Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label berkawan biar ramai. Show all posts
Showing posts with label berkawan biar ramai. Show all posts

Thursday, June 28, 2012

JANGAN SOMBONG DALAM BERBLOGGING...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dalam kita berseronok dan bersuka ria berblogging, janganlah kita sombong dengan blogger-blogger lain. Walaupun kita blogger yang ramai orang kenal tapi jauhkan sifat sombong. Sama juga dalam dunia nyata, cuba kalau kita sombong dalam satu kampung, semua orang kampung akan pulaukan kita dan kita akan jadi macam kera sumbang. Sendirian je.

Dalam dunia, kita mungkin ada kemahiran dan ilmu lebih mengenai blogging. Blog kita mungkin paling cantik dari atas hingga ke bawah. Tapi, kalau kita sombong, rasanya bila blogger datang blog kita sekali, lepas itu tak datang terus kot? Hehehe. Siapa yang rugi? Korang jawab sendirilah.

Cuba try kita tak sombong dan mesra dengan blogger lain dengan cara blogwalking, join segmen dan join Giveaway, kita tinggalkan komen membina dan beramah mesra dengan blogger-blogger lain. Insya Allah kita akan dapat ramai kawan.

Kesimpulannya, tak payah sombong, bukan dapat duit pun sombong. Kalau tak sombong dan ramah, mungkin ada peluang dapat income biasanya daripada Nuffnang. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, July 22, 2011

"BERKAWAN BIAR SEBANYAK MUNGKIN, BERMUSUH BIAR ZERO"

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

MUSIC UNLIMITED.

Semua orang suka berkawan kan? Kenapa kita berkawan? Kita berkawan sebab kita ikhlas untuk berkawan atau cuma nak harap dia klik Nuffnang kita je ke? Soalan ni cuma soalan rhetorical je. Korang nak jawab, jawab dalam hati je la ek?
Biar kita berkawan dengan semua orang. Tak kira la orang tu menyakitkan hati atau baik hati. Yang menyakitkan hati tu, kita kawan gak tapi tak la sampai dia nak pijak-pijak kepala kita. Yang baik hati plak kita kawan gak tapi jangan kita plak yang pijak-pijak kepala dia. Betul tak?

SEIZE THIS CHANCE TO MAKE YOUR PITCH WITH MYEG!

Nak berkawan memang senang tapi nak maintainkan per"kawan"an tu agak susah. Ada banyak sebab dan saya rasa korang boleh fikir sendiri sebabnya. Kan? Nak berkawan dengan siapa pun boleh tapi ada juga golongan yang tak boleh kita berkawan. Golongan ini golongan yang boleh merosakkan diri kita dan akidah kita. Buat apa kita nak berkawan dengan orang yang suka merosakkan orang lain kan? Seorang kawan akan jaga kawannya yang lain. Bukan merosakkan dia dengan macam-macam benda tak elok antaranya dadah.

WIN PRIZES BY HOPPING ONTO BUSES! RIDE, TOUCH AND WIN!

Musuh. Musuh senang sangat nak cari. Korang pergi pada orang tu dan terus cari gaduh dengan dia. So, korang pun dah dapat musuh kan? Nasihat saya, tak perlu cari musuh kalau nak hidup aman damai.

FREEDOM TO LOOK HOT!

Ini cuma pendapat saya. Ada yang tak setuju?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka