Pagi ini bangun je pagi terus layan blogging. Saya kira dah jadi gila blogging la plak. Huhu... Tengok Dashboard ada 1 Comment belum moderated lagi. Teruja la sebab ada orang sudi komen entry saya. Bila buka je, terus saya rasa terkilan.
simple je komen dia... "sampah". Ini dalam entry "Ini Abang Ben Punya Pasal La ...". Saya hairan sebab entry memang tajuk macam tu dan isi dia pun berkaitan. Sebab abang Ben la saya dapat ramai kawan blogger baru dan tak menang tangan nak reply komen. So, saya pun hairan sebab saya bukanlah seorang blogger yang feymes pun. Blogger kecil kecilan je.
Saya tak mahu la gaduh-gaduh sebab saya dah seronok berblogging ni. Bukan saya tulis benda yang mengaibkan orang. Saya cuma berterima kasih pada abang Ben sebab buat Game yang menaikkan lagi blog saya. Kenapa perlu kutuk? Kalau bergurau, ada tempatnya, ada caranya.
Saya pun masih bertatih lagi dalam dunia blogger ni. Walaupun dah berblogging selama beberapa tahun. Saya respect semua blogger dalam dunia blogger tak kira yang tua ataupun muda, yang otai ataupun newbie. Harap dapat wujudkan satu komuniti yang harmoni.
Kepada yang berkenaan, kalau tak suka apa yang saya tulis dalam blog saya, mungkin boleh bagi komen yang positif dan membina, bukan menjatuhkan blogger lain. Lagi senang, tak payah komen langsung.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
