korang.

Semoga Tutorial ni dapat bantu korang walaupun sikit.  Kalau korang nak copy dan paste Tutorial ni kat blog korang, silakan dan jangan lupa bagi kredit kat blog ni ek? Hehe...

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, June 16, 2011

KOMEN "SAMPAH" PADA ENTRY SAYA...

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Pagi ini bangun je pagi terus layan blogging. Saya kira dah jadi gila blogging la plak. Huhu... Tengok Dashboard ada 1 Comment belum moderated lagi. Teruja la sebab ada orang sudi komen entry saya.  Bila buka je, terus saya rasa terkilan.


simple je komen dia... "sampah". Ini dalam entry "Ini Abang Ben Punya Pasal La ...".  Saya hairan sebab entry memang tajuk macam tu dan isi dia pun berkaitan.  Sebab abang Ben la saya dapat ramai kawan blogger baru dan tak menang tangan nak reply komen.  So, saya pun hairan sebab saya bukanlah seorang blogger yang feymes pun. Blogger kecil kecilan je.

Saya tak mahu la gaduh-gaduh sebab saya dah seronok berblogging ni.  Bukan saya tulis benda yang mengaibkan orang. Saya cuma berterima kasih pada abang Ben sebab buat Game yang menaikkan lagi blog saya. Kenapa perlu kutuk? Kalau bergurau, ada tempatnya, ada caranya.

Saya pun masih bertatih lagi dalam dunia blogger ni.  Walaupun dah berblogging selama beberapa tahun.  Saya respect semua blogger dalam dunia blogger tak kira yang tua ataupun muda, yang otai ataupun newbie.  Harap dapat wujudkan satu komuniti yang harmoni.

Kepada yang berkenaan, kalau tak suka apa yang saya tulis dalam blog saya, mungkin boleh bagi komen yang positif dan membina, bukan menjatuhkan blogger lain.  Lagi senang, tak payah komen langsung.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka