Setiap kali nak bagi tidur tidur Mayeesa, pelbagai teknik terpaksa saya gunakan. Memang tangan saya boleh dapat muscle sebab dodoikan Mayeesa je. Kita tak tahu apa yang Mayeesa nak sebab dia mana boleh cakap lagi. Nanti tiba-tiba dia bercakap, terkejut juga saya.
Mayeesa tidur sekarang pun dah pandai bergaya. Siap lapik tangan bawah kepala lagi. Ada kalanya tidur sambil tutup telinga dan kadang-kadang tidur sambil tangan di pipi serta buat mulut macam nak cium orang. Comel la konon. Tapi, Mayeesa memang comel. Ikut siapa? Ikut muka bapa dia la. Hehehe.
Tak perlu saya nak ke gym dan memang saya tak pernah ke gym, tangan saya mungkin akan ber'muscle' selepas beberapa lama 'berlatih' mendodoikan Mayeesa. Mesti akan ada orang tanya,
"Nasz, bila masa engkau pergi gym? Dasat muscle engkau"
Hehehe. Tak mungkin orang akan tanya soalan di atas kan? Sekarang saya pun dah gemuk sikit. Sikit je. Tangan saya akan ber'muscle' atau tidak? Kita lihat nanti beberapa bulan atau tahun nanti. Mungkin ber'muscle' atau mungkin makin 'cubby'. Hehehe.
Korang rasa macam mana?
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
Ala tomey-tomey.. hehe.. Mayeesa punya pasal bapa yg bermuscle.. ok sangat la 2. :)
ReplyDeleteComelllnyaaaaa. Tahniah NasZ. Dah lama sungguh akak tak masuk sini sebab dulu IE ada problem.
ReplyDeletecomelnya dia..
ReplyDeletecomel nyer mayeesa.....
ReplyDelete