Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Wednesday, February 27, 2013

BILA MAYEESA NAK MAKAN UBAT...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Isteri saya yang beritahu apa yang Mayeesa buat dan mencuit hati dia. Walaupun umur Mayeesa mencecah hampir 2 bulan, tapi Mayeesa dah cerdik.

Begini, petang semalam, Mayeesa buat ragam. Menangis je. Mungkin sebab nak buang air besar tapi tak boleh keluar. Lagipun Mayeesa demam sebab kena suntikan di klinik hari sebelumnya. Memang nurse dah pesan Mayeesa mungkin akan demam dan berikan ubat demam.

Masa Mayeesa tengah menangis tu, isteri saya letakkan Mayeesa di bawah sekejap dan pergi ke dapur. Bila tengok mama dia tak layan dia, terus Mayeesa menangis kuat-kuat. Kemudian, mama dia ni datang balik dan duduk di sebelah Mayeesa sambil memegang plastik hitam.

Mama Mayeesa pun buka plastik hitam dan secara spontan Mayeesa pun diam. Mata dia besar tengok ke arah plastik hitam itu dengan perasaan ingin tahu apa ada di dalamnya. Mama Mayeesa keluarkan sebotol ubat demam yang diberikan oleh klinik. Mayeesa tengok je. Tak ada respon. Kemudian, mama Mayeesa keluarkan PICAGARI dan dengan pantas Mayeesa menangis.

Rupa-rupanya Mayeesa tahu ini masa untuk makan ubat bila nampak PICAGARI. Dah cerdik Mayeesa sekarang ini. Inilah pe'el dia time makan ubat. Mayeesa ini memang tak suka makan ubat. Masa makan ubat je, terus menangis sekuat-kuatnya.

Tapi, masa isteri saya ceritakan, saya terus terbayangkan dan terus tergelak. Ini baru umur hampir 2 bulan. Nanti dah umur 2 tahun, macam manalah nak bagi Mayeesa ini makan ubat? Mesti mencabar?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

3 comments:

  1. done follow sini..jom join contest:
    http://fiqansz.blogspot.com/2013/02/contest-blog-paling-gempak.html

    ReplyDelete
  2. he3...dah pandai mayeesa sekarang ye...takut nak mkn ubat.......

    ReplyDelete