Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label cara tulis entry. Show all posts
Showing posts with label cara tulis entry. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

"TAKDE ORANG BACA KE? ATAU TAKDE ORANG NAK BACA?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya dapat request dari Yumida untuk buat satu entry berkenaan :


Saya cuma boleh bagi pendapat mengikut pengalaman dan pemerhatian saya. Walaupun sebagus dan sebaik manapun entry yang korang tulis, kalau korang tak ambil inisiatif untuk promosi serta sebarkan blog korang kat orang lain, takde effect gak. Promosi plak ada banyak caranya. Cara yang paling utama, tarikan daripada penulisan kita sendiri.

Saya tak kata penulisan saya ni bagus. Ayat yang saya gunakan pun kadang-kadang macam skema je kalau dibaca. Saya tak kisah sebab ini identiti saya. Mungkin bagi kita, penulisan tu memang terbaik tapi bagi orang lain, penulisan tersebut cuma biasa-biasa je.

Apa yang saya perhatikan, ramai blogger yang suka baca entry yang ringkas tapi padat. Entry yang diolah menggunakan ayat sendiri dan bukan copy paste dari mana-mana suratkhabar online. Dan bagi saya yang paling penting, gaya penulisan entry tu kenalah tarik pembaca yang membaca tu masuk sekali. Mungkin entry tu entry peribadi berkenaan Big Mac Burger. Korang kena olah ayat supaya penulisan yang korang tulis korang tengah makan Big Mac Burger tu macam korang tengah makan dengan pembaca korang sekali. Mungkin agak susah pada mulanya. Tapi, korang boleh buat pelan-pelan sampai korang dah terbiasa. Bila dah terbiasa, secara automatiknya korang boleh karang sendiri entry sebegitu.

Ingat, dalam dunia blog ni, bukan ada 1 atau 2 blog je tapi ada berjuta-juta blog. Ada yang blog lebih baik daripada kita. Dalam dunia blog pun, kita kena bersaing dan saling membantu. Kalau nak orang datang blog kita dan komen entry, pastikan entry kita menarik dan cara nak komen tu kena mudahkan. Tak perlu nak klik kat "post comment" tu susah sebab ada widget yang melampau banyaknya. Tak perlulah nak kena taip word verification.

Sebab tulah, motto "Content is King" bagi saya tak relevan. Kita kena usaha untuk perkenalkan blog kita dan promosi blog kita.

Pendapat saya je. Tak pasti menjawab ke tak request Yumida ni. Saya terbagi tips macam mana saya menulis plak. Hehehe.

p/s : Menulis dari jiwa. Kalau jiwa tengah "kacau", maka "kacau"lah hasil tulisan itu. Kalau jiwa tengah "happy", maka "happy"lah hasil tulisan tu. Kalau jiwa tengah ...

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, July 26, 2011

"BILA MASA SESUAI NAK TULIS DAN POST ENTRY YE?"

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pernah tak korang tertanya bila masa yang sesuai nak tulis dan post entry korang? Rasanya pernah. Yang tak pernah tu, buat-buat pernah je ye? Hehe...


Tulis entry. Nak tulis entry ni bila-bila pun boleh. Kalau korang ada netbook atau laptop atau iphone atau android atau kertas dan pen, korang boleh tulis dah simpan dulu. Selalunya saya nak tulis entry ni, masa saya tengah ada banyak idea mencurah-curah. Kadang-kadang tengah drive idea datang. Masa tu memang frust sebab tak boleh berhenti semata-mata nak tulis entry je. Hehe.. Tapi pernah buat. Kantoi sudah.

Bagi sesetengah orang macam saya, bila duduk depan komputer atau netbook, idea langsung takde nak tulis entry. Tapi yang menyakitkan hati sanubari yang kiut ni, bila saya jauh dari komputer atau netbook, banyak plak idea. Biasanya saya tulis dalam handphone dan post terus je.

Orait. Masa yang sesuai untuk post entry adalah bergantung kepada berapa entry korang tulis sehari. Kalau lebih daripada 10 entry, bila-bila korang rasa nak post pun boleh. Tapi kalau korang bajet 3 je entry setiap hari, korang boleh post waktu pagi, tengah hari dan malam. Itu pendapat saya. Saya plak jenis tak kisah sangat. Post je bila dapat idea dan dah tulis, terus post. Tak kira waktu bila.

Actually, benda ni bergantung pada korang sendiri. Yang penting, korang sentiasa update blog korang supaya pembaca setia tak lari. Saya ada ke pembaca setia? Bajet bagus je. Hahaha...

Korang ada pendapat lain? Jom la kongsi. Jangan la kedekut sangat. Tak baik. Kan? Kan?

Wassalam.

-NASZ-


MENARIK:


GET FUEL EFFICIENT WITH THE NEW PROTON SAGA FLX!


Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, April 3, 2011

TIPS UNTUK TULIS ENTRY!!!


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Entry lepas, saya ceritakan tentang TIPS UNTUK CARI TOPIK.  Kali ni, saya nak ceritakan bagaimana saya dapat idea untuk tulis entry.

Rakan-rakan blogger cuba dapatkan topik yang hendak dikembangkan.  Selepas dapat topik yang diingini, taip apa yang pertama kali tertulis dalam otak rakan-rakan blogger berkenaan tajuk tu.  Terus tulis sampai rasa dah tak nak tulis.

Tak payah guna ayat bombastic.  Ayat biasa pun tak apa.  Asalkan orang yang nak baca tu faham.  Saya guna teknik ni je bila nak tulis entry.

Sebabnya, saya rasa untuk tulis entry or huraikan tajuk lagi mudah daripada nak cari tajuk.  Betul tak?

Ini pendapat saya je dan ini teknik yang saya guna untuk tulis entry dalam blog saya.  Memang ada sesetengah blogger cadangkan supaya kita buat research dulu.  Betul tu.  Saya kalau ada masa, akan baca surat khabar atau blogwalking ke blog kawan-kawan.  Cari idea dan ilmu.

Tapi, kalau boleh, tak perlu copy paste sebijik macam dalam blog rakan-rakan tu.  Bagi saya lebih baik kalau entry tu saya sendiri yang tulis menggunakan ayat saya dan entry tu melambangkan diri saya.

Harap entry ni dapat tolong rakan-rakan blogger yang ada masalah untuk tulis entry.

Wassalam.

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka