Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label couple. Show all posts
Showing posts with label couple. Show all posts

Thursday, June 28, 2012

"KORANG NOMBOR BERAPA?"



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.



1 • Married » dah kahwin dan hidup bahagia.
2 • Divorce » dah berpisah dan bercerai dengan pasangan.
3 • Engaged » baru bertunang.
4 • Couple » ada seseorang di hati, tapi belum bernikah sbb belajar atau kumpul duit.
5 • Clash » baru berpisah dengan kekasih.
6 • Single » masih mencari pasangan.
7 • Tengah minat dengan seseorang tapi pendam saja...sebab malu.
8 • Forever Alone » tak ada kawan, tak ada pasangan, main facebook seorang diri saja.


~> Korang nombor berapa ?


Wassalam.


-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, June 8, 2012

JOM KAHWIN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


p/s : Memang paling best bercouple selepas kahwin. Best sangat-sangat. Tak percaya? Tanyalah isteri saya. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, June 4, 2012

COUPLESARY?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya ternampak ada satu blog ceritakan berkenaan sambutan hari couple dorang. Sweet sangat saya rasa sebab dorang panggil Couplesary. Biasanya saya pernah dengar anniversary je. Hehehe. Memang tak update saya ni kan dengan perkara baru yang berlaku di sekeliling saya kan? Hehehe.

Jodoh itu rahsia Allah. Mungkin jodoh kita dengan orang kita couple itu atau dengan orang lain, hanya Allah saja yang tahu. Saya perasan sekarang ini budaya hendonisme a.k.a couple ini dah makin kronik dalam masyarakat kita. Sampai yang ada anak sendiri dalam usia yang sangat muda.

"Tapi kami tak buat apa-apa pun. Kami jaga batas kami"

Ya, saya tahu. Saya pun pernah couple. Bila seorang lelaki dan seorang perempuan berdua-duaan, akan ada pihak ketiga yang sudah semestinya Syaitan yang membisik-bisik untuk men'tidakapa'kan apa yang tak patut dilakukan. Tambahan masa itu darah muda dan nak cuba perkara baru.

"Macamlah dia baik sangat"

Ya, saya bukan baik pun. Saya pernah juga bercouple dan tahu macam mana rasa bestnya bercouple. Tapi, saya nak beritahu, bercouple lepas kahwin memang sangat-sangat-sangat best. Tak percaya? Tanyalah pasangan yang dah berkahwin.

"Kami memang rancang nak kahwin pun"

Alhamdulillah. Baguslah kalau begitu. Persoalannya, apa yang dah dia buat dan usaha untuk capai matlamat itu? Berapa lama? Bila target majlis akad nikah dan bersanding? Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan.

Saya cuma nak tekankan di sini bercouple lepas kahwin paling best. Kalau rasa dah sayang, kahwin je. Kalau rasa masih muda dan masih nak belajar, fokus kepada pelajaran dulu. Ini cuma pendapat saya, kalau ada yang tersentap, sorilah sangat-sangat.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, October 17, 2011

"KAMI CUMA KAWAN JE"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sebenarnya saya ni tak fahamlah dengan perempuan ni. Sori kepada sesiapa yang terasa k? Kalau tak couple tu, bagitau je dah couple. Tapi, bila ditanya,

"Takdelah. Kawan je"

"Kami takde apa-apa pun"

Padahal dalam Facebook siap berlove-love lagi. Siap panggil sayang lagi. Sebenarnya, apa yang dorang fikir? Nak pasang 33 orang ke? Hehehe.

Kalau dah couple tu, sila-silalah maklumkan sebab nanti timbul salah faham, pandai plak pakwe dia nak sound-sound. Pastu, buat sentap-sentap plak. Kalau dah sayang sangat, kawin je.

Entry ni takde kaitan dengan sesiapa pun. Jangan ada yang terasa plak. Cuma luahan pandangan saya yang masih mencari kefahaman seorang perempuan.

p/s : Sori banyak-banyak. Saya dah buat apa yang saya rasa patut saya buat.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka