Semalam dengar cerita bro Ben telah masuk dalam TV. Program Nona. Tahniah kepada Bro Ben sebab mampu menjadi blogger yang ditemu bual oleh pihak media. Bukan senang tau? Biasanya dorang hanya temu bual artis-artis yang ada anak saja suatu ketika dulu.
Menjadi Mr. Mama merupakan cabaran yang sangat besar bagi seorang lelaki. Memang dari luar nampak mudah tapi nak melaksanakannya memang sangat payah. Harus ada kesabaran yang tinggi. Saya pun bakal menjadi seorang Ayah, Insya Allah.
"Ala... Jaga anak kan kerja isteri?"
Salah. Anak itu adalah anugerah dan amanah Allah kepada pasangan tersebut. Bukan kepada isteri saja. Bukan semua pasangan akan dapat anugerah dan amanah ini. Ada pasangan tunggu berpuluh tahun dan mencuba pelbagai cara pun tak dapat. Oleh itu, telah menjadi tanggungjawab ibu DAN bapa untuk menjaga, mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak tersebut.
Entry ini adalah luahan dari pemerhatian dan cuma pendapat saya. Kalau korang ada pendapat lain, kongsilah.
p/s : Saya pernah rasa macam mana diabaikan tanggungjawab seorang kepada diri saya. Saya tak mahu anak saya rasa apa yang saya rasa dulu. Tiada kasih sayang seorang bapa.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka