Ada sesetengah blogger tanya saya mana shoutbox saya. Suatu ketika dulu, saya ada letak. Kemudian, dah lama saya buang shoutbox tu.
Sebab apa? Sebenarnya, masa tu saya tengah kemaskini blog saya. Saya nak blog saya ringan dan widget yang penting je patut ada. Bagi saya, blog yang ringan dan mesra pembaca tak berat sangat dan senang nak dorang nak explore.
Satu lagi sebab saya tak letak shoutbox, sebab bila ada blogger datang blog saya, dia tak baca langsung entry dan terus komen di shoutbox. So, fungsi shoutbox tu dah disalahgunakan. Lagipun ada gak sesetengah blogger yang tak bertanggungjawab drop komen lain kat shoutbox tapi bila klik link dia, pergi ke iklan. Tak ke salah tu?
Ada gak yang pakai software autoblogwalking dengan secara automatiknya dorang tinggal link kat shoutbox. Ini pun macam tak bagus gak.
Saya tahu shoutbox tu penting dan bagus untuk tinggalkan link. Tapi, bagi saya, lagi bagus kalau tinggalkan link di kotak komen entry terus. Sambil baca entry, sambil tu la korang boleh komen dan tinggalkan link korang. Biasanya saya akan cuba terjah semua yang tinggalkan komen.
So, dengan ini saya memang dah remove shoutbox dari blog saya.
p/s : ramai sangat tanya mana shoutbox saya. Takde shoutbox, boleh mati ek? hahaha. Gurau je.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka