Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label follower. Show all posts
Showing posts with label follower. Show all posts

Monday, May 6, 2013

SEGMEN REVIEW PERCUMA

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya pun tengah bosan dan tak tahu nak update apa, saya terperasan ramai rakan blogger di bloglist saya join segmen review percuma ini. Macam menarik. Lagipun, dah lama tak ada oran gnak review blog saya. Hehehe.

Bagus juga kalau ada orang review blog kita. Sebab kita bukan perasan kelemahan blog kita. Pembaca blog kita saja yang tahu bagaimana prestasi blog kita. Mungkin cantik dan bagus di mata kita tapi di mata pembaca kita tidak.

Jangan fikir,

"Ini blog aku, aku punya pasallah nak buat macam mana pun"

Kalau korang nak buat blog yang korang tak nak orang lain baca, saya pun tak kisah. Tapi, kalau korang buat blog nak orang lain baca, jangan sombong. Terima kritikan dan perbaiki blog korang. Blog saya pun bukan bagus dan masih banyak kena diperbaiki lagi.

Tarikh tutup untuk segmen ini belum lagi dikenalpasti oleh penganjur. So, jemput join segmen ini ramai-ramai.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, February 3, 2013

SEGMEN SAYA FOLLOW U, U FOLLOW ME BY MSELIM3

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya jumpa segmen ini di blog Remy. Nampak menarik je. So, saya pun decide untuk join segmen ini. Segmen dianjurkan oleh saudara Mohd Selim ini. Harapan saya sama juga dengan saudara Mohd Selim iaitu dengan blogwalking, kita dapat menambahkan lagi rakan-rakan di dalam dunia maya ini di samping saling bertukar-tukar fikiran di antara satu sama lain. Dah macam karangan SPM pula kan? Hahaha.

Anyway, jomlah ramai-ramai join segmen ini. Mungkin korang yang kurang Follower tu boleh bertambah follower. Dengan join segmen sebegini, korang ada peluang untuk tingkatkan trafik ke blog korang. Saya pun mula naik dengan join segmen-segmen sebegini. Tak kisahlah siapa yang buat segmen ini. Jangan asyik nak join segmen daripada Otai Besar je. Kenalah support blogger-blogger biasa seperti diri saya ini.

Saudara Mohd Selim beritahu segmen ini tutup bila dia bagitau tutup nanti. So, maknanya tarikh tutupnya tak ditentukan lagi sehingga diberitahu. Saudara Mohd Selim juga kata akan buatkan senarai blogger yang join segmen ini. Senang kan? Tak perlu susah-susah sebab saudara penganjur dah tolong senaraikan dan bagi backlink lagi kat blog korang. So, apa korang tunggu lagi. Cepat join ramai-ramai.

p/s : Kalau korang dah follow saya, tolong tinggalkan komen di entry ini ye? Senang saya nak follow balik.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, November 20, 2012

"1ST SEGMEN : JOM JADI FOLLOWER SAYA BY ARRIEN AMANI"

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kali ini nak join segmen pertama oleh blogger Blog Pink Creation. Dari design blog dan tajuk blog dia, saya yakin penganjur segmen ini minat warna pink. Hehehe.

Dia nak tahu berapa follower saya. Actually, blog asal saya telah diserang virus dan terpaksa didelete supaya tak jangkit kepada blog-blog lain. Sekarang ini saya terpaksa kembali menggunakan blog lama ini tapi tak apa sebab saya masih ada blog lama ini untuk terus berblogging.

Follower Sekarang : 2327

Target Follower Saya : Entahlah... 10,000 kot?

Hahaha. Banyak kan target Follower saya? Boleh dicapaikan atau tidak? Korang rasa boleh tak?

Saya nak tag:

Nabila Medan

Kalau korang nak dapat hadiah, segmen tidak menyediakan hadiah. Tetapi, peluang untuk tambah follower korang dan juga trafik ke blog korang. Tarikh tutup segmen ini, penganjur cakap tak tentu lagi. Jom meriahkan segmen pertama si dia ini.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, June 12, 2012

READER ADALAH FOLLOWER, FOLLOWER TAK SEMESTINYA READER...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Follower korang ada banyak? Follower yang banyak antara tool atau cara nak tunjukkan kepada orang lain yang blog korang ramai orang follow. Blog saya pun ada follower biasa-biasa je. Pelan-pelan saya akan tingkatkan follower saya dengan hasil penulisan saya.

Antara banyak-banyak follower korang tu, korang rasa ada berapa banyak reader korang? Korang boleh teka? Dalam 1,000 follower mungkin ada 500 reader atau 300 reader atau 50 reader atau 9 reader atau tak ada langsung reader. Reader ini antara orang mungkin akan komen entry korang. Ada gak reader yang cuma baca tapi tak komen.

Follower ini ada macam-macam jenis. Antaranya yang paling popular adalah 'I follow You, You follow Me Back'. Ada gak buat segmen untuk tingkatkan follower. Tapi korang rasa follower yang korang dapat dengan ini akan jadi reader blog korang? Mungkin tak semua tapi insya Allah. Bergantung kepada cara penulisan korang.

Tapi kalau korang berjaya mendapatkan reader, insya Allah sudah pasti reader korang tu akan baca entry korang. Dan akan ada reader yang tinggalkan komen kat entry yang korang tulis tu.

Kalau korang tanya saya mana yang saya nak lebih, saya dua-dua lebih. Lebih follower dan lebih reader. Hehehe.

Korang pula?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, October 1, 2011

"SUSAHNYA NAK FOLLOW"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ni dari pagi tadi asyik blogwalking je. Lebih 100 blog saya dah terjah. Entah berapa banyak blog dah saya follow. Hari ini saya cuti dan langsung tak kuar rumah. Mengadap TV dan netbook je. Hehehe. Tegar tak?

Tapi yang mengecewakan, ada sesetengah blog ni suka letak button Follow atau nama baru Join this Site di tempat yang susah nak nampak. Dah la sidebarnyer scroll tepi tu jenis yang gerak-gerak. Bila ia shift sikit, saya tertekan ke bawah sangat. Saya pakai netbook je. So, saya tak pakai mouse. So, bila jadi macam ni, saya jadi tension la. Saya nak Follow tapi owner blog ni macam tak suka je saya Follow.

Saya pernah letak button Follower saya kat bawah sekali masa mula-mula blogging dulu. Kononnya nak orang yang datang blog saya terjah sampai ke bawah la. Bila kena kat batang hidung sendiri, baru tahu seksanya. So, saya letak kat atas supaya senang nampak dan follow.

Mesti korang ingat,

"Ala... Dorang follow, pastu tinggal"

Jangan fikir short terms. Fikir long term. Bila dorang follow, lambat laun dorang akan notis gak blog kita. Sebab bila kita update blog kita dengan entry terbaru, ia akan muncul kat dashboard dorang yang follow. Kita tak tahu masa depan Blogspot akan diupgrade macam mana lagi.

Betul tak? Sape tak sokong, sila angkat kepala. Hehehe.

p/s : Berpinar gak mata saya.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, July 11, 2011

FOLLOW?

Credit Google

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Saya tahu ini isu lama tapi saya nak cerita mengikut pendapat saya sendiri. Memang ada banyak blogger yang selalu tinggalkan ayat minta kita follow balik. Saya tahu ada blogger yang tak suka macam tu. Minta buat entry best-best baru nak follow. Cuma cuba kita fikir balik, entry kita best ke nak buat orang lain follow? Saya mengaku entry saya tak best sebab saya ni jenis merepek merapu je tulis entry. Saya lebih kepada pendapat saya sendiri dan dalam tulisan saya sendiri.

Persoalannya, bila dia minta korang follow dia balik, korang ada ke pergi ke blog dia dan baca entry dia? Kalau korang pergi dan baca dan korang tak suka dan korang blah dari blog dia, ok la. Tapi bagi yang tak pergi jenguk langsung ni apa kes? Dia sudi datang blog kita untuk follow kita walaupun dengan niat tapi kalau kita selalu update blog dengan entry best, dia mesti akan baca kan?

Apa salahnya kita follow dia gak? Mungkin dia ada idea dan entry yang boleh dikongsi dengan kita? Follow je. Bukan susah pun. Tekan Button Follow dan Tekan OK. Habis Cerita.

Kalau dia tak updated blog langsung, entry dia takkan keluar dalam dashboard kita, tak semak pun. Kita tak rugi apa-apa pun.

Ini cuma pendapat saya je ye? Tolong jangan buat perhimpunan untuk santau saya k? Sesape yang terasa, saya minta maaf dari hujung kat atas sampai hujung kat bawah.  Seperti tagline Amir Maharaja Lawak ... "I'm Sorryyyy". Hehehe...

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, June 28, 2011

SEGMEN DAN JOM DAPATKAN 1000 FOLLOWER BULAN INI

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kali ini nak join segmen dan jom dapatkan 1000 follower bulan ini yang dianjurkan oleh Encik Naimul Firdaus. Saya Follower ke 919.

Kalau korang nak join gak, klik SINI.

Apa yang saya mahu? Saya mahu berkawan dengan ramai blogger. Kalau boleh, dan kalau ada yang buat gathering, teringin gak nak pergi. Main bowling ke, tengok movie beramai-ramai ke, dan aktiviti-aktiviti yang boleh merapatkan lagi hubungan kekawanan antara blogger semua. Dengan kata lain, saya nak cari ramai kawan tapi tak nak cari musuh kalau boleh.

Encik Naimul Firdaus ada nyatakan kalau cukup 1000 follower, dia akan beri hadiah. Huhu... Best-best.

Hadiah-hadiahnya:

  • semua penyertaan akan dimasukkan ke dalam senarai bloglist saya yang baru.
  • 20 penyertaan terawal akan mendapat promosi di dalam artikel-artikel saya.
  • 2 penyertaan terbaik akan dapat hadiah misteri
Harap dapat la hadiah daripada Encik Naimul. Huhu... (Dengan muka comel sangat-sangat).

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, May 8, 2011

AWARD UNTUK FOLLOWER KE 300 - NUR HAWA BINTI MOHD ZIN


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Kali ini saya nak mempersembahkan award untuk Follower blog saya yang tidak seberapa ni yang KE 300.  Dipersembahkan Nur Hawa binti Mohd Zin dengan blog nya iaitu http://cahayawanita.blogspot.com.

Terima kasih Hawa kerana sudi menjadi follower saya.  Ini bukti menunjukkan Hawa adalah Follower Ke 300.

Tahniah kepada Hawa.  Makluman, saya akan pilih follower-follower yang bertuah untuk diberi award. Huhu...

Kepada Hawa, sila lah amik pic award di atas dan link kan ke post ini untuk dijadikan Bukti kepada rakan-rakan lain yang anda adalah follower yang bertuah ke 300 di blog saya yang tidak seberapa lagi.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka