Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label tanggungjawab. Show all posts
Showing posts with label tanggungjawab. Show all posts

Sunday, May 5, 2013

KORANG DAH MENGUNDI?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini ramai yang post status Facebook gambar jari berdakwat kekal. Kira hari ini boleh dipanggil hari jari semalaysia. Hehehe.

Saya dah menjalankan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia. Korang pula?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, June 11, 2012

MR. MAMA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam dengar cerita bro Ben telah masuk dalam TV. Program Nona. Tahniah kepada Bro Ben sebab mampu menjadi blogger yang ditemu bual oleh pihak media. Bukan senang tau? Biasanya dorang hanya temu bual artis-artis yang ada anak saja suatu ketika dulu.

Menjadi Mr. Mama merupakan cabaran yang sangat besar bagi seorang lelaki. Memang dari luar nampak mudah tapi nak melaksanakannya memang sangat payah. Harus ada kesabaran yang tinggi. Saya pun bakal menjadi seorang Ayah, Insya Allah.

"Ala... Jaga anak kan kerja isteri?"

Salah. Anak itu adalah anugerah dan amanah Allah kepada pasangan tersebut. Bukan kepada isteri saja. Bukan semua pasangan akan dapat anugerah dan amanah ini. Ada pasangan tunggu berpuluh tahun dan mencuba pelbagai cara pun tak dapat. Oleh itu, telah menjadi tanggungjawab ibu DAN bapa untuk menjaga, mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak tersebut.

Entry ini adalah luahan dari pemerhatian dan cuma pendapat saya. Kalau korang ada pendapat lain, kongsilah.

p/s : Saya pernah rasa macam mana diabaikan tanggungjawab seorang kepada diri saya. Saya tak mahu anak saya rasa apa yang saya rasa dulu. Tiada kasih sayang seorang bapa.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, August 15, 2011

MAMPU KE SAYA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tengah lepak-lepak lepas layan pelanggan yang berduyun-duyun datang berurusan, tiba-tiba saya terfikir.

"Dah bersedia ke saya?"

Ada beberapa orang kakitangan saya yang akan melangsungkan perkahwinan dorang tahun depan. Terfikir saya, dah bersediakah saya untuk menempuh alam perkahwinan? Duit hantaran dan mas kawin, Insya Allah dah ada.

Tapi tengah fikir lepas kahwin camne ye? Mampu ke saya jadi suami yang mampu memimpin bakal isteri saya? Nak pimpin diri sendiri pun masih dalam progress. Hehehe. Nanti bila dah ada anak, nak didik anak lagi.

Banyakkan saya fikir? Perasaan nak kawin tu ada tapi tak sampai seru dan takde jodoh. Tapi percaya ada ketentuan Allah, kalau dah sampai jodoh, saya kawin, kalau belum sampai jodoh, sabar je la. Hehehe.

Bilalah dapat berkawan dengan Heliza Helmi ni. Hehehe. Ada sesiapa nak kawin dengan saya?

Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka