Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label jana. Show all posts
Showing posts with label jana. Show all posts

Tuesday, March 19, 2013

CEK NUFFNANG DAH SAMPAI...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Beberapa hari lepas, saya telah terima sepucuk surat. Dalam surat tersebut berisi satu keping Cek daripada Nuffnang.


Walaupun jumlah Cek tersebut taklah mencapai ribu riban tapi hanya mencapai ratus saja, saya tetap bersyukur. Dari minat menulis dan berblogging, saya mampu dapatkan sedikit duit poket. Alhamdulillah.

Saya berterima kasih teramat sangat kepada Nuffnang sebab sudi menempekkan iklan-iklan di blog-blog saya. Walaupun trafik saya taklah serancak dan seganas blogger-blogger otai, tapi Nuffnang masih memandang blog-blog saya. Buktinya, saya masih dapat iklan-iklan menempek di blog-blog saya.

Ada blogger yang dah lama join Nuffnang tapi masih belum dapat jana sebarang pendapatan. Jangan putus asa sebab nak jana pendapatan melalui blog ini bukan senang, kena banyak kali promosi blog kita supaya ada orang datang. Bila banyak orang datang, banyaklah trafik yang datang ke blog kita.

Jangan putus asa. Teruskan menulis. Suatu hari nanti, korang pun mampu dapat sekurang-kurangnya seciput seperti saya dapat ni. Rezeki saya. Terima kasih Nuffnang.

p/s : Nuffnang, tempekkanlah banyak lagi iklan kat blog-blog saya ye? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, October 2, 2011

"MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DENGAN BLOG"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang ingat tak masa di surat khabar buat satu artikel mengenai mendapat pendapatan lumayan dari blog? Masa tu dorang tulis mengenai RedMummy yang jana income sebulan berpuluh ribu ringgit. Lepas artikel tu keluar, bercambahlah blog-blog tumbuh macam cendawan. Kebanyakkan matlamat meraka adalah untuk dapat income berpuluh ribu macam RedMummy.

Tapi dorang nak dapat income berpuluh ribu tu dalam yang singkat. Bila beberapa bulan buat blog, satu sen pun tak dapat. Mulalah kata ini semua tipu je. So, malas nak update blog dan blog terus ditinggalkan. Saya pun dulu macam tu.

Sekarang, setelah sekian lama berblogging, sebenarnya yang membuat kita teruskan berblogging adalah minat. Kalau korang tak minat, apa yang korang buat tu takkan terkesan dalam jiwa korang.

Saya tak kata mustahil untuk dapat income berpuluh ribu sebab kita dah ada bukti orang yang pernah dapat. Tapi ada cara dan strategi yang perlu dipakai. Matlamat perlu ditetapkan dan disiplin perlu ditekankan.

Saya tahu saya ni cuma blogger picisan buat masa ni. Saya cuma lontarkan pandangan saya saja. Kalau ada yang tak setuju, bolehlah share pandangan korang.

p/s : Income saya dengan blog, baru RM100+ je. Alhamdulillah.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka