Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label perasaan. Show all posts
Showing posts with label perasaan. Show all posts

Friday, June 22, 2012

MUKA TAK ADA PERASAAN...



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya pernah berurusan di satu bank ini. Masa itu, saya ingin buka akaun semasa di bank tersebut tetapi pada masa itu cip Mykad saya rosak. So, memang tak boleh baca cip Mykad tersebut. Saya dilayan oleh seorang lelaki yang agak tua tapi yang menghairankan saya, dia mampu buat muka tak ada perasaan. Pada masa itu, saya cuba meneka juga sama ada dia sedang berdukacita atau menahan perut yang sakit atau lain-lain emosi yang wujud dalam diri kita ini.

Tapi, memang tak ada perasaan langsung. Muka serius yang tak berperasaan. Dah la bertugas di kaunter tapi muka tak ada perasaan. Saya tertanya juga, bank ini memang tak berikan latihan dalam khidmat pelanggan ke kepada kakitangan mereka?

Kakitangan ini minta saya bawa Sijil Lahir dan Lesen tapi terus saya beritahu yang sebelum ini saya datang, pihak bank tak maklumkan apa-apa pun. Pada masa itu, pihak bank dah tahu yang cip Mykad saya memang rosak. Kenapa pada masa itu dorang tak beritahu "Lain kali datang, sila bawa Sijil Lahir dan Lesen ye?".

Dengan muka tak ada perasaan, dia pun tenung dokumen dan Mykad saya. Nasib baik ada pegawai sebelah dia kata boleh proceed dan cuma perlu fotostat lesen saja. Dia dengan muka tak ada perasaan lawan cakap balik kata tak boleh tapi pegawai tu cakap boleh. So, dia pun akur dan dengan muka tak ada perasaan pergi fotostat Mykad dan lesen saya.

Kakitangan di kaunter sepatutnya perlu ada kebolehan dalam melayan mesra pelanggan. Kalau dia tak boleh melayan mesra pelanggan, letakkan dia di back office. Buat kerja yang tak perlu berjumpa pelanggan. Nasib baik saya bukan jenis cepat melenting. Hehehe.

p/s : Mungkin dia lapar kot sebab masa tu dah lunch time?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, August 25, 2011

"NAK MERAJUK LAH"

An Ideal Snack To Munch On Should Be Monstrously Delicious!

We Could Think Of A Hundred Reasons To Love It, But Here's TEN!

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Pernah tak pasangan korang merajuk dengan korang? Tak pun emak korang merajuk dengan korang? Merajuk ni ada dalam setiap diri semua orang. Cuma cara dorang zahirkan je berbeza. Korang tahu ke camne korang merajuk? Pernah korang ambil perhatian masa korang merajuk?


Merajuk ni sebab lebih kepada nak dapatkan perhatian seseorang tu. Macam kekasih dengan kekasih atau ibu kepada anaknya atau anak kecil kepada ibunya. Ada macam-macam cara manusia yang merajuk ni zahirkan perasaan merajuk dorang.


Ada yang suka diam je. Malas nak sembang dan buat tak tahu je. Ada yang jenis buat muka tak puas hati. Ada gak yang pergi masuk tidur awal, padahal perut berkeroncong bunyi lagu Too Phat. Hehehe. Ada yang suka hentak-hentak kaki. 


Saya? Saya diam je dan buat tak tahu je. Korang plak?


Wassalam.


-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, August 4, 2011

"KENAPA AWAK SELALU CONTACT SAYA?"

MENARIK:

TRUDY & TEDDY PROVIDES COMFY BABY WEAR LOVINGLY MADE FOR BABIES!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pernah tak korang kenal seseorang tu dan tiba-tiba dia selalu contact korang? Tak kira la SMS atau fon. Korang pernah tertanya kenapa tiba-tiba selalu sangat dia contact?

Lelaki atau perempuan, sama je. Pada pendapat saya, si dia sebenarnya suka kat korang. Bila kita suka kat seseorang, kita akan usaha cari macam- macam maklumat si dia betul tak? Bila kita dah makin kenal dengan si dia, kita akan jatuh cinta. Tapi kadang- kadang akan tertanya-tanya. Berani ke kita nak bagitau perasaan kita yang sebenarnya pada dia? Ada yang berani ambil risiko untuk bagitau si dia. Risikonya adalah bila kita dah bagitau, persahabatan kita takkan sama seperti dulu.

Pelik kan manusia ni? Tapi itulah menjadikan manusia ni unik. Nak jatuh cinta tak perlu masa yang lama. Ada yang dalam masa beberapa hari je. Ada gak yang ambil masa berbulan-bulan. Tapi bagi seseorang pernah dikecewakan, walaupun dia suka si dia, dia akan ambil sifat berhati-hati. Bila si dia bagi signal tak suka, secara automatik dia akan undur diri dan jauhkan diri daripada si dia. Korang rasa kenapa ye?

Sebabnya dia tak nak rasa terluka lagi.

Betul tak?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

BEZA "SUKA" DAN "CINTA"

MENARIK:

TRUDY & TEDDY PROVIDES COMFY BABY WEAR LOVINGLY MADE FOR BABIES!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Lambat betul saya updated blog hari ini. Internet kat ofis ni problem plak. Mungkin ada hikmahnya. Boleh saya settlekan kerja yang bertimbun. Hehe...

Saja nak cerita tentang perbezaan "suka" dan "cinta" dalam konteks pendapat saya. Ada sesetengah orang tak dapat bezakan apa itu perasaan suka dengan cinta. Ada gak yang memang dapat bezakan.

Pada saya perasaan "suka" simple je dan perasaan "cinta" ni agak complicated. "Suka" berlaku apabila kita sukakan seseorang. Kita suka kepada dia sebab sesuatu yang kita suka ada pada dia. Antaranya, cantik/hensem, caring, senyum dan macam-macam lagi. Tapi, bila kita terperasan sesuatu yang kita tak suka tentang dia ada pada dia, perasaan suka tu akan hilang.

Tapi berbeza dengan cinta. Kita tetap suka semua tentang dia. Pernah dengar ayat ni, "Kalau dah cinta tu, kentut pun bau wangi". Pernah dengar tak? Sebab orang cakap cinta itu buta. Kita takkan nampak keburukan orang bila kita cinta. Kita nampak semuanya yang baik je. Walaupun kita kena pukul, bila dah cinta, kita anggap dia tak sengaja. Padahal setiap hari kena pukul.

Actually, pada pendapat saya, perasaan suka dan cinta ni berkait rapat. Bila kita sukakan seseorang tu, secara perlahan selepas kita kenal lebih rapat, kita akan jatuh cinta plak.

Ini pendapat saya. Korang ada pendapat lain?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, August 2, 2011

"JANGAN PENDAM ... LUAHKAN"

MENARIK:

TRUDY & TEDDY PROVIDES COMFY BABY WEAR LOVINGLY MADE FOR BABIES!

Credit Google


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya tengok dua tiga hari ni macam slow sikit dunia blog ni. Mungkin semua busy berpuasa dan berkerja atau belajar. Kalau masa cuti, boleh la update entry berpuluh-puluh. Sekarang satu pun susah. Haha.. Sebab rasa pun rasa yang sama. Kadang-kadang takde idea nak update entry apa.

Kalau korang ada problem, korang selalunya pendamkan atau kongsi dengan kawan-kawan korang? Ada ramai orang yang mengalami tekanan sebab dorang suka pendamkan masalah dorang. Persoalannya, sampai bila kita nak pendamkan? Sampai kita tak mampu nak pendam baru kita sembur semuanya sekaligus.

Ada lebih baik jika kita ada seorang rakan yang mempunyai Listening Skill yang baik. Dan juga penyimpan rahsia yang baik. Sebab pada pendapat saya, kita ni cuma nak luahkan apa yang terbuku di hati kita. Saya pasti, selepas kita luahkan, kita akan rasa lega.

Perkara macam ni pernah berlaku pada saya. Rakan saya dari Sabah ada masalah dengan rakan saya yang seorang lagi. Rakan yang seorang lagi ni seorang yang sangat boros dan selalu pinjam duit rakan saya. So, rakan saya mengadu pada saya. Selepas dia ceritakan masalah dia, dia bagitau dia rasa lega sangat. Lepas itu, dia bagi cadangan duit simpanan dia saya yang simpanan dalam bank saya. Kalau dia nak pakai, dia akan bagitau saya. Tapi, jangan bagitau kawan yang seorang lagi sebab nanti dia akan minta kat saya.

Kawan saya ni seorang yang ceria tapi sebenarnya tak. Dia pendamkan masalah dia. Tapi, bila dia luahkan pada saya, dia nampak lebih ceria. Perkara ni berlaku semasa saya masih belajar di Penang Free School suatu ketika dulu.

So, kalau korang ada masalah dan perlukan pendengar, carilah kawan yang boleh simpan rahsia dan sudi mendengar. Kalau takde, pergilah cari kaunselor sebab kaunselor ni dah dilatih untuk membantu dan mendengar masalah korang. Kalau korang nak ceritakan pada saya pun boleh. Kalau nak cerita, bagitau. Haha... Saya dah jadi kaunselor part time plak.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, June 23, 2011

APA AKAN BERLAKU KALAU...KITA TAK BERPERASAAN?

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Setiap ada perasaan. Kalau yang mengaku takde tu, bukan dorang takde perasaan tapi dorang tak mengaku dan menipu diri sendiri je. Orang begini memang ada. Dorang nak kita je jaga perasaan dorang. Perasaan kita sape nak jaga? Kita gak nak jaga. Huhu...

Perasaan memainkan peranan sangat penting dalam pembentukan seorang manusia. Kalau manusia itu diselubungi perasaan negatif je, maka kehidupannya pada depan ada potensi untuk menjadi negatif. Begitulah sebaliknya.

Even seorang kanak-kanak pun ada perasaan. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab kanak-kanak ni sedih, dorang menangis. Bila hepi, dorang akan gelak. Betul tak?...huhu...

Kalau kita takde perasaan, pada pendapat saya, dunia ini takkan semenarik sekarang. Tiada dunia blogging dan cuba ada dunia yang manusianya bekerja dan hidup dalam suasana tak berperasaan.

Korang boleh bayangkan?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, June 22, 2011

BILA ORANG KOMEN ENTRY KORANG ... APA KORANG RASA?



Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya nak berterima kasih teramat sangat kepada rakan-rakan blogger yang sudi meninggalkan komen di entry yang saya post. Saya rasa gembira bila ada orang yang sudi komen entry saya.  Sebab itu, saya cuma ringkaskan dan padatkan entry yang saya tulis.

Saya sedaya upaya untuk reply semua komen-komen rakan-rakan blogger. Tapi kadang-kadang pun terbabas gak. Huhu.. Saya minta maaf ye?

Setiap komen yang kita beri besar maknanya kepada pemilik blog tu. Kadang-kadang, komen yang kita beri tu membakar semangat dorang untuk terus berblogging.

Tak guna follower beribu-ribu tapi entry tak ada orang komen. Sebab apa tak ada orang komen, itu saya tak pasti sebab setiap orang ada sebab sendiri. Saya kalau berblogwalking, saya lebih suka tinggalkan komen dan link saya.  Senang owner tu nak terjah blog saya. Huhu..

Komen positif atau negatif tak penting.  Sekurang-kurangnya ada orang sudi komen saya.  Saya dah bersyukur sangat-sangat. Huhu...

So, apa korang rasa bila ada orang komen entry korang?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka